DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION

Dnar Gold


DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION adalah salah satu produk rangkaian dibawah Dnars Skincare.  Foundation/bedak asas Dinar Skincare diperbuat dari bahan semulajadi, dengan sedikit campuran kimia tidak berbahaya yang telah diluluskan oleh KKM.  Oleh itu, pastinya anda tidak perlu ragu dengan DNARS Magic Gold Foundation.

Bedak asas yang dirumus dengan campuran serbuk mutiara asli serta gabungan istimewa dari ekstrak biji anggur.  Sesuai untuk semua keadaan kulit sama ada kulit jenis kering, berminyak, kombinasi mahupun kulit sensitif.

Penggunaan serbuk mutiara untuk kecantikan semakin meluas dalam pembuatan produk kosmetik.  Kebaikan serbuk mutiara asli dan khasiatnya yang pelbagai sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.  Penggunaan serbuk mutiara untuk kecantikan juga telah lama menjadi tradisi wanita Jepun dan China sejak dari dahulu kala lagi.

Serbuk mutiara kaya dengan kandungan asid animo, mineral dan protein sangat membantu untuk proses merangsangkan pertumbuhan kulit baharu, mengecilkan liang roma (pori-pori), menghilangkan jerawat, kesan hitam jerawat, menyuburkan kulit,  mencerahkan kulit dan bertindak sebagai kolagen.

Selain itu, penggunaan ekstrak biji anggur juga turut semakin digemari dalam menghasilkan produk kecantikan.  Kandungan mineral, vitamin A, vitamin C, B16 yang tinggi kandungan folat, kalsium, pottassium, mangan zink, kuprum dan zink menjadikan ekstrak biji anggur sebagai gabungan yang tepat.  Ekstrak biji anggur bertindak sebagai agen antioksida dan mempunyai sifat anti keradangan.  Sangat berkesan untuk menghilangkan garis kedutan di wajah, melembapkan kulit, menghilangkan noda hitam pada kulit serta berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah tanpa sebarang tindakan pengelupasan.

DNARS Magic Gold Foundation boleh didapati dengan harga serendah RM39.90 (5gram).  Turut dilengkapi dengan SPF40, yang mampu melindungi kulit wajah selama 12jam dari pancaran sinar UV.  Untuk kesan yang terbaik gunakan dengan sabun kolegan/beras dan toner DNARS Skincare.  Pastikan anda membeli barangan asli produk DNARS Skincare.    

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.