10 Cara Kempiskan Perut Dengan Mudah

10 Cara Kempiskan Perut 

10 cara kempiskan perut dengan mudah

Apakah Lemak Perut?

Kebiasaannya, lemak perut ialah lemak subkutaneus, dimana ia berada dibawah kulit. Jika anda mempunyai masalah dengan lemak di bahagian abdomen, ia juga berkemungkinan lemak visceral. Ia juga dikenali sebagai lemak organ yang diselubungi antara organ dalaman anda. Ia juga dikenali sebagai "perut buncit"atau "perut beer". Lemak perut ini sering dikaitkan dengan diabetis jenis 2, penyakit cardivascular dan kanser colorctal.

Dalam kajian baru-baru ini saintis telah menyedari bahawa ia bukanlah bergantung kepada berapa banyak berat seseorang. ianya bergantung kepada berapa banyak lemak yang terkandung didalam badan yang sebenar-benarnya menunjukkan obesiti seseorang.

10 Tips Kempiskan Perut

Nasib baiklah lemak perut boleh disingkirkan atau dikurangkan seperti mana lemak - lemak lainnya. Ia hanya memerlukan kombinasi diet dan senaman yang betul. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang boleh menghalang anda dari menurunkan berat badan dan mengekalkan lemak perut. Dibawah ini adalah 10 tips yang boleh membantu anda mengurangkan lemak perut atau kempiskan perut dan sekaligus mendapatkan perut yang di mimpi-mimpikan.

1. Elakkan Tekanan -  Kajian telah mendapati yang badan kita akan menghasilkan hormon dalam tindak balas daripada tekanan. Salah satu daripadanya ialah kortisol. Ia akan menyebabkan badan anda untuk mencari makanan tinggi kalori disebabkan ia berfikir ia menggunakan banyak tenaga mengendalikan sesuatu yang tertekan. Ia seperti menipu badan anda supaya berfikir yang anda baru sahaja melakukan senaman yang berat, sedangkan hakikatnya, ia tidak melakukan apa apa kecuali membuat rasa cemas dan kecewa. Bertahun-tahun dahulu, memakan makanan berkalori tinggi ketika merasa tekanan mungkin tidak mengapa kerana mereka menggunakan tenaga yang banyak setiap hari berkerja di ladang atau bertani. Nenek moyang kita kekal kurus ketika itu walaupun merasa tekanan kerana mereka berkerja keras sepanjang hari. 

Sekarang, ramai di antara kita yang menjalani kehidupan yang tidak aktif. Kita tidak lagi dapat membakar lemak begitu senang. Bila anda sedang menghadapi stres kronik dengan jumlah yang besar, ia memberitahu badan anda untuk terus membuat kortisol, ia akan menjadi satu putaran yang ganas. Menambah berat badan akan lagi membuatkan anda menjadi tekanan, lalu anda akan menghasilkan lebih banyak lagi kortisol dan sudah pasti makan lebih banyak makanan berlemak.

Anda boleh mengurangkan tekanan dengan membuat beberapa pekara. Tidur secukupnya, sekurang-kurangnya 7 jam, elakkan meletak sebarang kerja di kawasan tempat anda berehat atau tidur. Ketika anda berasa tertekan tutup mata anda, tarik nafas panjang-panjang dan lupakan pekara yang buat anda tertekan, lakukan ini sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Bersenam juga akan dapat membantu menghilangkan tekanan dan risau anda.

satu keluarga


2. Beritahu Kawan atau Keluarga Anda Sedang Berdiet - Dengan memberitahu orang lain yang anda sedang berdiet, mereka akan dapat membantu anda menegur atau memerhatikan anda. Iya, semestinya anda akan selalu dengar "bukan kau sedang berdiet?", "eh, kau jangan makan banyak sangatlah", "ok ker kau makan benda tu time berdiet ni?", "berapa banyak dah berat kau turun?" dan macam macam lagilah, tetapi benda ini boleh menjadi satu dorongan buat anda. Setelah anda telah membuat pengisytiharan yang anda sedang berdiet, anda akan berasa anda perlu buktikan yang anda boleh kempiskan perut, jadi anda akan lebih fokus dan capai kejayaan.

3. Ajak Kawan Kempiskan Perut Bersama - Mempunyai kawan untuk berdiet bersama adalah antara jalan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Anda mempunyai seseorang yang dapat membantu memerhatikan anda dan memastikan anda sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, anda juga mempunyai teman makan diet bersama dan bukan bersama kawan yang tidak kisah memakan apa apa sahaja. Kamu boleh meraihkan setiap kejayaan yang anda dan kawan anda kecapi.

4. Berhenti Merokok Dan/Atau Minum Alkohol - Orang selalu cakap kalau berhenti merokok, berat mereka akan mula naik dan mereka selalu menggunakan alasan ini untuk terus merokok. Ini cuma sekadar alasan semata-mata sahaja! Kedua-duanya, merokok dan minum alkohol akan menyebabkan anda menambah berat dan mengekalkan lemak perut degil itu. Cari sesuatu benda untuk dilakukan dengan masa yang anda luangkan untuk merokok. Mungkin lakukan senaman, berjalan atau berbuat apa apa sahaja aktiviti sihat yang anda gemari daripada merokok yang hanya akan merosokkan badan.

buah buahan kurangkan berat badan


5. Makan -  Saya tahu, ia mungkin satu perbuatan yang harus dilakukan sebaliknya tetapi sebenarnya tidak. Makan sangat penting bila anda sedang mencuba untuk mengurangkan berat badan, termasuklah salah satu cara kempiskan perut. Sarapan pagi amat-amatlah penting ketika anda sedang berdiet. Kebanyakkan orang akan tinggalkan sarapan pagi bila mereka sedang dalam usaha menurunkan berat badan. 

