5 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Pantas

Seperti yang kita tahu, jerawat boleh datang pada bila-bila waktu. Kekadang memang menyakitkan hati bila ianya datang pada waktu-waktu atau pun pada hari-hari yang penting. Dibawah ini saya kongsikan serba sedikit tips untuk hilangkan jerawat dengan pantas. Harap tips ini dapat membantu anda mengatasi jerawat pada waktu waktu pening anda.

gayahidupsihat.com

1. Ais

Ais dapat digunakan untuk mengurangkan kemerahan, bengkak dan radang pada jerawat. Ia membantu meningkatkan perjalanan darah pada kawasan yang dijangkiti dan juga mengecilkan riang roma serta membuang kotoran dan minyak yang terkumpul pada kulit. Anda boleh menggunakan ketulan ais atau ais yang telah dihancurkan,pilih mana satu yang lebih mudah untuk anda.

Cara penggunaan : Ambil ketulan ais atau ais yang telah dihancurkan tadi, balutkan ais dengan menggunakan kain. Letakkan pada tempat yang terjangkit tadi selama beberapa saat. Kemudiaan tunggu selama beberapa minit dan ulangi balik proses tadi.

2. Lemon

Cara lain untuk menghilangkan jerawat dengan cepat adalah menggunakan jus lemon, dimana ia diperkaya dengan vitamin C. Jus Lemon membantu mengeringkan jerawat dengan pantas. Pastikan anda menggunakan jus lemon yang segar dan bukannya jus lemon botol yang dibeli di kedai, ini kerana just lemon yang dibotol/kotak mengandungi bahan bahan pengawet. 

Cara penggunaan : Ambil kepingan kapas bersih, celupkan kapas kedalam jus lemon tadi dan kemudian sapukan pada jerawat sebelum anda masuk tidur. Atau anda boleh campurkan satu sudu besar jus lemon bersama satu sudu teh serbuk kayu manis kemudian letakkannya pada jerawat, biarkan semalaman. Selepas bagun pagi, cuci muka anda menggunakan air suam. Bagaimanapun, cara kedua ini tidak sesuai untuk orang yang berkulit sensetif.

3. Minyak Pokok Teh

Minyak pokok teh ini sememangnya sangat bagus untuk merawati jerawat kerana ia mengandungi antibakteria yang dapat membantu menentang bakteria yang menjadi punca masalah ini. Tambahan lagi, ia juga mempunyai ciri-ciri untuk meredakan radang dan kemerahan-merahan pada jerawat. Selain itu, Minyak pokok teh juga dapat membantu mengeringkan bintik-bintik hitam dan putih.

Cara penggunaan : Masukkan bebola kapas kedalam minyak pokok teh dan sapukan pada kawasan yang dijangkiti. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian basuh muka anda. Cara lainya, campurkan beberapa titik minyak pokok teh kedalam 1 sudu besar gel lidah buaya. Sapukan ditempat yang dijangkiti dan basuh selepas 20 minit.'

4. Ubat Gigi

Ubat gigi yang anda selalu gunakan pada setiap pagi untuk memberus gigi juga boleh digunakan untuk mengubati jerawat dengan pantas. Ianya juga, amat berkesan jika diguna selepas anda menggunakan cara ais diatas tadi. Tetapi ingat gunakan ubat gig yang berwarna PUTIH dan jangan gunakan ubat gigi yang berwarna biru atau dikenali sebagai gel ubat gigi.

Cara Penggunaan : Letakkan sedikit ubat gigi pada kawasan yang berjerawat sebelum anda ingin masuk tidur. Setelah bangun pagi, cuci muka anda lihat perbezaan yang ketara pada jerawat. Jika anda ingin ulangi cara ini pada waktu pagi juga boleh tetapi, pastikan ubat gigi dibiarkan selama 30 minit.

5. Wap

Menggunakan wap sememangnya baik untuk digunakan pada hari-hari biasa terutamanya ketika anda berjerawat. Wap akan membuka liang roma anda dan ini memberikan ruang untuk kulit anda bernafas sekaligus membantu membuang kotoran, minyak dan bakteria yang terperangkap di dalam liang yang boleh mengakibatkan jangkitan dan radang.

Cara penggunaan : Isikan bekas besar dengan air panas, letakkan muka anda diatas bekas tersebut dan biarkan muka mendapat wap yang dihasilkan dari air tadi. Biarkan selama beberapa minit, kemudian cuci muka anda menggunakan air suam, selepas anda keringkan letakkan pelembab muka yang tidak berminyak.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.