Ketahui Maksud Jerawat Pada Anggota Badan

Hari ini saya ingin kongsikan satu pendekatan mengenai jerawat yang terdapat pada badan, tidak semua orang menghadapi masalah sedemikian akan tetapi jika amalan pemakanan dan kehidupan anda tidak sihat dan teratur, anda juga akan bakal mendapat masalah yang sama. Dibawah ini saya akan cuba kongsikan punca-punca jerawat tersebut supaya anda tahu bagaimana untuk mengatasinya pada masa akan datang.


Leher : Hormon

Jerawat pada leher berkemungkinan berpunca daripada adrenal glands (hormon) yang sedang melonjak naik ataupun tidak stabil. Selain itu, ia juga berkemungkinan besar akibat daripada pengambilan gula yang terlebih / akibat tekanan yang anda hadapi. Punca ini berkemungkinan betul jika anda tidak memakai baju kemeja yang mempunyai kolar yang ketat ataupun bulu/rambut berminyak dimana sering menyentuh kulit pada kawasan berkenaan.

Bahu : Tekanan / Stress

Jerawat pada bahu pula membawa makna anda sedang menghadapi tekanan, sensetif dan rasa terdedah. Ini juga kemungkinan berpunca daripada tali bag tangan anda, periksa jika tali bag tangan anda mengakibatkan geseran pada bahu ataupun tidak.

Dada : Sistem Penghadaman

Adakah anda memakai pakaian yang tidak ada pengudaraan seperti poliester atau nilon? Jika tidak jerawat pada dada boleh bermaksud masalah pada penghadaman anda, seperti tabiat pemakanan yang tidak elok, diet yang tidak betul, terlalu banyak pengambilan makanan pedas atau pengambilan minuman sejuk yang terlalu banyak pada hari -hari biasa.

Siku : Tahap Vitamin

Ini seperti biji-biji kasar yang timbul pada bahagian lengan,seakan liang anda meremang. Kulit dibahagian ini lebih kasar daripada bahagian tangan lainya dan boleh mengakibatkan Keratosis Pilaris. Keratosis pilaris ini terjadi kerana peredaraan darah yang perlahan dan berlebihan sel mati pada folikel rambut. Cuba rawatinya dengan mengupas dan meletakkan pelembab yang mengandungi asid salisilik. Jika masalah ini masih beterusan, ini menandakan badan anda begitu cekap menerima dan menggunakan vitamin-vitamin yang diterima dari diet anda.

Perut : Tahap Darah Tinggi

Ini amat jarang berlaku dan aduan mengenainya juga kurang ini kerana kelenjar minyak pada bahagian perut amat sedikit. Apabila berlakunya jerawat pada bahagian ini, kemungkinan berpunca daripada 2 sebab ini iaitu : seluar yang dipakar ketat atau darah tinggi.

Bahagian Kemaluaan Dan Setempat : Kebersihan Atau STD

Agak sukar dan betul-betul menyakitkan untuk membuang jerawat pada kawasan ini kerana keadaannya yang sensetif dan lembut. Jerawat yang tumbuh pada bahagian kelangkang atau pelvik kadang disebabkan oleh bulu yang baru nak tumbuh selepas bercukur atau waxing akan tetapi penjagaan yang kurang juga salah satu faktor besar terjadinya masalah ini.  Lagi membimbangkan jika ia boleh menjadi ketuat atau gejala STD (terutamanya jika ianya gatal, selut dan tidak menunjukkan pengurangan dalam masa 3-4 hari)

Kaki : Kulit Sensetif Atau Alahan

Pada bahagian peha dan keatas kebiasaannya berlaku akibat daripada reaksi badan terhadap lotion, gel mandian, bahan pencuci kain dan pelembut kain yang tidak sesuai untuk pengguna. Pada bahagian bawah peha pula, berlaku akibat faktor mencukur dan waxing, cara ubati yang terbaik ialah dengan menggunakan pencuci badan yang mengandungi asid salisilik (BHA) atau asid glycolic (AHA) dan pelembab non-comedogenic.

Bahagian Belakang Badan : Kerisauan dan Sistem Pengadaman

Bahagian inilah yang sering berlaku dan mempunyai pelbagai faktor termasuklah alahan, peluh berlebihan, tidak mandi selepas bersenam, geseran daripada barang-barang sukan, baju terlalu ketat dan tiada pengudaraan, tali bag galas, kerengsaan disebabkan produk badan atau rambut, alahan terhadap sabun pencuci kain dan pelembut kain. Jika anda telah cuba untuk menghidari semua faktor atau tidak mempunyai sebarang masalah dengan sebab-sebab diatas kemungkinan besar berpunca daripada pengambilan makanan seperti masakan berminyak dan makanan yang berkalori tinggi atau tidur yang tidak mencukupi atau kedua-duanya.

Sekarang anda dah tahu bukan? Apabila berlakunya jerawat cuba untuk kenalpasti keadaan dan cari punca kejadiaan itu, ini mungkin kerana jerawat itu mungkin cuba untuk memberitahu badan kita apa sedang berlaku didalam dan bergantung kepada kita. Walau bagaimanapun, cuba untuk berjumpa pakar doktor anda jika masalah yang serius berlaku. Saya bukanlah seorang doktor, saya cumalah memberi panduan serba sedikit untuk kita bersama. 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.