Rumpai Laut dan Kolagen

Rumpai Laut Dan Kolagen?


www.gayahidupsihat.com



Setahun yang lalu rumpai laut telah mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi antara produk kecantikan yang sangat laris dijual seperti goreng pisang panas. Semuanya bermula apabila rumpai laut kolagen diperkenalkan.

Dengan harga yang murah,dikatakan rumpai laut mempunyai kelebihan yang banyak untuk kesihatan dan kecantikan dengan ini rumpai laut telah berjaya mendapat tempat di hati pengguna.

Rumpai laut lebih merujuk sebagai alga laut,yang biasanya berwarna merah,coklat dan hijau.Terdapat pelbagai jenis rumpai laut,rumpai laut yang paling berkhasiat dan mengandungi banyak nutrisi ialah rumpai laut jenis euchema.Rumpai laut mengandungi kandungan mineral yang tinggi,asid amino,ioeta karotein,dan proetin.

Rumpai laut di Sabah terbahagi kepada dua jenis,euchema cottoni dan euchema spinosum.Fungsi utama rumpai laut ini adalah sebagai binder,emulsifier dan stabilizer.Didalam rumpai laut juga terdapat hydrocolloids,bahan larut air yang memberikan kelikatan,bentuk gel dan stabilkan produk.Rumpai laut juga mempunyai kandungan proetin yang tinggi yang digunakan untuk MENGEKALKAN kandungan kolagen dalam kulit.

Apa itu kolagen?kolagen merupakan sejenis proetin yang ada dalam tubuh.Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi  didalam tubuh manusia.
Kolagen membentuk 30% dari jumlah proetin dalam badan.Kolagen berfungsi seperti gam yang melekatkan seluruh bahagian badan.Apabila usia menginjak ke angka 30 an,kolagen dalam badan akan semakin kering atau mengalami dehidrasi.Pengambilan makanan yang tinggi proetin seperti rumpai laut akan memperlahankan proses kedutan pada kulit dan tubuh dan membantu mengekalkan kandungan kolagen.

Rumpai laut yang ada dijual dipasaran diasingkan mengikut gred.Antaranya,gred AA yang berwarna kuning sesuai untuk rawatan kecantikan.Gred AAA pula berwarna ungu,sesuai dijadikan sebagai penawar kesihatan,manakala gred AAAA berwarna hijau mengandungi kandungan klorofil yang tinggi,mempunyai fungsi 2 in 1 boleh dijadikan sebagai ubat dan untuk kecantikan.Rumpai laut dijual secara mentah dan ada juga rumpai laut yang telah siap dimasak.

Cara untuk memasak rumpai laut juga agak mudah,rumpai laut yang mentah harus direndam semalaman dahulu bagi menghilangkan bau hanyir,setelah itu dibasuh berkali kali sebelum di masak seperti agar-agar.

Ramai yang memberi respons baik setelah mengunakan kolagen sebagai mask muka,jerawat mula kecut,parut mula pudar,kulit muka lebih lembut dan licin.Keberkesanan mask rumpai laut rata-rata hanya mengambil masa selama seminggu walaupun sepatutnya 3 bulan untuk melihat hasil sepenuhnya.Bagi pengambilan secara makan,ramai yang pada mulanya akan mengalami kesan alergi.Tetapi ini bersifat sementara,rumpai laut sebenarnya tidak memberhaya untuk dimakan tetapi harus diingat jangan makan melebihi dos yang disyorkan

Kesimpulannya, Rumpai laut terbukti berkesan sebagai rawatan kecantikan dan mempunyai khasiat nya yang tersendiri,merupakan supplement atau makanan tambahan semulajadi yang baik untuk badan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.