Rahsia Air Mineral

Rahsia Kecantikan Dengan Air Mineral.


www.gayahidupsihat.com


 Di Malaysia,tidak ramai yang menjadikan air mineral sebagai pilihan ketika di kedai makan.Tabiat minum air masak juga kurang di kalangan masyarakat kini.

Kita disarankan supaya meminum paling kurang 8 gelas air mineral sehari,dan kalau boleh 2 atau 3 liter dalam satu hari.Walaupun tiada rasa tetapi air masak mempunyai 1001 khasiat baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Air mineral dapat menurunkan berat badan,air masak tidak mempunyai sebarang kalori,gula dan lemak.Pengambilan air masak dapat membantu seseorang untuk menurunkan berat badan jika dibandingkan dengan amalan pengambilan air manis yang mengandungi gula dan menyebabkan kenaikan berat badan secara lebih cepat daripada makan makanan manis.

Minum air mineral yang mencukupi juga dapat merawat masalah kulit berjerawat;selain mencegah masalah kulit kering yang disebabkan oleh masalah badan susah menyerap air kerana kekurangan pengambilan air mineral.

Tabiat suka minum air mineral juga akan memudahkan pembuangan sisa toksik dari dalam badan,apabila sisa toksik dibuang maka kulit akan kelihatan lebih sihat dan berseri.Makanan tambahan seperti aurawhite,dan k colly yang popular kini menyarankan supaya minum air mineral paling kurang 3 liter sehari,ini kerana untuk memudahkan pembuangan sisa toksik baru nutrisi yang ada dalam makanan tambahan tersebut dapat diserap oleh badan.

Minum air mineral yang mencukupi juga merupakan petua awet muda yang terbaik.Selain mengelakan daripada mengalami masalah bibir kering,tidak perlu lagi mengunakan vaseline atau gel petroleum.

Masalah utama yang dihadapi untuk mengamalkan tabiat minum air mineral dengan kuantiti yang cukup ialah tidak tahu cara terbaik untuk minum air masak.

Amalkan minum empat gelas air 160ml sebaik sahaja bangun dari tidur,begitu juga sebelum tidur. Minum air masak selepas tiap kali ke tandas juga boleh diamalkan, bagi mengantikan air yang telah dibuang. Ukur amaun air yamg telah diminum dalam satu hari mengunakan botol air mineral dengan sukatan 500 ml.

Usaha habiskan 1 liter air dari waktu pagi hingga tengah hari dan 1 liter lagi dari selepas rehat tengah hari hingga petang.Selain itu,bahagikan waktu pengambilan air contohnya 250ml tiap sejam.Cara yang betul ialah minum yang kerap tetapi banyak kali,jangan minum air banyak sekali gus dalam satu masa kerana akan mendatangkan penyakit lain.

Kita perlu menjadikan amalan minum air kosong atau menjadikan sebotol air kosong sebagai teman setia kita ke mana jua kita pergi atas sebab faktor cuaca negara kita yang panas dan hujan sepanjang tahun. Kita perlu memastikan badan kita mengadungi air yang cukup.

H2o bukan sekadar air,tetapi ianya lebih dari itu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.