3 Makanan Hijau BerKhasiat Untuk Anda

Tips Kesihatan

3 makanan hijau berkhasiat untuk anda


Edamame

Edamame adalah nama terkenal daripada kacang soya dan merupakan kudapan wajib ketika berkunjung ke restoran Jepun, Kacang soya ini selain kaya dengan vitamin K, serat dan zat besi, juga mengandungi protein dan asid amino esensial yang jarang diketahui orang.

Cara Penyediaan yang disarankan : Rebus selama 5-10 minit di dalam air yang telh dicampurkan dengan sedikit garam. Selain itu, anda juga boleh menumisnya dengan bawang putih, minyak zaitun dan kismis, atau masukkan sahaja ke dalam salad atau sup.

Kiwi

Kiwi mengandungi vitamin C dan terbukti mengandungi vitamin C lebih banyak jika dibandingkan dengan buah limau. Kepada yang mempunyai masalah penglihatan, bolehlah menikmati buah ini kerana kandungan antioksidan lutien dan zeaxanthin boleh melindungi mata. Kebaikan buah kiwi juga jika makan 3 biji buah ini setiap hari mampu menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi.

Cara penyediaan yang disarankan : Dikudap buahnya yang segar atau membuatnya menjadi minuman smoothies.

Basil

Serat, vitamin A, C, K dan B6, kalsium, zink dan zat besi adalah kandungan yang ada di dalam basil. Basil mampu menurunkan kadar hormon tekanan dan kepada sesiapa yang sering diserang sakit panik, disarankan untuk makan basil. Malah, untuk yang sering mengalami masalah jerawat, kerap kalilah makan basil.

Cara penyediaan yang disarankan : Buat salad yang dipadukan bersama tomato merah, atau boleh juga ditaburkan dia atas pizza. Untuk yang mahu disimpan, basil boleh diolah menjadi sos pesto (bersama bawang besar, minyak zaitun dan kacang pain) untuk dihidangkan bersama pasta.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.