Ia telah dibuktikan bahawa makan sejam selepas bangun pagi akan mengekalkan tahap insulin dan berat badan anda stabil. Ini tidak bermakna anda kena makan seekor ayam penuh dan satu dozen telur. Sarapan pagi yang ideal ialah sarapan yang penuh dengan kandungan fiber dan protien, ini akan dapat meningkatkan dan boost metabolism dan membantu anda membakar lemak. Makan seperti telur, buah-buahan atau sayur sayuran segar adalah lebih baik berbanding makanan bergula seperti cereal, lempeng, atau pastri.

Ada bagusnya juga jika anda memakan empat atau lima hidangan sehari berbanding makan satu atau dua hidangan besar sekaligus. demgan cara ini badan anda akan terus memberi isyarat bila anda perlu mengisi minyak anda kembali. Jika anda tidak atau memakan dengan cara yang tidak teratur dengan pengambilan yang tidak teratur, badan anda tidak akan tahu bila ia perlu memberi isyarat mengisi minyak. Badan berfikir perlu menyimpan lemak ini untuk kegunaan pada masa akan datang, biasanya lemak ini akan disimpan pada bahagian tengah iaitu perut. 

6. Panaskan Kuali Sebelum Anda Menggoreng - Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum masukkan minyak, dengan ini bila minyak panas, makanan pun cepat masak dan makanan tadi tidak menyerap minyak dengan banyak, jika dibandingkan dengan tidak memanaskan minyak terlebih dahulu dan terus masukkan makanan, makanan tadi akan menyerap minyak lebih banyak kerana dibiarkan lebih lama.

7. Tukarkan Makanan Anda - Apa yang saya maksudkan disni ialah menukarkan sesuatu yang tidak berkhasiat atau berlemak kepada sesuatu yang lebih elok. Melakukan pekara ini akan dapat membantu anda untuk menjauhkan diri dari menyimpan lebih banyak lemak pada bahagian perut dan mulai kempiskan perut. Ini saya bagi contoh :

  • Bila anda ingin membuat kari, gunakan yogurt kosong daripada menggunakan santan kelapa yang penuh dengan kandungan lemak. Anda akan dapat tekstur berkrim dan sedap yang sama tetapi kali ini tanpa lemak
  • Daripada menggunakan dua keping roti gardenia dekat rumah tu gantikan dengan roti pita - Lipat satu roti pita akan membenarkan anda meletakkan lebih banyak sayuran, dengan lebih sayuran anda pasti lebih sihat.
  • Gantikan daging dengan kacang merah - Dalam makanan seperti lasagna, hanya gunakan separuh kuantiti yang biasa anda gunakan dan tambah kacang merah untuk mengantikan isi. Kacang merah penuh dengan protien, tiada lemak dan tinggi fiber. Rasa kacang merah ialah rasa semulajadi, jadi ianya akan menyerap perasa sos tadi dan anda tidak akan perasaan sebarang perubahan.
8. Gunakan Avakado Daripada Mayonis - avacado yang masak akan menjadikan sandwich anda lembab seperti mayonis, yang baiknya ia mengandungi lemak baik daripada menggunakan mayonis yang mengandungi lemak tak baik. Ini juga baik untuk mengurangkan kolestrol anda

9. Makan Coklat - Yup, apa yang anda baca ini betul. Kebanyakkan orang akan mengabaikan keinginan untuk makan coklat kerana mereka rasa teruk untuk diri mereka. Coklat hitam(dark chocolate) mengandungi rendah lemak dan tinggi dalam antioksidan, jadi dengan memakannya akan memuaskan keinginan diri dan memberi anda snek yang sihat. Anda juga boleh menggunakan coklat ini didalam hidangan anda dengan memarutnya menjadi kecil, ia bagus sebagai perasa dan akan menghalang penyakit hati serta juga akan mengekalkan kolestrol anda pada tahap yang baik. Kalau anda inginkan snek tengah malam, ambil dua sudu coklat hitam dan cairkan didalam ketuhar, kacau dengan 4 auns yogurt vanila dan letakkan sekerat badam diatasnya, walaa! 

cili api kurangkan berat badan


10. Tambah Cili Pedas Dalam Hidup Anda - Kajian telah menunjukkan yang orang yang berat badan berlebihan akan menjadi lebih kurus kalau mereka memakan hidangan yang mengandungi cili pedas. Ianya mengandungi capsaicin, ianyalah yang menjadikannya pedas dan ia membantu hati membersihkan insulin daripada saluran darah selepas anda memakannya. Insulin ialah horman yang memberitahu badan kita untuk menyimpan lemak, membersihkannya daripada badan akan dapat mengurangkan lemak perut / kempiskan perut.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.