Gaya Hidup Sihat Untuk Kecantikan dan Kesihatan

GAYA HIDUP SIHAT 

makanan pelangi


Setiap orang mengimpikan tubuh badan yang sihat dan cantik.  Mempunyai tubuh badan
yang sihat dan cantik membuatkan kita sentiasa cergas dan tampak bertenaga di samping dapat
melindungi kita daripada penyakit-penyakit yang berisiko. Gaya hidup sihat bermaksud kita
mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan dan juga melakukan aktiviti-aktiviti bersukan
untuk mengaktifkan sistem tubuh badan kita. Terdapat pelbagai cara bagi amalan gaya hidup yang sihat. Tidak susah bagi seseorang itu untuk mengamalkannya selagi dia rajin berusaha dan tidak
berputus asa.


Pertama sekali adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang ataupun dengan
berpandukan pada piramid makanan. Di sini, kita boleh mengambil setiap sajian dengan kuantiti
yang betul. Walau bagaimanapun, kita juga perlu berekreasi ataupun bersukan untuk menggalakkan
badan kita berpeluh bagi mengaktifkan tubuh badan kita. Apabila kita berekreasi atau bersukan, kita
akan menjadi lebih bertenaga dan berasa sihat kerana sistem perkumuhan kita berada dalam
keadaan efektif di mana bahan-bahan perkumuhan dikeluarkan melalu peluh kita sendiri.


air kosong


Selain itu, tidur yang cukup juga penting untuk memiliki gaya hidup yang sihat. Kita
memerlukan tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Apabila kita memperoleh tidur
yang cukup, secara tidak langsung kita akan bertenaga pada keesokan harinya tanpa berasa letih,
lesu dan juga mengantuk. Tambahan pula, mengamalkan minum air kosong dengan banyak juga
merupakan salah satu amalan yang wajar kita ikuti. Hal ini kerana tubuh badan kita memerlukan air
supaya badan kita tidak terhidrasi dan sistem badan kita akan berjalan lancar kerana 70% badan kita
dkandungi oleh air.


Walau bagaimanapun, kita juga disarankan agar tidak merokok. Hal ini kerana seperti semua
sudah sedia maklum, merokok itu akan membahayakan kesihatan pada kita dan juga orang
sekeliling. Perokok pasif akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang membahayakan diri
mereka sendiri. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Buah-buahan dan
juga sayur-sayuran dapat meningkatkan sistem imunisasi badan kita di samping dapat melancarkan
sistem pencernaan tubuh badan kita.


Kita juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang bergula dan juga
masin. Jika kita terlebih pengambilan bagi kedua-dua ini, kita dikhuatiri akan mendapat penyakit
yang kita sendiri tidak ingini. Kemungkinan kita akan mendapat penyakit darah tinggi, obesiti dan
juga diabetes. Persekitaran yang bersih juga menjamin tubuh badan yang sihat. Apabila persekitaran
kita berada dalam keadaan yang bersih, kita dapat terhindar daripada penyakit-penyakit yang
berbahaya seperti denggi. Oleh itu, kita haruslah peka dengan kebersihan sekeliling kita.


check up


Pemeriksaan kesihatan juga penting untuk kita. Kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan
berkala juga, tidak semestinya apabila kita sakit barulah kita hendak melakukan pemeriksaan
kesihatan. Pemeriksaan kesihatan berkala dapat memberi kesan yang positif kepada kita kerana kita
dapat mengetahui sebarang penyakit yang kemungkinan kita hadapi seperti barah. Jadi, kita dpat
merawatnya dengan lebih awal sebelum terlambat. Tekanan atau stress juga digalakkan kurang
dalam kehidupan seharian kita. Apabila seseorang itu berada di tahap stress, sistem badan mereka
juga berada di tahap stress dan apabila ianya sukar dikawal, ianya boleh mengakibatkan seseorang
itu akan mula marah dan juga beremosi.  Oleh itu, kita disarankan untuk pandai mengatasi setiap
tekanan yang kita hadapi dengan sebaik mungkin.


