Gunakan Putih Telur Sebagai mask

Tips Kecantikan

www.gayahidupsihat.com


Tahukah anda? kegunaan telur tidak hanya dihadkan untuk masakan saja tau,telur juga digunakan sebagai bahan kecantikan dan juga untuk kesihatan. Ini antara khasiat putih telur secara umumnya,putih telur berbeza dengan kuning telur kerana putih telur bebas kolestrol,putih telur kaya dengan vitamin A,D,E,K,B2,B5,B9 dan B12 selain itu putih telur juga kaya dengan amino acid yang baik untuk pemulihan otot

Sanggup ganti minum milo dengan minum putih telur tiap pagi?pengambilan putih telur di pagi hari dapat membantu menambahkan tenaga.

Putih telur juga ada banyak kelebihan untuk kulit muka,kandungan vitamin E dalam putih telur dapat merawat masalah kulit berminyak,Amino acid dan proetin solusi kepada masalah jerawat dan blackhead.Dengan putih telur sahaja,boleh dapat kulit yang cerah dan sekata selain membantu melembutkan tekstur kulit muka.

Terdapat aneka jenis mask putih telur yang boleh dilakukan hanya dirumah sahaja:

1)Putih telur + Madu

-Melembutkan,mencerah dan menyegarkan kulit muka
-cara: pecahkan telur,asingkan kuning telur,putih telur dikocak hingga berbuih dan dicampur dengan sesudu madu,kacau hingga sebati dan disapu di muka.Biarkan selama 15minit atau setengah jam,selepas itu cuci dengan air suam.

2)Putih telur+tisu

-untuk membuang 'blackhead'
-cara: pecahkan telur,asingkan kuning telur,kocak putih telur hingga berbuih rendam sehelai tisu didalam putih telur tadi dan letakkan di tempat yang ada blackhead,biar sehingga kering.selepas kering tarik tisu perlahan lahan hingga tanggal.

3)Putih telur+yogurt asli

-melembapkan kulit wajah,halang dehidrasi kulit
-cara: pecahkan telur,asingkan kuning telur.Campurkan putih telur dengan yogurt asli dan kacau rata.Sapukan di kulit muka,biar selama 30min selepas itu cuci dengan air suam.

4)Putih telur+tomato

-cerahkan kulit muka dan tona lebih sekata
-cara: pecahkan telur,asingkan kuning telur.Campurkan putih telur dengan tomato yang telah dilenyekkan isinya.sapu di kulit muka biarkan selama 15 min,selepas itu cuci dengan air suam.

5)Putih telur+Air Lemon

-hilangkan parut jerawat
cara: pecahkan telur,asingkan kuning telur.Campurkan putih telur dengan perahan air lemon ,sapu di kulit muka biarkan 30 min kemudian cuci dengan air suam

6)putih telur+ minyak zaitun

-menghaluskan kulit muka,menghilangkan kesan hitam di muka dan memudarkan parut.
-cara: pecahkan telur,asingkan kuning telur.Campurkan putih telur dengan minyak zaitun.Biarkan selama 30 min,kemudian cuci dengan air suam

Harga murah,senang dapat,manfaat banyak,cara pakai pun semudah Abc,setuju tak kalau saya katakan mask putih telur ialah mask terbaik!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.