Cara Menghilangkan Jerawat Satu Malam!

Secara umumnya jerawat berlaku akibat daripada minyak muka yang bercampur kotoran dan juga bakteria. Jangan runsing, ianya amat biasa berlaku kepada semua orang termasuklah wanita-wanita yang tercantik didunia ni. Jerawat ini biasanya akan datang dan pergi akan tetapi ada caranya untuk menghentikan masalah ini!

Lidah Buaya atau Aloe Vera


Lidah buaya sememangnya terkenal sebagai ubat untuk pelbagai penyakit ini adalah kerana lidah buaya mengandungi anti-radang, anti-bakteria dan antiseptik. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa anti-bakteria lidah buaya ini membantu untuk menghalang jangkitan, ianya telah digunakan untuk tujuan mengurangkan anti-radang dan sekutunya. Lidah buaya juga digunakan untuk kulit yang terbakar ataupun kesan parut dan tumbuhan ini amat ideal untuk pembaikan kulit semula, ia membantu melancarkan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Berhati-hati dan awas kerana lidah buaya ini mungkin akan mengakibat kegatalan dan ruam kepada sesetengah orang. Jadi, sebelum anda mengunakannya pada kadar yang banyak, cuba letakkan pada kadar yang sedikit dahulu untuk melihat keadaan, Jika kegatalan berlaku, basuk muka anda menggunakan sabun dan air suam kerana anda mungkin mempunyai alahan terhadap tumbuhan tersebut. Jika berlaku sebaliknya, anda boleh menggunakannya secara maksimum dan akan mendapat hasil yang menyenagkan.

Madu



Selain lidah buaya, madu juga tidak kalah terkenalnya dengan mempunyai keupayaan anti-bakteria yang berkualiti dan telah digunakan secara turun temurun untuk menghalang atau untuk merawati pelbagai jangkitan, ianya juga telah diperhatikan dapat membantu menghilangkan kesan jerawat. Dilaporkan, dengan menyapu madu secara terus ke jerawat dapat mengurangkan radang yang berlaku. Madu juga boleh digunakan secara kerap ke muka untuk menghalang pertumbuhan jerawat baru.

Cara penggunaan biasanya dilakukan dengan mencampurkan madu dengan oatmeal dengan sedikit air dengan meletakkan atau menyapu pada muka sebagai topeng(mask). Kemudian, biarkan topeng selama 15 minit untuk menyerap lebihan minyak muka dari liang kulit. Setelah selesai, basuh topeng dengan air. Gosok secara lembut bacuhan topeng tadi untuk membuang sel kulit mati dan membiarkan kulit yang terkelupas segar.

Bawang Putih



Sebelum ini saya pernah membuat artikel mengenai kebaikan bawang putih untuk badan anda, lihat disini, kali ini saya akan bincangkan kebaikkannya menentang jerawat. Bawang putih yang diperkaya dengan khasiat anti-radang dan antibiotik. Ianya amat berkesan untuk menentang bengkak dan kemerahan yang datang daripada jerawat dan mampu membunuh bakteria yang mengakibatkan masalah ini.

Jika ada dapat tahan bau bawang dan rasa bawang, ianya baik jika anda memasukkanya kedalam diet anda untuk mengurangkan pertumbuhan jerawat. Sesetengah orang akan campurkan bawang dengan madu untuk menguragkan baunya yang kuat. Jangan sapukan bawang mentah secara terus pada kulit yang berjangkit kerana ia akan membakar dan meyengat kulit anda. Campurkannya dengan air dan biarkannya larut, guna larutan air tadi sebagai pencuci muka hariaan. Cara ini akan dapat membersihkan liang dan membunuh bakteria sebelum terjadinya radang.
Dikuasakan oleh Blogger.