Rahsia kecantikan wanita Korea

Cantik seperti wanita Korea?



Kenapa Korea? sekarangkan ramai anak-anak remaja yang gadis mahupun teruna yang begitu minat atau lebih lagi obses dengan negara kpop ini.Jika kita menonton drama-drama terbitan negara yang melonjak naik kerana drama winter sonata ini pasti terpesona dengan kemulusan dan kecantikan kulit para pelakon mereka tidak kira lelaki atau wanita.
 
Mungkin ramai yang menjangka itu hanya di dalam drama,tetapi tidak realitinya juga sama! jika anda berkunjung ke Korea anda pasti terkejut melihat kulit muka seorang yang boleh digelar sebagai nenek yang telah memasuki umur 50 an mempunyai kulit muka yang sihat dan berseri seperti umur akhir 30 an,ini apa yang penulis jumpa disana.
 
Jadi,apa yang menjadi rahsia wanita-wanita di korea ni.Majoriti mereka memilih untuk melakukan pembedahan plastik,tetapi masih ada yang mempunyai wajah dan kulit yang cantik secara semulajadi.
Antara tips dan rahsianya ialah,cara pemakanan mereka.Kebanyakan restoran dan kedai-kedai makanan korea hanya menyediakan air kosong sebagai minuman tiada air manis,makanan mereka juga kurang berminyak dan hanya mengunakan teknik stim dan kukus ketika memasak jarang sekali mengoreng,jika mengoreng mereka akan meminimumkan pengunaan minyak.

  Di sana,tiap hidangan mereka akan datang bersama lauk sayur dan tabiat makan buah tiap hari.Buah dan sayur sememangnya sangat baik untuk kulit kerana vitamin yang ada didalamnya.

Rutin penjagaan kulit muka juga berbeza dari yang lain,kebiasaan rutin penjagaan kulit muka ialah pencuci,toner,dan pelembap.Tetapi bagi wanita Korea mereka mengamalkan rutin yang berbeza iatu pencuci,urutan muka,pemakaian mask,toner,pengunaan serum dan pelembap.

Hampir kebanyakan wanita di Korea juga mengamalkan teknik cuci muka mengunakan minyak.Ya minyak!tidak berminyak ke? minyak pasti berminyak kan..pasti ramai yang takut hendak cuba sebab takut kulit muka ditumbuhi jerawat.Sebenarnya tidak semua jenis minyak akan menyekat lubang pori,antaranya minyak bunga matahari dan minyak mineral, kadangkala pencuci muka biasa mengandungi sulfur yang mengakibatkan nilai Ph pada kulit muka berubah dan menyebabkan kekeringan dan kedutan kulit.

Seterusnya,pengunaan pelbagai produk kecantikan dalam satu masa.Kebiasaan wanita korea mengunakan 18 produk kecantikan dalam satu masa,terkejut tak? akan tetapi pengunaan 18 produk kecantikan ini disertakan dengan proses urutan muka,produk yang digunakan akan lebih mudah diserap kedalam kulit dan proses urutan muka dapat menghilakan stress.

Produk pemutihan antara produk yang wajib disertakan didalam senarai produk kecantikan harian mereka.Wanita Korea sememangnya obses dengan kulit yang putih,bagi mereka kulit yang cantik ialah kulit yang putih pucat.Di Asia, negara Korea merupakan negara pengeluaran produk pemutihan kulit terbesar didunia.

BB cream,BB cream bermaksud beauty balm atau blemish balm,digunakan sebagai asas make up,foundation atau concealer.BB cream merupakan produk kosmetik yang paling laris dijual di Korea,sebabnya wanita Korea lebih suka mengunakan teknik solekan semulajadi yang langsung tidak menunjukan mereka bersolek daripada menggunakan teknik solekan tebal.

Wanita Korea amat gemar mengunakan mask muka,pengunaan mask muka akan mengekalkan kelembapan wajah dan juga menghalang daripada wujudnya kesan hitam di muka,ada juga mask muka untuk fungsi yang lain seperti untuk mencerahkan kulit muka.Mask muka di Korea juga dijual dengan harga sangat murah,hanya 1000 won atau 3 ringgit malaysia untuk satu mask muka.

Mereka juga tidak akan membiarkan kan muka mereka terkena cahaya matahari tanpa mengunakan sunblocks terlebih dahulu.Walaupun cahaya matahari di Korea sana seperti hidup segan mati tidak mahu,tidaklah seterik cahaya matahari di Malaysia walaupun ketika musim panas

Dan yang pasti kulit mereka lebih sihat dan kelihatan berseri disebabkan oleh faktor iklim dan cuaca yang tidak mendedahkan mereka kepada cahaya matahari antara penyumbang kepada kulit yang cerah dan gebu.

Ini adalah antara rahsia kulit cantik wanita-wanita di Korea tanpa pembedahan plastik.Walaubagaimanapun,semua wanita dari pelbagai kaum dan pelbagai warna kulit di seluruh dunia punya kecantikan yang tersendiri,termasuk wanita-wanita melayu di Malaysia,siapa bilang gadis melayu tak menawan? betul tak.   Lihat saja pada perempumaan bahasa inggeris ini "beauty is in the eyes of the beholder".

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.