30 Cara Mudah Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bahan Semulajadi

30 Cara Menghilangkan Jerawat dan Mencegahnya!

30 Cara Mudah Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bahan Semulajadi


Sementara diluar sana terdapat puluhan dan mungkin ratusan produk kecantikkan untuk menghilangkan jerawat. Terlalu banyak produk dan ubat kadang kala tidak membantu kita untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi memilih ubatan yang bersesuaian dan betul dengan kulit anda pasti dapat memperbetulkan masalah.

Dibawah ini, 30 cara untuk merawati masalah jerawat yang anda hadapi menggunakan bahan dan cara semulajadi sebagai ubatan.

1. Baking Soda

Bila anda fikirkan tentang baking soda, kemungkinan anda berfikir untuk membersihkan peti ais atau tandas anda. Secara faktanya baking soda dapat  melakukan lebih daripada itu. Untuk jerawat, campurkan baking soda dan air sama rata. Gunakan campuran pes ini dengan menyapu pada muka anda. Sebelum anda sapu, jangan sapukan pada seluruh muka hanya sapukan pada kawasan yang berjerawat. Untuk lebih senang gunakan Q-tip untuk menyapu. Biarkan pes pada muka sehingga ianya kering, selalunya ia akan kering dalam 10 minit selepas sapuaan. Setelah kering, cuci muka anda menggunakan air sejuk, ini membantu untuk menutup liang anda. Kebiasaanya, dengan melakukan ini dua kali sehari akan memberikan anda hasil yang memberangsangkan.

2. Jus Lemon

Lemon mempunyai asid sitrik dimana ia melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia amat mudah digunakan untuk merawat jerawat. Potong lemon kepada dua, kemudian sapukan kawasan lemon yang terbuka diatas muka anda dengan lembut. Anda akan merasa pedih, ini bermakna ianya berkesan. Bila anda gunakan jus lemon untuk jerawat, kemungkinan anda patut gunakan krim penghadang matahari(sunscreen cream)  jika anda berhasrat untuk meninggalkan rumah kerana asid sitrik kadang kala boleh mengakibatkan lunturan pada kulit. Ini boleh mengakibatkan kulit anda lebih sensetif dan menjadikannya lebih berisiko terhadap kerosakkan daripada matahari.

kentang

3. Potato

Potong satu potato kecil yang masih mentah kepada dua. Sapukan atas jerawat, pastikan anda hanya sapu pada bahagian yang terjangkit dan bukan pada keseluruhan muka. Potata bukan sahaja mempunyai kesan penyembuhan malah ia juga mengandungi bahan anti radang. Ini akan menolong anda dengan mengatasi bengkak yang menyakitkan dan kemerahan jerawat yang akan timbul pada muka. Apabila anda telah selesai, basuh bekas potata dari muka anda dengan lembut dan perlahan.

5. Ais

Ais telah digunakan bertahun - tahun lamanya untuk mengatasi masalah radang pada badan. Itulah sebabnya jika terdapat bengkak dari sebarang kecedaraan, ais akan disapukan pada kawasan yang mengalami masalah. Untuk jerawat, ais digunakan sebab ia menutup lubang liang serta ia juga menolong anda mengurangkan radang pada jerawat. Jika anda mempunyai liang besar, anda boleh sapukan ketulan ais dan sapukannya dengan lembut pada tempat yang bermasalah. Ais atau juga ais paket, berfungsi dengan menyempitkan saluran darah dibawah kulit. Ini menyebabkan kegatalan dan/atau keradangan tidak dirasai.

6.  Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil)

Ia amat dikenali sebagi ubat antikulat dan antibakteria. Minyak ini adalah herba, jadi ia amatlah berguna untuk menentang jerawat sederhana/ringan. Dalam kajian, ia mempunyai kesan yang sama seperti benzoyl peroxide yang selalu digunakan dalam produk kecantikan untuk jerawat. Benzoyl peroxide mungkin berfungsi dengan lebih pantas, tetapi minyak pokok teh mempunyai kesan sampingan yang baik dan merawat jerawat dengan semulajadi.

