Cara Menghilangkan Blackheads

cara menghilangkan blackhead

Punca-punca Blackheads


Blackhead berpunca daripada peningkatan hormon dalam badan dimana mengeluarkan "sebaceous", menyebabkan minyak membentuk dalam kelenjar,
kemudian lebihan cell kulit tersekat di dalam liang. Selain dari itu, penyebab-penyebab lain seperti make-up yang menyebabkan liang-liang muka 
ditutupi, pengguna produk-produk yang mengandungi bahan yang melambatkan aksi penyejatan air pada muka dan menghalang liang untuk bernafas juga menjadi punca.

Cara Menghilangkan Blackhead


Kini dipasaran terdapat pelbagai jenis produk untuk melawan jeragat, jerawat dan sebagainya tetapi tidak ada sesetengah produk tidak berkesan
untuk mencegah blackhead seperti yang dijanjikan dalam iklan mereka. Ketika membeli produk saya syorkan supaya mencari produk yang mengandungi
bahan glycolic acid, retinol dan salicylic acid, dimana ketiga-tiga ni dapat membantu menyusutkan cell-cell mati dan menyumbat liang. Benzoyl peroxide 
juga membantu membunuh jerawat yang menjadi bakteria pada kulit, bahan-bahan ini mampu membantu menghalang blackhead sebelum mereka bermula, dimana ini
strategi yang terbaik untuk anda.

Kepada sesiapa yang ada masalah blackhead dinasihatkan supaya tidak mengupik keluar sendiri kerana ianya akan meniggalkan kesan parut dan lebih baik jika 
dikeluarkan dengan cara proffesional. Kepada yang mempunyai duit extra boleh berjumpa pakar dermatologist dan mereka akan mengeluarkannya mengunakan penyedut khas.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.