Makan Bawang Putih dan Madu Sekarang!

Rahsia Kebaikan Bawang Putih Dan Madu Untuk Si Pemakan




Seperti yang kita tahu, hampir semua masakan didunia ini menggunakan bawang putih, bukan sahaja
kerana perasa dimilikinya yang kuat malah ianya juga mempunyai kehebatan luar biasa untuk menyembuhkan penyakit umum.

Meskipun bawang putih sentiasa dihidangkan selepas dimasak, memakannya secara mentah sebenarnya menjadikan rempah yang terkenal ini menjadi ubat yang kuat. Pelik bukan?

Bawang putih sebenarnya mempunyai kelebihan membantu merendahkan tekanan darah tinggi dan juga kolesterol, mengelakkan penyakit jantung koronari dan juga serangan sakit jantung. Selain itu, ianya juga membantu untuk membalikkan kesan aterosklerosis-(lemak yang terkumpul didalam dinding jantung)

Bukan itu sahaja, bawang ini juga baik untuk masalah kesihatan yang sering kita lalui seperti penyakit demam, cirit-birit selesma, gigitan kumbang, dan juga jangkitan kulat. Amalan memakan bawang secara biasa dapat membantu mengawal gejala osteoarthritis, kencing manis dan juga pembesaran prostat, penyakit ini adalah penyakit umum yang sering berlaku.

Kepada sesiapa yang mempunyai imun sistem yang rendah, memakan bawang membantu memberikan rangsangan kepada imun sistem anda dan memakannya dengan bawang besar boleh membantu anda men-detoxkan badan dari kemoterapi.

Cara penyediaan bawang putih

Cara penyediaan bawang yang terbaik ialah dengan memakannya secara mentah, ini kerana khasiatnya iaitu allicin akan hilang jika dipanaskan/dimasak.Sebelum makan, hancurkan bawang dan potong sehingga menjadi kecil untuk membuat bawang itu aktifkan tindakan kimia terhadapnya dan menjadikan allicin lebih mudah dan senang untuk dihadam badan.

Makan ketika perut anda kosong, sebaiknya makan selepas baru bangun tidur. Kenapa makan ketika perut kosong? ini adalah kerana ketika perut kita dipenuhi makanan, ianya membuatkan badan kita susah untuk menghadam dan menyerap semua nutrisi yang terdapat dalam makanan yang dimakan.

Cara-cara pengambilan

- Ambil 2-3 cengkih daripada satu bawang putih, potong dan hancurkan menjadi kecil,
- Campurkan potongan tadi dengan satu sudu besar madu,
- Makan campuran ini setiap hari dan rasai perbezaan kesihatan anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.