Kebaikan Cili Untuk Anda Tahu

Khasiat Cili


khasiat dan manfaat cili



Ramai orang masih mempercayai bahawa masakan pedas memburukkan lagi sakit ulser dan sakit perut lainnya. Bagaimanapun, kajian menunjukkan sebaliknya malah lada cili melindungi lapisan perut dan mencegah kerosakan perut dengan bertindak sebagai ubat anti-radang. Selain itu, Cili mengandungi dan diperkaya dengan nutrisi seperti kalsium, vitamin A dan C, dan ada beberapa bukti menunjukkan bahawa cili pedas boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, membantu mencegah diabetes dan meningkatkan metabolisme. Uniknya, cili juga mempunyai keupayaan untuk mencegar kanser.

Cuma jangan mengambil secara belebihan kerana ada kajian dari Mexico mendapati jika seseorang memakan sebanyak atau bersamaan dengan 9 - 25 cili jalapenos sehari mempunyai sedikit risiko menghadapi kanser perut. Apa-apa pun, tidaklah sesusah manapun untuk pemakan atau pengemar cili untuk tidak melebihi pengambilan had tersebut.

Ramai pesakit Dr. Khursheed Jeejeebhoy yang sering ke pejabatnya mengadu cuba menjauhi dari memakan cili. Setiap kali orang mengadu mengalami masalah perut, mereka akan berkata 'aku benar-benar mengelakkan makanan pedas untuk menyembuhkan perut aku' Tidak ada bukti yang menjelaskan makanan pedas tidak elok untuk mereka tetapi mereka tetap melakukan pekara sedemikian. Rempah yang ada perlu dinikmati dengan cara bersederhana Begitulah kata Jeejeebhoy yang merupakan seorang profesor emeritus perubatan di University Toronto.

Malah, tedapat pelbagai bukti yang ia sangat baik untuk anda. Kajian terbaru memberitahu kita bahawa cili merupakan satu kuasa kesihatan baru dan berkuasa. Selain itu, satu lagi kajian yang dijalankan di United Kiingdom mendapati bahawa capsaicin yang bertanggungjawab bagi pembakaran yang dilakukan cili kepada pemakan mampu membunuh sel kanser paru-paru pankreas tanpa merosakkan sel-sel sihat disekitarnya. Penyelidik percaya ini mungkin menjelaskan mengapa orang yang tinggal di Mexico dan India, yang memakan makanan pedas, cenderung untuk mempunyai kadar yang lebih rendah untuk mendapat beberapa jenis kanser daripada makanan diet barat yang hambar.


Dua kajian daripada Australia membawa dua berita gembira untuk pengemar cili, salah satunya ialah menambah cili ke dalam makanan dapat melindungi pemakan terhadap pembentukan kolesterol dalam darah. Satu lagi mendapati bahawa kerap memakan cili pedas mengurangkan keperluan insulin, yang mungkin mempunyai implikasi dalam pencegahan dan rawatan penyakit kencing manis.

Jadi bagaimana pula kesannya terhadap perut? Cili pedas sebenarnya mengurangkan pengeluaran asid gastrik, kata satu kajian dari Hungary. Mereka juga boleh mengurangkan pendarahan perut yang berkaitan dengan mengambil ejen bukan steroid anti-radang seperti aspirin. Tambahan lagi, kajian dari negara jiran kita iaitu Singapura mendapati bahawa memakan cili setiap hari mengurangkan risiko ulser peptik sebanyak 53 peratus.

Perasaan pedas yang anda rasa selepas memakan cili itu ialah rangsangan dari hujung saraf anda daripada capsaicin. "ia perasaan yang tidak selesa" kata jeejeebhoy tetapi tidak ada bukti bahawa ia menghasilkan luka atau menyebabkan ulser atau kecedaraan apappun dalam saluran gastrousus. Penyelesaian terbaik untuk mengatasi casa terbakar dalam mulut adalah dengan membina toleransi, kata beliau.

Salah satu peminat besar makanan pedas adalah Dr. Susan Biali, seorang pengamal perubatan Vancouver dengan ijazah dalam dietetik. 'Cili menambah rasa indah dan tambahan kepada makanan, dan mempunyai sedikit kalori.' dan kata Biali lagi Cili merupakan satu cara untuk membuat makanan lebih berperisa, menarik dan menyeronokkan. Beliau juga telah mengalahkan suaminya yang dibesarkan dengan makanan pedas.
Biali juga memangil cili sebagai "no-lose food" kerana mereka meningkatkan metabolisme, membantu membakar lemak dan membuat kita rasa kenyang lebih lama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.