7. Aspirin

Sebelum kita teruskan, anda perlu pecah - pecahkan aspirin dan mencampurkan sedikit air untuk menjadikan pes. Gunakan Q-tip atau jari untuk menyapu pes pada setiap jerawat dan biarkannya kering. Aspirin mengandungi asid salisilik. Ia banyak digunakan dalam ubat jerawat, sebab ia bukan sahaja membunuh malah memusnahkan bakteria yang mengakibatkan jerawat. Ia mengeringkan jerawat sementara ia melawan bakteria. Biarkan campuran di atas muka selama 10 - 15 minit kemudian cuci dengan lembut.

8. Alum

Anda boleh pergi ke lorong rempah didalam kedai serbaguna berdekatan anda dan mula mencari Potassium alum. Ia juga selalu digunakan untuk deodoran semulajadi dan tasak untuk mengurangkan darah selepas luka sebab ia adalah antiseptik semulajadi dan astringen yang baik mengecutan tisu kulit. Ia juga berfungsi lebih baik dalam bentuk blok berbanding serbuk. Apa yang anda perlu buat ialah hanya sapukan sahaja pada jerawat dengan lembut untuk menghentikan jerawat yang menjengkelkan.

salad

9. Sayuran

Saya tahu, mesti anda pernah diberitahu berulang - ulang kali tentang kebaikan dan betapa pentingnya untuk anda memakan sayuran. Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda patut mempertimbangkan untuk menambah sayuran dalam pemakanan harian. Ianya bukan sahaja menyihatkan, malah ia turut membantu membersihkan toksin daripada badan anda yang menyebabkan jerawat.

10. Air

Seperti yang kita tahu, air juga dapat membantu untuk mencuci badan. Jadi, anda perlu meminum air sekurang-kurangnya setengah daripada berat badan anda dalam auns. Sementara air membersihkan badan, ia juga membantu membersikan liang roma pada kulit dari tersembut. Jika anda banyak meminum air putih berbanding minuman manis, kemungkinan anda bukan sahaja akan lihat perubahan terhadap jerawat, tetapi juga kesihatan anda.

11. Aktif

Bergerak sekeliling dapat membantu sistem limfa anda. Cuba lakukan pekara seperti lari, lompat tali, berbasikal atau anda boleh menyertai atau mendaftar untuk gim. Anda juga boleh menyertai mana mana persatuan sukan yang ada di Malaysia. Lakukan aktiviti yang membuat anda seronok apabila dilakukan untuk pastikan ia tidak membebankan perasaan dan diri sendiri. Selalunya, bila orang mendapat jerawat mereka selalu cuba menghindari diri mereka daripada masyarakat kerana tidak ingin jerawat mereka dilihat atau dihakimi. Lupakan tentang itu! Jangan fikir tentang orang lain, fikirlah untuk diri anda. Anda perlu bergerak, jadi tunggu apa lagi? pergi keluar sekarang!

12. Vitamin A

Mengambil pelbagai vitamin baik untuk anda samada anda mempunyai jerawat atau tidak, tetapi telah dibuktikan bahawa vitamin A dapat membantu mengurangkan jerawat. Anda patut cuba mendapatkan vitamin yang membekalkan vitamin A, kerana ia membantu menjana semula kulit dan Ia turut mengurangkan kedut

13. Bersihkan Muka

Ini salah satu cara memulihkan muka berjerawat. Bersihkan muka anda menggunakan sabun biasa atau sabun muka sekurang - kurangnya dua kali sehari akan tetapi jika muka anda kerap berminyak, anda patut mencuci beberapa kali lebih kerap sepanjang hari. Gunakan air suam untuk membuang kotoran yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat baru. Selain itu, anda juga patut menggunakan sabun yang tidak kasar atau kuat dan gunakan tuala lembut atau span lembut. Sabun yang kuat dan kasar akan membuatkan jerawat lebih gatal. Gunakan sedikit sabun sudah memadai, pastikan anda mencuci keseluruhannya. Setelah cuci, renjis muka anda menggunakan air sejuk untuk menutup liang roma anda, kemudian bersihkan muka dengan tuala, jangan sapu cuma dap kan saja.

bayi tidur

14. Tidur 

Lebih banyak anda tidur, lebih kurang tekanan anda hadapai. Setiap sejam anda hilang tidur, 15% tekanan akan bertambah. Ini boleh menjadikan horman anda tidak menentu dan boleh mengakibatkan jerawat. Daripada anda menonton tv sehingga lewat malam atau lepak sehingga pagi lebih baik anda menikmati tidur pada waktu yang sesuai ini.

