Minum Kunyit dan Lihat Apa Yang Terjadi

10 Khasiat Kunyit

10 kebaikan dan khasiat kunyit


Kunyit merupakan rempah mengagumkan yang mempunyai anti-penuaan, anti-oksidan dan anti-radang. Masakan di Malaysia banyak menggunakan rempah ini kerana warnanya yang keemasaan dan juga rasanya yang sedap.Selain digunakan dalam masakan, Rempah ini telah berkurun lama digunakan di India dan China sebagai ubat untuk pelbagai jenis masalah, dari ubat tahan sakit hingga la untuk melawan kanser.

Curcumin bahan didalam kunyit telah dikaji dengan teliti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat, anti-radang dan antiseptik.

Rempah ini juga kaya dengan nutrisi sihat seperti fiber, kalsium, vitamin dan mineral malah tidak mempunyai sebarang toxic dan tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan kepada pengguna.

Apa Kebaikan Kunyit kepada kebaikan kesihatan?

1. Boleh Membantu Mencegar Kanser

Ya! Anda tidak salah baca, khasiat kunyit memang dapat membantu mencegah kanser. Cara kunyit mencegah dengan melawan bakteria jahat atau virus dalam badan dan menjaga sel -sel yang sihat. Ia juga akan menyekat enzim yang mengakibatkan kanser.

2. Mencegah penyakit Alzheimer

Kunyit membantu merangsang perkembangan kesihatan keseluruhan otak dan dapat mencegah melembabkan pertumbuhan Alzheimer dengan membuang plak amyloyd yang terbentuk di dalam otak.

3. Mengawal Kencing Manis

Satu lagi khasiat kunyit, ia dapat menentang darah tinggi dengan meningkatkan tahap gula dalam darah dan mengurangkan rintangan insulin untuk mengelakkan diabetis jenis II. Selain itu, apabila ia digabungkan dengan ubat-ubatan yang kuat, ia boleh mencetuskan tahap gula rendah kembali setabil.

4. Bertindak sebagai ubat tahan sakit semulajadi dan mencegah Artritis

Kunyit yang mengandungi anti-radang dan anti-oxidan yang dapat membantu sakit sendi dan artritis. Ianya ubat semulajadi untuk mengatasi sakit artritis dan salah satu makanan yang membantu megurangkan keradangan dalam badan.

5. Mengubati Luka

Kunyit yang telah dijadikan pes boleh membantu menyembuhkan luka kecil, kulit terbakar dan lebam, terima kasih kepada kunyit yang mengandungi anti-radang dan anti-septik. Ia merawat dengan membaiki kulti dan juga boleh mengubati psoriasis atau keradangan lain pada kulit seperti jerawat.

6. Merangsang Penghadaman

Kunyit merangsang pundi hempedu, mengurangkan kembung perut dan gas dan juga ia boleh membantu dalam merawati keradangan usus. Tapi, jika anda mengalami sakit pundi hempedu, jangan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan sebab ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

7. Pembersih Hati

Ianya membantu membersihkan hati dengan membuang toxin didalamnya dan turut meningkatkan perjalanan darah.

8. Membuat Kulit Lebih Sihat

Selain kebaikan diatas, Khasiat kunyit dapat membuat kulit anda lebih sihat dan menghalang pigmentasi(pigmentation) dari berlaku. Lagipula, kunyit juga membantu meratakan warna kulit dan jika mengunakkan kunyit dalam produk kulit anda ia dapat membuat kulit anda bersinar.

9. Jantung Yang Sihat.

kebaikan nombor 9 pula, ia mengurangkan kolesterol yang tidak elok, menghalang tompokan darah dan plak terbina di dalam arteri anda dan ini membuatkan jantung anda lebih sihat!

10. Meningkatkan Mood

Sebagai ubat alternatif, kunyit juga sering digunakan untuk merawat kemurungan dan membantu mendapatkan anda rehat yang lebih baik.

Di bawah ini saya sertakan ubatan purba yang dikenali sebagai "Golden milk". Ia adalah ubatan tradisi digunakan untuk merawat sakit cirit-birit , demam , bronkitis , selsema , jangkitan virus , sakit kepala, cacing parasit , kusta , pundi kencing dan jangkitan buah pinggang, kesakitan akibat keradangan, artritis, melonggarkan sendi dan otot.

Resepi Golden Milk

Bahan yang diperlukan :
1. Satu cawan susu
2. Setengah sudu teh serbuk kunyit
3. 1/4 sudu teh lada hitam tumbuk
4, Setengah sudu teh minyak kelapa dara
5. 1 Buah pelaga hijau (tidak wajib)
6. 1 kulit kayu manis kecil (tidak wajib)
7. 1 Sudu madu mentah

Lada dan minyak membantu badan untuk menyerap CURCUMIN dengan mudah.

Setelah anda panaskan susu, tambah buah pelaga dan kayu manis tadi. Kemudian, masukkan kunyit dan lada, seterusnya madu dan minyak kelapa dan kacau sehingga sebati. Panaskan campuran tadi sehingga kukus tetapi tidak mendidih atau meneledak.

Lenyek-lenyekkan kayu manis dan buah pelaga dan Golden Milk anda telah pun siap. Tidak semua bahan yang terkandung dalam campuran boleh larut, kacau setiap kali ketika hendak minum.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.