10 Cara kurangkan Berat Badan

Cara Nak Kurangkan Berat Badan


cara kurangkan berat badan


1. Cari tahu alasan kenapa anda tidak cergas

Salah satu cara terbaik untuk menjadi lebih cergas dan kurus adalah dengan mencari sebab kenapa anda mempunyai berat yang berlebihan. Ia boleh jadi kerana kurangnya senaman, menonton tv sambil makan, makan berlebihan tanpa kawalan dan banyak lagi. Setelah anda dapat cari tahu punca sebenar, anda boleh mula untuk membuat perancangan yang akan dapat membantu anda mengurangkan berat dan mencapai matlamat cergas yang anda impikan.

2. Bersungguh sungguh dalam mencapai matlamat

Jika anda tidak bersungguh - sungguh dalam mencapai matlamat untuk menurunkan berat, jadi anda akan hanya membuang masa sahaja. Mengurangkan berat badan hanya boleh dicapai dengan kerja keras dan kesungguhan. Oleh itu, anda seharusnya sangup untuk melakukan pekara - pekara yang perlu, walaupun ia bermaksud mengorbankan sesetengah pekara untuk mencapai matlamat ini.

3. Bina motivasi diri untuk mengurangkan berat badan

Ini untuk membolehkan dan membantu diri anda untuk melakukan senaman dan lebih peka dalam pengambilan makanan/diet, motivasi adalah satu peringatan yang akan mendorong anda dalam melakukan pekara yang anda tidak ingini. Salah satu cara terbaik ialah dengan menulis kesan negatif daripada menjadi gemuk. Dengan membuat senarai ini, dan dengan merujuknya dari masa ke masa, anda akan sentiasa menperingatkan diri anda akan akibat - akibat yang akan berlaku jika tidak menurunkan berat badan secepat yang mungkin.

4. Belajar mencintai buah - buahan dan sayuran

Jika anda tidak suka makan buah dan sayur, jadi anda patut ajar diri anda mencintai makanan ini. Jangan lakukannya secara mendadak. Apa yang anda patut lakukan ialah dengan menambah satu atau dua makanan ini dalam salah satu hidangan harian anda, sama ada makan malam atau makan tengahhari. Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan hari demi hari dalam makanan anda.

5. Minum banyak air

Meminum air yang banyak dapat membantu megurangkan berat badan, salah satu sebabnya ia dapat mengurangkan selera makan anda secara semulajadi. Selain daripada itu, ia juga dapat menjadikan anda lebih sihat dan cergas kerana secara fakatnya ia dapat membuang toxin dari badan kita. Tambahan lagi, tidak kisah seberapa banyak manapun yang anda minum, ia tidak akan menambahkan berat badan, ini adalah sebab ia tidak mengandungi sebarang kandungan kalori.

6. Mulakan hari anda dengan segelas air

Sebaik sahaja anda bagun dari katil setiap pagi, minum segelas air segar yang sejuk. Ia merupakan salah satu pekara yang terbaik untuk anda mulakan hari anda. Selain dari itu, ia juga akan mengurangkan pengambilan sarapan pagi anda. Apa yang penting, ini akan dapat membantu anda mengaktifkan sistem penghadaman untuk bersedia menghadam sarapan pagi.


7. Makan pisang setiap pagi

Selepas sahaja anda mengambil segelas air, memakan pisang adalah satu idea yang bagi. Ia akan memberi anda tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari anda. Selagi anda tidak mencampurkan pisang ini sebarang makanan, pisang tidak akan menyebabkan sebarang reaksi hyper acidic di dalam perut anda. Oleh itu, makan 15-30 minit sebelum anda memakan sarapan pagi.

8. Jauhkan diri anda daripada minuman manis dan soda

Kebanyakkan orang gemar meminum minuman manis dan minuman soda, jika anda sebahagian daripada mereka, cuba untuk kurangkan sedikit demi sedikit kerana amalan inilah merupakan salah satu punca anda gemuk. Saya tahu, soda memang sedap dan manis, ia manis kerana kandungan gula didalamnya yang tinggi, dimana hanya akan membuat anda kalori badan anda meningkat dan ia bukanlah satu idea yang baik.


9. Makan lebih sayuran untuk kurangkan pengambilan makanan

Jika anda mengambil lebih banyak sayuran anda akan kurang mengambil makanan lainnya ini kerana sayuran dipenuhi dengan fiber. Fiber pula dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama sebab ia memanjangkan lagi proses sistem penghadaman. Jadi, ini akan dapat mengurangkan nafsu makan dan akan membuka jalan anda ke arah mengurangkan berat badan.

10. Hanya makan pada waktunya dan bila perlu sahaja

Ketika anda ingin membuka peti sejuk dirumah dan ingin memakan snek, fikir terlebih dahulu, sama ada ia masa untuk makan ataupun tidak. Jika tidak, cuba untuk minum segelas air terlebih dahulu, kadang kala badan kita akan tersilap memberi isyarat haus sebagai lapar. Jika anda benar - benar lapar, pastikan anda mengambil snek yang sihat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.