Akutekanan dan Refleksologi

Lakukan refleksologi dan akutekanan sendiri adalah satu cara pantas untuk melegakan pelbagai kesakitan dan simptom tanpa perlu pergi ke tempat urut atau ke tempat refleksologi dimana akan menganggu rutin seharian anda.

Akutekanan Dan Refleksologi


Akutekanan dan akupunktur mempunyai peranan yang sama dan bertindak tanpa mempunyai faktor yang memudaratkan. Akupunktur memerlukan jarum, manakala akutekanan hanya menggunakan jari dengan memberikan tekanan sederhana ke sesetengah tempat.

Refleksologi secara amnya menggenakan urut tekanan terapeutik ke tempat-tempat tertentu seperti tangan atau kaki untuk memudahkan aliran fungsi tenanga, kelegaan sakit dan memberikan kesihatan yang optimum. Pada tangan dan kaki kita terdapat sesetengah tempat digelar sebagai reflexs yang mempunyai hubung-kait dengan badan dan juga organ-organ dalaman. Kebiasaannya, sakit yang kita alami di sesetengah tempat terdapat sekatan tenaga yang menghalang kita dari mendapat kesihatan.

Dibawah ini saya akan kongsikan kombinasi antara dua amalan tadi untuk anda dipraktikan sendiri dirumah ataupun dimana-mana dan pada bila-bila waktu.

Migrain Dan Sakit Kepala.

Anda boleh atasi sakit kepala dan migrain dengan memfokuskan pada kawasan bawah ibu jari atau antara jari telunjuk dan ibu jari. Berikan tekanan sederhana pada bahagian ini selama seminit.

tangan akutekanan

Sakit Sinus

Letakkan kedua tangan anda dihadapan anda, pegang hujung jari telunjuk kiri dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan seperti gambar di bawah,  Selama 1-3 minit picit dan tahan hujung jari ini dan tekan secara lembut. Kemudian, urut-urut ringan pada kawasan tersebut. Lakukan semula pada setiap jari.
tangan akutekanan


Tegang atau sakit pada leher

Urut tengah-tengah jari antara bawah hujung jari sehingga bawah jari. Lakukannya pada setiap jari, kedua-dua belah tangan. rujuk gambar jika masih keliru kawasan mana hendak di urut.


Sakit tidak selesa

Anda boleh mengurut pada bahagian ibu jari, ianya akan bertindak balas keatas perut dan limpa. Atau anda juga boleh terus memberikan tekanan pada tengah-tengah tapak tangan seperti gambar dibawah.


Selesma Atau Sakit Tekak

Panaskan ibu jari dengan mengurut seluruh kawasan. Letakan tekanan lebih lama pada kawasan yang berdaging(digunakan untuk cap jari). Seterusnya, letakkan tekanan yang spesifik pada tisu dibawah kuku seperti gambar di bawah.


Fatique

Urut seluruh tangan dengan memberikan tekanan yang lembut. Kemudian, picit tepat pada kawasan jari tengah, bawah kuku sebelah jari telunjuk. Lihat gambar dibawah untuk yang masih keliru.


Sengugut atau sakit perut

Jika anda mempunyai sakit sengugut atau sakit perut, urut seluruh tangan anda kemudian tekan pada kawasan jari telunjuk, bawah kuku sebelah ibu jari seperti cara di tempat di atas kecuali kali ini jari telunjuk.

Selain kawasan tadi,urut juga kawasan jari kelingking, bawah kuku bahagian luar..

Pertama sekali, urut kedua belah pergelangan tangan anda selama beberapa minit untuk merangsang tenaga dan kepekaan tangan anda. Urut secara lembut menggunakan ibu jari untuk kedua belah tangan. Kemudian, tekan pada kawasan jari telunjuk dan jari kelingking tadi selama 1-5 minit. Ulangi 1-5 kali jika diperlukan, atau ulangi setiap hari untuk hindari masalah sama berlaku.

Kekal hidrat ialah salah satu tips yang terbaik daripada pakar terapi dan pembina badan. Banyakkan meminum air mineral sekurang-kurangnya 8 kali sehari untuk kekal hidrat, ini penting untuk peredaran darah, pembuangan toxic dalam badan, pertumbuhan tisu baru dan sebagainya. Anda juga boleh membaca kelebihan tentang air mineral untuk kesihatan badan dengan lebih lanjut lagi disini.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.