Cantik Seperti Korea

Korean Beautyholics?

(Kepelbagaian jenama produk kecantikan Korea)



Siapa tidak kenal dengan negara Korea? negara Korea sekarang sudah dikenali ramai penduduk bumi baik dari benua asia,benua eropah sampailah ke benua arab pasti ada yang obses tentang negara Korea.Terima kasih kepada industri hiburan Korea,dari drama hinggalah gelombang hallyu kerana telah berjaya mempopularkan Korea di mata dunia.

Korea juga kaya dengan pelbagai jenama produk kecantikan yang menggunakan para pelakon dan penyanyi yang berwajah menarik sebagai strategi pemasaran yang nampaknya sangat berkesan,ramai yang telah bertukar arah dari menggunakan produk dari negara barat khususnya dari Perancis kepada produk dari Korea.Kini,bercakap saja pasal produk kecantikan,jenama dari Korea akan dijadikan pilihan.

Jenama kecantikan yang ada dipasaran dibahagikan kepada beberapa kateogari,ada jenama yang khusus kepada penjagaan kulit muka,ada jenama yang khusus kepada produk kosmetik.

Antara jenama kecantikan yang mengkhusukan kepada produk penjagaan muka dan mengutamakan bahan semulajadi sebagai ramuan produk produk kecantikan keluaran mereka ialah Skinfood,Nature Republic,The Face Shop,dan Innisfree

SkinFood,memilih untuk menggunakan bahan makanan seperti beras,susu,avokado,dan tomato sebagai ramuan produk mereka.Sebab itu nama jenama ini SkinFood yang bermaksud makanan kulit.Produk yang paling laris dijual dari jenama ini ialah Black Sugar Wash Off Mask.

Nature Republic,jenama penjagaan kulit muka semulajadi yang menggunakan alam semulajadi sebagai ramuan utama antaranya bunga hibiscus,lidah buaya dan pokok dari bahagian utara perancis.

The Face Shop, mengunakan bahan semulajadi dan makanan sebagai ramuan asas produk seperti,bunga,buah,sayur dan bijian.The Face Shop dibuka pada tahun 2003 dan mengambil masa hanya 2 tahun untuk dikenali di serata dunia.

Innisfree,jenama kecantikan.semulajadi yang mengunakan bahan dari Pulau Jeju sebagai ramuan semulajadi produk mereka.

Bagi jenama barangan kosmetik pula,Korea popular dengan jenama seperti Etude House,Holika Holika,dan Hanskin.

  Etude House jenama yang menjadi kegilaan para remaja kini.Mengunakan tema "princess" dan merah jambu dan putih sebagai warna rasmi.Jika berkunjung ke kedai Etude House di myeongdong,Korea setiap pelanggan akan digelar "prince atau princess" oleh perkerja kedai.Etude House merupakan jenama no.2 terlaris di Korea,mensasarkan golongan remaja sebagai pengguna.Produk Etude House yang terlaris ialah moistfull colagen.

  Holika Holika, jenama Holika Holika bertemakan ahli sihir yang comel.Holika Holika kononya ialah ayat magis yang boleh membuatkan seseorang itu lebih cantik.Produk terlaris Holika Holika ialah magic wond mascara.

Kenapa produk kecantikan dan kosmetik korea mendapat perhatian ramai kini? salah satu sebabnya adalah kerana teknik pembungkusan yang kreatif dan menarik,produk yang berkualiti dan harga yang mampu milik,tidak lupa juga kerana ramai para remaja yang terpukau dengan kecantikan para penghibur negara Korea dan mengidamkan kulit seperti mereka.

Jenama yang disenaraikan ini hanya sebahagian sahaja,ada banyak lagi jenama produk kecantikan dari negara Korea yang ada.Moga artikel ini dapat membantu para peminat produk kecantikan negara asal Kimchi ini untuk membeli produk kosmetik mahupun penjagaan muka.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.