Kita juga perlulah memanjakan diri kita setelah penat melakukan pelbagai jenis pekerjaan.
Bagi ruang untuk tubuh badan kita berehat juga. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan pergi
ke spa untuk terapi badan dan juga berendam di dalam tab mandi. Tidak salah untuk kita memberi
ganjaran pada tubuh badan kita juga kerana mereka berhak untuk menikmatinya. Diet yang sihat
juga perlulah diamalkan oleh kita iaitu dengan cara makan sebelum lapar dan berhenti sebelum
kenyang. Diet yang sihat digalakkan kerana kita masih mendapat zat-zat makanan yang kita
perlukan.


Penjagaan kulit juga penting untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Kita disarankan untuk
memberi ruang kulit kita untuk bernafas dengan menanggalkan mekap kita sebelum tidur dan juga
mencuci muka. Selain itu, terapi aromaterapi juga boleh dilakukan di rumah kita sendiri. Dengan
bauan aroma yang menyegarkan itu dapat menyegarkan juga tubuh badan kita kerana kita merasa
tenang dengan bauan yang terhasil. Ini telah merangsang hormon di dalam badan kita yang sekaligus
membuat kita berasa segar dan tenang.


Kita juga disarankan untuk melindungi kulit kita daripada terus terkena pancaran sinar
matahari. Hal ini kerana sinaran UV dapat memberi risiko kepada kita. Antara risiko yang bakal
dihadapi adalah mendapat kedutan pada kulit di samping mendatangkan risiko untuk mendapat
kanser kulit. Oleh itu, kita disarankan untuk melindungi klit kita daripada terus terkena sinaran
matahari. Kulit kita juga perlu dibelai agar ianya terjaga dan terpelihara dengan sebaiknya. Untuk
memastikan kulit kita kekal anjal, kita disarankan untuk mandi dengan air suam yang tidak terlalu
panas. Hal ini berpotensi mengurangkan masalah kulit berminyak.


Di samping gaya hidup sihat pada diri sendiri, kita juga disarankan melakukannya di kalangan
masyarakat. Antara salah satunya adalah bersama-sama bergotong-royong membersihkan sesuatu
tempat. Daripada amalan tersebut, kita dapat menghindarkan masyarakat daripada terkena
penyakit-penyakit yang tidak diingini di samping dapat mengurangkan penyebaran wabak penyakit
di kawasan tersebut. Selain itu, kita juga hendaklah menghindarkan diri daripada melakukan
hubungan sulit. Hal ini kerana untuk mengelakkan diri kita daripada terkena penyakit berbahaya dan
juga memastikan kita berada dalam keadaan sihat.


Negara juga memainkan faktor dalam amalan gaya hidup sihat. Badan-badan kerajaan dan
bukan kerajaan boleh mengadakan apa-apa karnival yang berkaitan dengan kesihatan untuk
memberi kesedaran kepada penduduk dan juga dapat melibatkan masyarakat setempat bersama-
sama melibatkan diri dengan acara tersebut. Para remaja juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti-
aktiviti sukarelawan. Kebanyakkan aktiviti-aktiviti sukarelawan berkaitan dengan gaya hidup yang
sihat di mana mereka menolong orang-orang yang kuran berkemampuan, yang kurang upaya,
gelandangan dan sebagainya.


burger


Seterusnya adalah kita disarankan untuk mengurangkan pengambilan makana segera.
Seperti yang semua sudah sedia maklum, makanan segera tidak elok untuk tubuh badan kita kerana
ianya mengandungi bahan-bahan pengawet yang boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh
badan kita. Kita juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan-makanan ringan
kerana ianya tidak memberikan apa-apa zat kepada tubuh badan kita sendiri. Malahan, ianya boleh
memudaratkan diri kita kerana mengandungi paras gula dan garam yang tinggi serta menggunakan
bahan pengawet juga.


