Variasi produk kecantikan

Produk penjagaan muka yang mana satu?


Wanita dan kecantikan,dua perkataan ini memang tidak dapat dipisahkan.Dikatakan golongan wanita lebih teliti dan peka tentang penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya harus cantik dan sempurna di mata.

Perasaan ingin menjadi cantik pasti ada pada setiap wanita.Ditambah lagi dengan kepelbagaian jenis dan jenama produk kecantikan atau produk penjagaan muka yang mempaparkan model-model produk mereka yang berkulit seputih salju,licin tanpa jerawat dan parut.Ini membuatkan para wanita bersungguh sungguh untuk membeli produk-produk kecantikan tersebut dengan harapan wajah mereka juga akan bertranfomasi menjadi seperti wajah model tersebut kulit cerah bak salju licin tanpa gangguan parut dan jerawat.

Ada produk untuk mencerahkan kulit,untuk menganjalkan kulit,rawatan jerawat,sebut sahaja semua ada.Dari dalam dan luar negara,yang paling murah hingga yang paling mahal.Setelah dilongokan dengan aneka jenis produk.Pasti ada yang keliru untuk memilih produk penjagaan muka yang sesuai dan terbaik.

Penting untuk kita memilih produk terbaik yang sesuai untuk diri sendiri bagi mengelakan pembaziran dan juga mengurangkan risiko kerosakan kulit muka akibat salah pilih produk penjagaan muka.Antara jenama produk penjagaan muka yang menjadi pilhan dan yang pernah menjadi trending di Malaysia ialah skinfood,hadalabo,safi,olay,sk II,dan produk susu beras dan kolagen.

SkinFood salah satu daripada jenama luar negara yang menjadi pilihan para wanita di Malaysia.Skinfood yang merupakan jenama kecantikan dari Korea menawarkan produk kecantikan bukan sahaja untuk kulit muka tapi untuk badan juga ada yang kebanyakanya datang dalam bentuk satu set lengkap.Produk SkinFood berunsurkan alam semulajadi,dan hampir sesuai untuk semua jenis kulit.Dengan harga mampu milik,produk bebas bahan kimia,dan cara pembungkusan yang nampak mahal dan eksklusif,Skinfood telah berjaya menambat hati ramai pengguna produk kecantikan.Bagi mereka yang mempunyai masalah bekas parut jerawat atau bintik merah di muka,SkinFood tea tree cleansing foam ialah solusi terbaik untuk masalah ini.

Safi Balqis merupakan jenama buatan Malaysia yang menjadi pilihan pengguna terutama para pelajar dan remaja kerana produk safi balqis ditawarkan dengan harga jauh lebih rendah diantara jenama yang lain,tetapi dengan kualiti yang sama taraf dengan jenama mahal.Pengunaan bahan yang dijamin suci dan halal merupakan sebab utama produk safi menjadi pilihan,terutama bagi pengguna islam yang merupakan majoriti di negara ini.Sebilangan besar pengguna produl safi berpuas hati kerana kebayakanya hasil penggunaan produk dapat dilihat hanya dalam masa 2 minggu sahaja.Harga yang jauh lebih murah,menggunakan hanya bahan yang halal dan suci serta keberkesanan produk yang terbukti,menunjukan produk dalam negara juga tidak boleh dipandang rendah.Bagi mereka yang sering terkena sunburn dan meningalkan kesan hitam di muka,harus mencuba set Safi balqis white trilogy,bermula dari pencuci muka hingga serum.

Banyak lagi produk produk kecantikan dan penjagaan muka yang ada dipasaran yang menawarkan berbagai jenis produk untuk pelbagai masalah.Jangan hanya melihat pada faktor harga,kualiti dan isi kandung produk harus diambil berat.Tidak semestinya jenama yang mahal lebih baik,kadangkala jenama yang jauh lebih murah harganya lebih berkesan,Walaubagaimanapun semuanya berbalik kepada kesesuaian kulit individu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.