15. Makanan Glycemic

Makanan yang mengandungi glycemic yang tinggi tidak elok untuk jerawat. Ini termasuklah : minuman ringan, roti buku, nasi, potato, bir, kek, dan sesetengah bijirin yang terdapat di pasaran. Buat beberapa perubahan kepada gaya pemakanan anda seperti memakan pasta yang diperkayai protien soya, memakan bijirin penuh gandum dapat mengurangkan pengambilan glycemic anda.

16. Bedak Bayi

Bedak bayi telah lama digunakan untuk menyerap lembapab. Sapukan perlahan muka anda dengan bedak bayi sebelum anda tidur dan selepas anda bangun pagi. Bedak bayi akan mengekalkan muka anda kering dan tidak berminyak selain membantu mengeringkan.


17. Madu

Gunakan topeng madu atas muka anda beberapa kali seminggu. Madu merupakan antibakteria, dan dapat membasmi serta membantu menyembuhkan jerawat. Ianya juga boleh digunakan untuk kulit yang sensetif. Gunakan madu seperti mana anda gunakan topeng lainya, cuma sapukan madu di atas seluruh muka anda. Biarkannya sehingga kering kemudian kupas perlahan. Cuci muka anda menggunakan air suam setelah selesai mengupas.

18. Rambut

Rambut anda mengandungi minyak dan boleh mengundang kepada pertumbuhan jerawat baru. Basuh/cuci rambut anda setiap hari da selepas anda bersenam. Jika anda mempunyai rambut panjang ataupun rambut gaya 'bangs', pastikan anda menarik rambut anda jauh dari muka. Setelah membasuh muka anda dan kemudian membiarkan rambut terkena muka akan mengurangkan kesan pembersih muka. Kebanyakkan orang menggunakan rambut mereka untuk melindungi jerawat yang ada pada muka, mereka biarkan rambut mereka menutupi sebanyak yang mungkin. Ingat, anda bukanlah orang  yang pertama mempunyai jerawat dan bukan juga yang terakhir. Tarik rambut anda kebelakang dan jangan risau siapa pun yang melihatnya. Anda mungkin rasa kurang berkeyakinan pada mulanya, tetapi bila jerawat mula menghilang anda pasti gembira melakukannya.

19. Merokok

Seperti yang diketahui umum, merokok menjejaskan kesihatan anda. Ia merosakkan banyak bahagian dalam badan mengakibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan. Untuk jerawat pula, merokok boleh menyumbat liang roma dan meingkatkan pertumbuhan jerawat baru.

20. Alkohol

Minum alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan pembesarkan saluran darah yang berada dekat pada permukaan kulit anda.

21. Pelbagai Produk

Anda tidak seharusnya menggunakan/mencampurkan produk dari farmasi, termasuklah produk kecantikan lainnya. Sesetengah produk tidak berfungsi dengan baik bersama - sama, manakala sesetengah mempunyai kandungan yang sama. Ini bermaksud anda mendapat terlalu banyak dan mungkin menyebabkan masalah bertambah teruk. Jika anda menermui sesuatu produk yang berkesan, berpegang kepada satu ini saja dan buang yang lainnya. Setelah anda menjumpai cara semulajadi untuk membersihkan muka anda dan menghalang jerawat, berhenti gunakan produk yang anda beli dari kedai.

22. Putih Telur

Ia membantu membantu membuang minyak dari muka anda. Pecahkan satu atau dua telur dan asingkan putih telur. Kacau putih telur sehingga sebati. Sapukan putih telur atas seluruh muka anda dan biarkan selama 15 - 20 minit, kemudian cuci muka anda. Ia akan meninggalkan muka anda tanpa minyak, dimana ia pastinya akan mambantu melawan jerawat.