Sikap di dalam diri juga penting untuk amalan gaya hidup yang sihat. Antara sikap yang perlu
dihindarkan adalah perasaan hasad dengki, membuli orang lain, tidak menghormati masyarakat
setempat dan sebagainya. Kita sebagai seorang manusia yang telah dianugerahkan akal untuk
berfikir haruslah menggunakannya sebaik mungkin. Kita hendaklah mempunyai sikap saling tolong-
menolong, menghormati satu sama lain, berfikiran jauh dan juga lain-lain. Dengan sikap-sikap
mahmuddah tersebut sudah pasti dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang
sihat.


makanan ringan


Kita juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak. Hal ini
kerana ianya akan mengakibatkan seseorang itu mendapat pelbagai penyakit dan salah satunya
adalah obesiti jika seseorang itu mengambil lemak secara berlebihan. Apabila seseorang itu sudah
obes, dia berpotensi untuk mendapat penyakit-penyakit lain juga. Kita juga digalakkan untuk
kurangkan pengambilan minuman-minuman bergas. Minuman-minuman bergas tersebut tida
berapa sesuai untuk tubuh badan kita kerana ianya mengandungi gas ataupun angin yang membuat
perut kita terasa seperti berasid. Sebaik-baiknya minumlah minuman kultur seperti Yakult dan
Vitagen kerana ianya melindungi usus kita dan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan kita.


Pada setiap pagi, kita digalakkan untuk minum segelas susu untuk membekalkan tenaga
pada badan kita di samping meningkatkan kekuatan tulang badan kita. Kita juga harus
mengurangkan minuman-minuman yang berkafien. Minuman berkafien tidak sesuai untuk tubuh
badan kita jika selalu diamalkan oleh kita. Kafien hendaklah di ambil di paras yang rendah bagi tubuh badan kita. Lebihkan minuman bersusu untuk tubuh badan kita. Minuman teh hijau juga bagus
untuk tubuh badan kita. Teh hijau mempunyai khasiat yang tersendiri dimana ianya adalah
antioksidan yang hebat. Teh hijau juga dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi dan juga
paras gula, menguatkan sistem imun,menurunkan aras kolesterol dan menggalakkan pembakaran
lemak.


Mata yang sihat dan cantik sudah pasti menjadi impian setiap orang. Oleh yang demikian,
untuk mendapatkan mata yang sihat dan cantik, kita hendaklah menjaga mata kita dengan sebaik-
baiknya. Cara yang pertama adalah mengurangkan konteks dengan skrin yang bercahaya terang
ataupun kurangkan melihat cahaya-cahaya yang terang yang boleh merosakkan mata kita sendiri.
Cara yang kedua adalah dengan memberi terapi pada mata kita dengan meletakkan timun ataupun
tomato pada mata kita untuk menyegarkan semula mata kita dan mengurangkan lingkaran gelap di
bawah mata.


arak


Kita juga hendaklah menghindarkan diri daripada minum minuman yang beralkohol ataupun
minuman keras. Minuman-minuman tersebut tidak sesuai untuk kita dan tubuh badan kita kerana
ianya akan membuat kita tidak sedar diri dan akan melakukan pelbagai perkara tanpa kita sedari.
Kandungan yang terdapat di dalam minuman tersebut akan mengkhayalkan seseorang itu dan
membuat sistem badan seseorang itu lemah apabila mereka telah sedarkan diri. Di dalam agama
Islam, minuman beralkohol dan minuman keras setegas-tegasnya dilarangkan kerana ianya akan
menjerumuskan seseorang itu ke lembah kejahatan dan membuat seseorang itu hilang
kewarasannya. Di sini dpat kita lihat bahawa minuman tersebut perlulah dihindarkan.


Konklusinya, amalan gaya hidup yang sihat perlulah diamalkan bagi setiap orang. Hal ini
demi kebaikan dan kepentingan pada diri mereka juga kelak. Badan cergas, otak cerdas. Apabila
badan kita cergas dan otak kita cerdas, hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarkat
yang produktif dan proaktif. Hal ini sekaligus dapat menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai penduduk-penduduk dengan amalan gaya hidup yang sihat dan boleh dijadikan
contoh buat negara-negara lain. Amalan-amalan gaya hidup yang sihat boleh dipraktikkan bermuka
dari golongan kanak-kanak lagi. Pada peringkat kanak-kanak merupakan cara yang efektif untuk
dipraktikkan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.