5 Tips Penjagaan Muka Untuk Lelaki

penjagaan muka untuk lelaki


Ramai jejaka diluar mengabaikan penampilan diri dan memikirkan ianya sesuatu yang tidak perlu, penampilan yang kemas dan menarik bukan sahaja mampu menbentuk keyakinan diri malah memberi satu impresi baik terhadap diri sendiri. Hari ini nak berkongsi beberapa tips untuk jejaka.

1) Pelembab

Kulit muka yang kering, kulit tidak stabil adalah seperti gatal dan tidak menyenangkan, gunakan pelembab 2 kali sehari dan masalah selesai!

2) Perapi rambut (Conditioner)

Kepada para lelaki, tidak kira berambut panjang mahupun pendek anda harus menggunakan perapi rambut supaya kehebatan rambut kelakian anda tidak rosak. Khasnya kepada jejaka diluar sana yang mengunakan produk rambut dimana ianya akan mengeringkan rambut anda. Pilih perapi rambut yang bersesuaian dengan rambut anda dan tidak perlu secocok dengan syampu.

3) Lip Balm

Bercakap mengenai lip balm lelaki selalu berfikir ianya hanya untuk wanita sahaja. Tidak! Lip balm membantu untuk menghilangkan bibir yang kering dan menjadikanya bersinar dan tampak sihat. Perhatikan yang mempunyai kandunga lilin lebah dan vitamin E kerana 2 bahan ini baik untuk melegakan luka.

4) Gunakan Deodoran

Tolong gunakan deodoran, Ini penting bukan untuk anda saja malah untuk sekeliling anda, takut mereka pengsan setiap kali anda lalu! Bukan sekadar lelaki malah sesetengah wanita tidak memikirkan ianya sesuatu yang perlu. Beli, letak dan gunakan! beli satu deodoran yang kecil untuk disimpan dalam beg anda sebagai kecemasan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.