Kekal Cantik dan Sihat

Tips Kecantikan



kekal cantik dan sihat


1) Keperluaan peribadi iaitu rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda sangat penting untuk kesihatan anda. Ketiga-tiga pekara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Belajar untuk katakan "tidak" pada pekara remeh yang boleh mencuri masa santai anda.

2) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun dan ini akan menyebabkan anda akan nampak lebih tua jika anda tidak menjaga tulang dengan betul kerana akan berlakunya kereputan dan keretakan pada tulang. Bersenam seperti joging akan dapat membantu menguatkan tulang. Selain itu, seperti yang umum ketahui susu juga dapat membantu menguatkan tulang dengan memberi vitamin D dan kalsium kepada tulang dan menlambatkan kereputan.

3)Merokok membuat anda tampak lebih berusia, ini berlaku kerana rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk mempercepatkan penuaan. setiap kali anda menghisap sebatang rokok bahan kimia yang terkandung ini akan memusnahkan kapilari darah halus yang membuatkan oksigen dan nutrien dalam darah tidak sampai ke kulit.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.