Cara Cara Menabung Dan Kebaikan Berjimat

Cara Cara Menanbung

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta mereka tudak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian"

Daripada terjemahaan ayat di atas, dapat kita simpulkan yang sebagai manusia kita seharusnya menjauhkan perilaku boros dan mengamalkan sikap bersederhana. Boros bermaksud membelanjakan wang ringgit yang ada ke atas sesuatu belian yang tidak menguntungkan atay dalam erti kata lain membazir atau berlebih-lebihan.

Sebagai orang dewasa yang mampu berfikir dengan waras, menyalurkan harta ke jalan yang tidak perlu adalah satu perbuatan yang sia-sia. Usah terlalu mengikut nafsu yang selalu berbisik untuk memiliki itu dan ini, kelak menyesal di kemudian hari. sentiasa berfikiran waras dan meletakkan yang utama itu sebagai keutamaan dan kemahuan itu kemudian.


Cara cara menabung dan berjimat


Menabung

Kuasa menabung jangan diabaikan. Jika dibincangkan secara meluas topik menabung ini pasti ramai yang bersetuju ianya lebih mudah berkata-kata daripada melakukannya. Untuk menabung, anda perlukan disiplin yang tinggi dan mampu untuk mengasingkan wang yang ada untuk disisihkan di dalam tabung atau akaun yang telah ditetapkan. pada dasarnya anda perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.

Budaya menabung dalam kalangan generasi muda negara ini masih berada pada tahap rendah jika dibandingkan dengan negara lebih maju dan membangun. Antara punca utama budaya menabung kurang mendapat perhatian kerana kurangnya peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam memberi kesedaran dan latihan kepada anak-anak mereka. Bagi penulis, seseorang itu boleh dilabelkan boros jika tidak mampu menabung. Ini kerana wang gaji bulanan yang didapati setiap bulan berhak untuk diasingkan walaupun rm10 untuk disimpan. Berapa nilai yang mahu di simpan tidak menjadi isu namun mengapa tiada simpanan itu yang mesti dipersoalkan.

Jadi mulai saat pembacaan artikel ini, apa kata anda mulakan niat untuk mula menabung dan menjauhi sifat boros yang ada di dalam diri. Oleh sebab itu mari kita sama-sama menghindari sifat boros dalam hidup kita agar kita dapat hidup bahagia tanpa hutang dan masalah yang bakal hadir di sekeliling pinggang.

Take Note!
Contoh sikap boros

1) Gemar beli produk yang mahal dan berjenama semata mata mahu mengikut trend
2) Suka belanja menggunakan kad kredit tanpa melihat kemampuan daya beli.
3) Boros dalam mengunakan kemudahan air bersih yang disalurkan untuk penggunaan seharian.
4) Pengeluaran lebih besar dari penghasilan kecuali penghasilan rendah.
5) Membeli makanan mengikut nafsu lantas terbuang begitu sahaja.
6) Boros dalam faktor penggunaan elektrik tida kira di rumah ataupun pejabat.
7) Memilih hobi yang mempunyai tanggungan kos yang berlipat ganda.


Kesan Buruk Akibat Boros

-Wang yang dimiliki cepat habis kerana perlu menampung kos hifup yang tinggi.
-Nafsu membeli yang adakalanya menghalalkan apa yang haram
-Mulai bersifat pentingkan diri sendiri
-Mula timbul sifat dengki, iri hati dan cemburu apabila rakan-rakan memiliki barangan yang lebih
-Kerap stres dan mungkin boleh menjadi hilang kewarasan
-Hutang keliling pinggan
-TIdak berminat untuk menyimpan wang untuk masa hadapan
-Gagal dalam hidup

Petua untuk menabung

1. Tulis Senarai Barang Yang Hendak Dibeli - Dan Beli Apa Yang Anda Senaraikan Sahaja

Salah satu cara yang paling mudah untuk berjimat adalah bila anda sudah mempunyai senarai dan ini kerana tanpa adanya satu, akan menyebabkan pembelian secara membuta tuli lagi- lagi dengan adanya iklan yang power sekarang ni. Buat senarai sebelum hendak pergi ke kedai barangan runcit kerana bukan sahaja membantu mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diingini tetapi juga membantu anda terus berpegang kepada makanan diet anda.

2. Ajak Kawan Kerumah Daripada Keluar Jalan

Murah dan tak perlu membeli makanan yang mahal-mahal, masak dirumah dapat menjimatkan wang daripada anda keluar makan di luar. Lagipula, selain daripada mengelakkan anda makan di luar malah turut mengelakkan anda daripada membeli sesuatu yang anda tidak perlukan.

3. Kurangkan Barang dalam Almari

Cuba selongkar almari anda, cari barang-barang yang jarang dipakai dan jualkan kepada orang yang masih mahu menggunakan daripada terbiar di dalam almari jadi paparan saja. Boleh gunakan laman web seperti mudah.my atau anda boleh muat turun aplikasi carousell di telefon pintar dan jualkan barang - barang tadi dengan mudah.

4. Elakkan Makanan Segera

Bukan sahaja baik untuk kesihatan anda malah menjimatkan! Kenapa perlu membeli makanan segera sedangkan anda boleh memasak makanan yang mudah dan berkhasiat, hanya luangkan masa 15 minit sahaja diperlukan untuk memasak makanan yang mudah daripada membazirkan RM15 anda untuk sesuatu yang anda boleh lakukan sendiri.


5. Untuk Kebaikan Diri Sendiri, Berhenti Merokok!

Jika anda seorang perokok, anda sendiri tahu betapa mahalnya rokok pada masa kini. Bukan sekadar anda membayar wang anda untuk penyakit yang bakal anda tempuhi malah membazirkan wang yang anda boleh simpan sesuatu kepentingan yang mungkin akan berlaku masa hadapan. Cuba bertukar ke rokok elektronik atau vape, dan perlahan-lahan untuk berhenti dari situ.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.