Produk Kecantikan Tabita


produk kecantikan tabita


Produk Tabita merupakan satu produk kecantikan yang kini sedang hangat melanda pasaran Malaysia. Produk ini dikilangkan di Indonesia dan dikatakan mampu membuat perubahan yang drastik kepada pengguna. Ramai yang mendakwa bahawa produk ini tidak berbahaya dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan yang tidak di ingini tetapi ada juga pihak yang mendakwa produk ini juga memberi kesan buruk.

Hari ini kami akan mengupas tentang produk ini samada ianya betul-betul mampu memberi kesan yang positif atau ke arah negatif. Mari kita lihat!

Setelah diperhatikan daripada testimoni-tesimoni yang berada diluar sana, produk ini sememangnya mampu memberi kesan perubahan yang drastik. Perubahan yang ketara pada kulit iaitu mencerahkan kulit, melicinkan, sekatakan dan membersihkan kulit muka malah bukan hanya digunakan oleh wanita sahaja malah lelaki juga menggunakannya. 

Selain itu, Produk ini juga mendapat permintaan yang banyak dan tidak henti-henti. Pengguna yang tidak puas hati tentu tidak akan membelinya pada kali kedua akan tetapi berlaku sebaliknya. 

Berita buruknya, baru-baru ini telah keluar dikeratan akhbar Malaysia bahawa produk ini mengandungi bahan-bahan terlarang dimana akan membawa keburukan pada masa akan datang iaitu hidrokuninon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.

Apa yang mencurigakan produk ini tidak mempunyai kelulusan dari KKM walaupun telah berjaya menjual berjuta-juta produknya. Jika dibandingkan bayaran yang akan dikenakan kepada KKM dan keuntungan, jumlah bayaran itu tidaklah sebesar mana. Kelulusan dari KKM ini mampu menjelaskan kekeliruan kepada pengguna sama ada produk mereka benar-benar bersih daripada bahan-bahan berbahaya. 

Daripada ulasan diatas produk ini memang mampu membersihkan dan mencerahkan kulit akan tetapi akan memberikan kesan sampingan yang akan menjejaskan kesihatan pada pengguna.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.