6 Tips Untuk Pesakit Migrain Yang Kronik

Ubati Sakit Migrain


Pesakit Migrain yang kronik ini bermaksud menhadapi sakit migrain lebih dari 15 hari setiap bulan. Sesetengah orang menderita sakit migrain beterusan sepanjang hari , setiap hari selama sebulan. Migrain ialah penyakit saraf dan Ini penting untuk anda ketahui bahawa penyakit migrain yang kronik merupakan sakit fisiologi dan bukannya psikologi. Sakit ini saling berkait kepada bagaimana badan anda berfungsi dan bukanlah berpunca daripada masalah atau tekanan minda.

6 tips untuk pesakit migrain


Satu lagi pekara penting yang anda kena tahu, Migrain ini bukan sahaja sakit kepala yang teruk malah ianya seperti satu pakej sakit saraf yang juga termasuk sakit kepala, petukaran penglihatan, pening, loya dan muntah-muntah dan juga amat-amat sensetif kepada cahaya, bunyi, sentuhan dan juga bau. Teruk bukan? Jadi, lain kali orang cakap sakit migrain, jangan cuma cakap "sekejap lagi oklah tu" dan "relaklah, sikit jer pun" .

Kronik migrain ini berpunca daripada gabungan persekitaran dan juga faktor keturunan. Jika ibu bapa anda pernah mengalami migrain walaupun setahun sekali, ini menunjukkan anda juga cenderung akan mendapat sakit kepala yang sama atas dasar genetik kerana mungkin salah satu orang antara keluarga mengalami migrain setahun sekali dan ada juga yang mendapat sakit kepala setiap hari.

Saya tahu anda tidak boleh memilih siapa untuk menjadi ibu atau bapa anda tapi anda boleh memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti rutin tidur,pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan kafein tetapi lebihkan pengambilan magnesium. Langkah pertama untuk mencegah pekara ini berlaku ada dengan membuat diari, atau anda juga boleh memuat turun applikasi Headache Relief Diary ke telefon pintar anda, ianya sangat membantu anda untuk menyimpan data dan mempelajari lebih lanjut tentang pencetus sakit kepala dan rawatan apa yang anda perlukan jika anda ingin berjumpa doktor.

Saya sarankan jika anda ingin mengurangkan sakit migrain : Hindarkan diri daripada minuman atau makanan berkafein(berkopi), cuba untuk bermeditasi, ambil magnesium supplement atau jika migrain anda betul-betul teruk anda boleh meminta doktor untuk memberikan anda Botox untuk migrain. Dibawah ini saya sertakan 7 tips untuk orang yang menhidapi masalah migrain yang kronik.


Lakukan Senaman Aerobik. Salah satu cara yang terbukti untuk membantu melegakan tekanan, terutamanya orang yang menghidapi migrain ialah dengan melakukan senaman Aerobik dan sekarang ni pun tengah terkenal tarian zumba :) saya sarankan anda untuk melakukan aktiviti ini 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 atau 40 minit setiap sesi. Terdapat kaitan antara langsung antara bersenam dan sakit kepala. Sesetengah orang pasti akan berkata mereka tidak mempunyai masa untuk membuat senaman ini tapi anda juga perlu mempertimbangkan masa yang hilang akibat daripada derita migrain ini. Kalau anda ingin sembuh, bersenamlah. Lihat artikel ini cara untuk anda bersenam


Cuba Senaman Relaksasi. Cuba lakukan senaman relaksasi seperti yoga, meditasi atau senaman seumpanya, ini akan dapat membantu anda menghalang migrain sekaligus dapat mengelakan diri daripada tekanan minda.

Berpegang Kepada Jadual Tidur Yang Tetap. Tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi kerana lebih dan kurang tidur boleh menyebabkan sakit kepala.

Ambil Magnesium Supplement. Kekurangan magnesium bolleh menjadi punca kepada sesetengah orang mendapat sakit kepala migrain. Gejala kekurangan magnesium adalah termasuk sakit kepala migrain, kaki dan tangan sejuk, haid pra-matang, otot kejang pada kaki. Minta nasihat doktor untuk cara pengambilan.

Elakkan Makanan Atau Minuman Yang Mencetuskan Sakit Kepala. Pekara ini bergantung kepada seseorang individu, kerana setiap individu itu berlainan. Sesetengah makanan boleh mencetus sakit ini secara terus, seperti kalau anda meminum wain dan anda terasa sakit kepala, bermaksud wain ini adalah salah satu minuman yang mencetus anda sakit kepala. Makanan lain yang biasa menjadi penyebab ialah coklat, makanan pengawet-sarat dan gula gantian.

Supplement Lainya. Akhir sekali, terdapat beberapa supplement yang dapat membantu anda merawati sakit migrain kronik seperto CoQ10 (300mg), Feverfew, vitamin B12 dan lain-lain. Minta nasihat doktor anda untuk mendapatkan supplement terbaik.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.