Merahkan Bibir Mu Kembali!

Cara Memerahkan Bibir 


Pertama : Bersihkan Bibir Anda

Kulit kering dan mati yang terkumpul di bibir anda menjadikan bibir kita tampak pucat dan tidak bermaya akan tetapi sebaliknya. untuk mengembalikan kemerahan bibir yang tersembunyi dibawah kulit kering yang mati itu kembali, hendaklah anda membuang lapisan kulit mati tadi dengan mengupasnya menggunkan kaedah ini. 

Kaedah ini lebih mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan besar dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mungkin sudah ada dirumah anda. Jom lihat cara-caranya ;-

1. Campurkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar madu (atau minyak olive jika anda tidak mempunyai madu)
2. Letakkan campuran tadi pada bibir anda dan gosok mengikut gerakan membulat (circular motion)
Cuci dan ulangi sehingga bibir anda bebas daripada kuli kering dan mati.
3. Jika masih ada kulit kering yang degil, gunakan kaedah ini. Gunakan berus gigi yang lembut, basahkan bibir anda menggunakan air suam kemudian gosokan setiap tempat mengikut gerak membulat. Gosok setiap seksyen bibir anda selama 20-30 saat dan bibir anda akan kelihatan seperti seakan- akan baru.

Kedua : Merapikan Bibir Anda Menggunakan Serum

Sekarang setelah anda berjaya membuang kulit - kulit mati dan kering itu tadi, kini anda telah mendapat kembali bibir merah semulajadi anda. Setelah anda, mendapat kembali, rapikan bibir anda menggunakan lapisan serum untuk bibir, ianya baik jika anda dapat sapukan pada setiap malam dan keeokkan hari pasti anda mempunyai bibir yang empuk dan cantik. Jangan risau jika anda tidak mempunyai sebarang serum dirumah, anda boleh gunakan 3 bahan ini ;-

1. Minyak zaitun (olive oil)
2. Minyak badam (almond oil)
3. Minyak kelapa (coconut oil)

Terakhir : Lembabkan Bibir Anda

Langkah terakhir ini amat penting untuk membuatkan bibir anda tampak sihat dan kemerah - merahan sentiasa. Amat penting untuk anda sentiasa melembabkan bibir anda setiap masa dan memastikan warna merah semulajadi anda tidak hilang dan kembali seperti sebelumnya. Meletakkan pelembab bibir (lip balm) setiap hari mampu membantu anda mengekalkannya :)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.