5 Tips Hilangkan Jerawat


1.Pastikan muka sentiasa bersih.

Tidak kisah samaada muka anda berjerawat mahupun tidak, ianya amat penting untuk mencuci
muka bagi membuang kotoran dan depu, sel-sel mati, dan lebihan minyak pada muka. Cuci muka anda sebaik-baiknya dua kali sehari, jika mencuci terlalu kerap juga tidak elok untuk muka. Gunakan air suam untuk membilas dan gunakan sabun pencuci muka yang lembut kerana menggunakan sabun pencuci muka yang tajam atau kasar(seperti sabun minyak ketiak) hanya akan menggundang kegatalan atau kerengsaan. Sentiasa menggunakan tuala yang bersih dan lembut.

2.Pelembab

Banyak produk hilangkan jerawat mengandungi bahan yang mengeringkan kulit, jadi sebaiknya menggunakan produk pelembab yang mengurangkan kulit kering dan pengelupasan kulit. Terdapat beberapa pelembab dipasaran untuk kulit berminyak, kering atau gabungan antara dua, pilih produk yang mana sesuai untuk anda. Cari nama "noncomedogenic" pada lebel, ini bermaksud produk tidak menyebabkan jerawat.

3.Jauhi tangan anda dari muka!

Elakkan daripada menyentuh muka! menyandarkan tangan pada pipi atau dagu, bukan sahaja akan menyebarkan bakteria, anda juga akan menambah burukkan lagi radang muka yang berjerawat. Jangan! sesekali picit atau mencungkil jerawat mengunakan tangan, keadaan ini akan menambakan jangkitan malah meninggalkan parut.

4.Bersenam

Senaman baik untuk badan kita, ini termasuklah untuk kulit. Ketika bersenam, elakkan pemakaian yang longgar bagi mengelakkan geseran pada kulit dan boleh mengakibatkan keresaaan. Pastikan anda mandi setelah habis bersenam.

5.Santai

Sesetenggah kajian, stress boleh mengakibatkan pertubuhan jerawat, ini saling berkait dengan hormon kita. Sebaiknya, pastikan diri anda mempunyai sedikit hiburan walaupun sesibuk manapun anda!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.