Cara Melambatkan Penuaan

www.gayahidupsihat.com

Peningkatan umur merupakan satu masalah bagi wanita, ini memeningkan wanita dan merungsingkan fikiran untuk kaum hawa, bukan sekadar kaum hawa malah semua orang tidak ingin nampak tua berkedut.

Keinginan wanita semestinya ingin sentiasa nampak lebih muda, kulit tegang dan nampak sihat selalu, tapi peningkatan umur sesuatu yang tidak dapat dielakan kerana ianya lumrah sebuah kehidupan.

Terdapat pelbagai cara dan produk yang terdapat diluar sana untuk melambatkan penuaan, rawatan melambatkan penuaan ini selalunya dilakukan oleh wanta yang sedang meningkat umur yang paling ditakuti wanita iaitu 40-an. Sesetengah wanita yang mencecah umur 30-an juga sudah bermula untuk mendapatkan rawatan ini.

Kepada wanita yang ingin mencari rawatan bagi melambatkan penuaan, anda boleh mencuba rawatan yang disediakan oleh pusat keantikan dan kesihatan Haida Health yang akan saya terangkan sebentar lagi.

Rawatan yang diberikan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 minit dan rawatan ini sesuai untuk wanita yang mempunyai wajah yang berkedut dan kering, juga amat secocok untuk wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an.

Wanita yang mempunyai mempunyai sebarang masalah kulit boleh melakukan rawatan ini sekali sebulan manakala kepada wanita yang mempunyai masalah wajah jeragat tebal boleh melakukan rawatan ini sebanyak 2 kali sebulan untuk memberi kesan yang baik kata pengarah pusat kecantikan ini Robiah Huri.

Menurutnya lagi, kelebihan rawatan ini ialah urutan menggunakan tangan untuk rasa yang lebih sedap dan kepuasan kepada pengguna. Selain itu rawatan ini menggunaan dua alat yang istimewa iaitu Pembersih Skinvigorate dan Pengurut Ion Device dimana kedua-dua alat ini meningkatkan tahap penyerapan, menambah rupa baik pada kulit dan meperhaluskan garisan halus dan kedutan, mengurut lembut dan perlahan kulit muka yang disapu serum dan kosmetik.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.