Tips Kurangkan Berat Tanpa Sakiti Dirimu

Semua orang yang ingini berat badan yang sesuai untuk mereka mungkin telah mencuba pelbagai cara diet, ambil supplement dan sebagainya. Diluar sana terdapat pelbagai kaedah dan ratusan produk yang dijual bagaimana untuk mengurangkan berat dan ada sesetengah orang yang berjaya dan ada juga yang sebaliknya.



Disini, hari ini saya ingin kongsikan kepada anda tip-tip untuk mengurangkan berat badan tanpa perlu menyakiti diri kerana terlalu berhempas pulas mendapatkan berat yang diingini.

1. Tambah Bukan Kurangkan

"Adding in really works, taking away never does" Emmm... Mesti anda pun terkejut bukan, tapi inilah yang dikatakan oleh pakar diet David Grotto penulis buku 101 Optimal Life Foods. Anda boleh menambahkan makanan sihat kegemaran seperti buah ceri, anggur atau pisang, akan tetapi anda kena awasi juga berapa banyak pengambilan kalori. Jangan lupa juga untuk menambah sesuatu fizikal seperti buat beberapa pergerakan tarian sebelum makan, berjalan pantas atau mungkin lompat bintang.

2. Lupakan tentang senaman

Jika perkataan "Senaman" itu sendiri membuat anda rasa malas dan mengeluarkan pelbagai alasan jadi lupakan saja ayat ini! Mungkin cara menghiburkan diri anda untuk bersenam ialah untuk tidak memanggilnya senaman langsung. Mesti anda tertanya-tanya adakah ini akan membantu? 

Jangan risau. Seperti yang kita tahu, semua orang mempunyai pelbagai minat dan kemungkinan besar minat itu melibatkan aktivi atau pergerakan ,contohnya menari, berbasikal, mendaki bukit atau berkhemah. Jadi, melakukan sesuatu yang anda minati tanpa mengelarnya senaman pasti akan dapat membantu anda mengurangkan berat dan sekaligus memuaskan hati dengan melakukan aktivi yang anda gemari. Senang bukan.

3. Berjalan

Cuaca di Malaysia ini memang amat sesuai umtuk lakukan aktivi ini tapi jangan pula lakukan pada waktu tengahari. Berjalan-jalan disekitar kawasan perumahan anda ketika waktu petang, buat beberapa pusingan jika kawasan perumahan anda kecil. Jika anda malas untuk berjalan-jalan disekitar perumahan anda, anda boleh ikut tip-tip dibawah ini;-

1. Jika anda nampak tangga, gunakan dan jangan asyik ikut lif atau sahaja, cuba biasakan.
2. Kalau anda ke pusat membeli belah cuba untuk pergi ke semua tingkat,sambil cuci mata.
3. Letak kereta anda jauh sedikit daripada tempat yang nak dituju.
4. Turun daripada bas awal satu tempat daripada tempat yang nak dituju.
Dikuasakan oleh Blogger.