Produk Anugerah

PENCUCI MUKA ANUGERAH


Wajah muka dari tidak bermaya, kusam, menjadi lebih berseri-seri dengan penggunaan berterusan produk Pencuci Muka ANUGERAH.  Formula unik dirumus secara klinikal dengan gabungan herba tradisional ekstrak buah-buahan dan keistimewaan kaedah perawatan Islam.  Membantu mengembalikan kecerian kulit wajah serta menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati.

Terdapat tiga jenis Pencuci Muka ANUGERAH.  Iaitu formulasi untuk kulit biasa, bermasalah dan kering.  Pencuci Muka ANUGERAH untuk kulit biasa (pink) dan Pencuci Muka ANUGERAH untuk kulit kering (kuning) dihasilkan dengan campuran air nyah ion, glyserin, polisorbat 20, pewangi, vitamin E, ekstrak tumbuhan-tumbuhan dan herba seperti daun sireh, daun inai, buah pinang dan avocado.

Namun sedikit keunikan adunan dari ekstrak kelapa dara bagi Pencuci Muka ANUGERAH rawatan kulit kering yang berkesan untuk melembapkan dan melicinkan kulit sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering.

Pencuci Muka ANUGERAH untuk kulit bermasalah pula bertindak merawat masalah kulit seperti jerawat, lebihan minyak pada kulit (boleh menyebabkan milia), liang roma tersumbat, white head dan komedon (bintik hitam).  Merupakan rumusan klinikal yang mengandungi air nyah ion, glyserin, polisorbat 20, cocomidroply betaine, cocomide DEA, ekstrak buah pinang, pewangi dan vitamin E yang berkeupayaan merawat masalah kulit.

Pencuci Muka ANUGERAH juga dapat membantu untuk menyerikan wajah anda, muka kelihatan lebih sihat dan ceria, bebas kusam.  Muka menjadi lebih seri dan menaikkan aura pemanis wajah.

Cara penggunaannya amat mudah sekali, ringkas dan cepat.  Hanya sapukan sedikit pada muka dan usap keseluruh muka dengan lembut.  Bilas sehingga bersih.  Boleh didapati dengan harga berpatutan di pasaran semasa dalam berat 40gram sebotol.

Dapatkan wajah yang bersih, berseri dan menawan dengan Pencuci Muka Anugerah.  Produk yang dijamin halal 100%, berkesan dan diyakini suci.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.