23. Bawang Putih

Walaupun ia masih tidak lagi dibuktikan secara saintifik, tetapi ia dikenali kerana ia berkesan. Kupas 2 cengkih bawang putih dan hancurkan didalam mangkuk. Gunakan jus yang terhasil dari bawang ini diatas muka. Biarkan selama 10 minit. Anda boleh gunakan cara ini sekerap yang anda mahukan tetapi jangan biarkan terlalu lama.

25. Kayu Manis dan Madu

Ambil satu sudu teh untuk setiap bahan dan campurkan bersama. Letakkan pada muka anda dan biarkan selama 15 minit. Cuci menggunakan air suam dan tepuk - tepuk. Kayu manis mempunyai pelbagai kandungan seperti antiviral, antifungus, dan antibakteria. Manakala madu pula ialah antiseptik semulajadi, jadi ia akan menyembuh dan melegakan. Ianya juga merupakan hygroscopic, jadi ia boleh menyerap sebarang lembapan termasuklah minyak muka.

plain yogurt

26. Plain Yogurt

Jika anda tahu bagaimana untuk membuat plain yogurt sendiri, ianya lebih baik daripada membeli dari kedai. Buat topeng muka menggunakan plain yogurt dengan menyapukan plain yogurt di atas wajah anda dan biarkan selama lebih kurang 20 minit. Cuci menggunakan air suam. Ini membantu membersihkan, menyejukkan dan menenangkan kulit wajah.

27. Kunyit

Hampir semua rumah di Malaysia memiliki rempah ini sebagai perasa makanan mereka dan juga untuk mewarnai hidangan. Ia sememangnya baik untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi anti-radang, antiseptik dan antimikrobial. Ia dapat mengurangkan keradangan jerawat dan mengurangkan kemerahan.

28. Betik

Betik banyak digunakan dalam produk kecantikan pada hari ini. Anda tidak perlu membeli banyak produk hanya untuk mendapatkan kebaikan daripada betik. Betik mentah berkesan lebih baik, dan lagi -lagi ianya ubat semulajadi. Ia akan membantu membuang sel kulit mati dan lebihan lipid daripada kulit. Betik juga baik untuk keradangan kerana kandungan enzim betik. Amat mudah digunakan, ambil sepotong atau dua, hancurkan didalam mangkuk sehingga sebati. Sapukan pada keseluruhan muka dan terutamanya pada tempat yang berjangkit. Biarkannya bertapa diatas kulit anda lebih kurang 20 minit dan kemudian cuci. Cuci menggunakan air suam dan tepuk sehingga kering. Jika kulit anda kering selepas proses ini, sebaik baiknya gunakan pelembab semulajadi yang sesuai untuk kulti anda.

29. Kulit Pisang

Cuba ambil sedikit kulit pisang dan gosokkan pada jerawat anda selama beberapa minit. Gosok sehingga warna kulit didalam bertukar warna menjadi coklat. Sementara zarah kulit pisang tadi mengering diatas muka, kulit anda menyerap nutrien dan vitamin dari kulit pisang tersebut. Biarkan selama lebih kurang 30 minit kemudian basuh menggunakan air suam. Lakukan ini 3 kali sehari. Jika anda menggunakan pada waktu malam, biarkan saja zarah kulit pisang semalaman dan cuci pada keesokan harinya.

berbasikal

30. Mandi Selepas Bersenam

Samada anda baru sahaja lepas daripada gim, bermain bola, tenis, atau berjogging, badan anda akan berpeluh. Apabila badan anda berpeluh, ia membuang sel kulit mati. Ianya baik dan aktiviti seperti ini sememangnya membantu melawan jerawat, tetapi peluh meninggalkan garam pada badan anda. Anda perlulah mencuci bersih garam ini atau garam ini akan menyumbat liang roma yang baru sahaja dibersihkan.

Inilah 30 cara untuk menagani masalah jerawat anda, harap ada di antara cara - cara ini yang dapat membantu dan sesuai untuk digunakan. Kongsikan artikel ini jika anda rasa ianya dapat membantu orang lain juga.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.