Produk Kecantikan Yang Terkenal Di Malaysia

Produk Kecantikan

1. Qu Puteh

produk kecantikan qu putehQu Puteh merupakan salah satu nama besar produk kecantikan dan kesihatan, produk yang berasal daripada Malaysia, yang di asaskan oleh Dato Seri Vida. Produk Qu Puteh yang terlaris dipasaran ialah Qu Puteh Million Cell yang di formulasikan dengan gabungan stem sel dari epal, rose, anggur, tomato, rosell, L-gluthathione dan argan. 

Produk ini bukan sahaja baik untuk kulit anda malah ia juga baik sebagai supplement harian untuk dalaman badan. Antara kebaikkan yang anda akan dapat daripada penggunaan produk Qu Puteh Million Cell ialah mengurangkan penuaan dan memberi kesan awet muda, menghalang kulit dari berkedut dan tegang, membantu mengimbangi kadar PH pada kulit wajah, mengurangkan rambut gugur, membantu menyihatkan organ dalaman, mencegah barah dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai jenis lagi produk yang dipasarkan oleh Qu Puteh antaranya ialah Pamoga, Millenia Whitening Champ, Mineral Lipstick Steamcell dan Qu Putuh Drink Collagen. Kesemua produk ini lulus kkm dan adalah selamat digunakan oleh pengguna. 

2. Skinelle

produk kecantikan skinelle


Skinelle merupakan satu produk kecantikan berbentuk serum, menggunakan teknologi PEPTIDE yang berasal daripada Perancis dan menggabungkan bahan ini bersama dengan bahan-bahan yang berkualiti dan termahal. Bahan ini telah digunakan secara meluas di eropah dan dikenali sebagai kolagen yang berkelas kerana bahan ini diperolehi daripada ikan jerung yang dipelihara di negara mereka. 

Selain PEPTIDE, skinelle juga mengandungi Apple Stem Cell yang akan memberikan hasil terbaik kepada kulit wajah. Likoris dan Ekstrak teh di dalam skinelle membantu menghilangkan jerawat dan menghalang pembentukan jerawat baru.

Produk ini baik untuk pengguna yang mengalami masalah jerawat, parut jerawat, kulit berminyak, jeragat, bintik hitam dan memperbaiki kulit sensetif.

3 .Shaklee


produk kesihatan shaklee


Produk Shaklee kini terlah telah tersebar meluas di Malaysia, produk ini sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat. Syarikat mereka telah berkembang pesat dan aktif sejak lebih 50 tahun dan mereka bukan sahaja mempunyai produk untuk kecantikan malah turut mempunyai pelbagai produk untuk kurus, kesihatan dan sebagainya.

Produk kecantikan yang mereka tawarkan adalah seperti Esp Shaklee, Vitamin C dan Vitamin E. Apa yang produk ini mampu lakukan untuk kecantikan anda ialah membantu memutihkan kulit wajah, membuat anda kulit lebih gebu dan turut memudarkan parut.

Selain itu, syarikat ini juga telah membelanjakan jutaan wang untuk memastikan produk mereka selamat digunakan dan terdapat banyak testimoni yang membuktikan produk kecantikan ini memberikan kesan positif.

4. Safi

produk kecantikan safi


Safi mempunyai pelbagai jenis produk dan adalah di antara nama besar dalam industri kecantikan yang wujud di Malaysia. Anda boleh mendapatkan produk - produk safi di kedai farmasi berhampiran anda seperti watson. Produk-produk yang ditawarkan oleh Safi adalah seperti ubat gigi, sabun mandian, bedak, pencuci muka, pembersih muka, topeng muka dan terdapat banyak lagi produk lainnya.

Produk kecantikan yang laku dan amat dikenali sebagai rahsia Nora Danish ialah Safi Rania Gold, Safi Rania Gold mengandungi Bio Nano Gold 24k dan Silk Protein yang bertindak merangsang sintesis kolagen selain mengunci lembapan pada lapisan kulit. Keputusannya, kulit anda akan menjadi lebih cerah, anjal dan kembali muda.

Produk ini telah dicuba terlebih dahulu terhadap 157 orang wanita Melayu oleh Wipro Unza Skin Research Innovation Center iaitu makmal HALAL terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai 3 hasil dengan fasa yang tertentu. Fasa pertama, kulit didapati lebih cerah dan dua kali lebih lembab dengan serta merta. Fasa kedua pula, wajah terasa lebih lembut, anjal dan licin dalam 3 minggu manakala fasa terakhir iaitu fasa ketiga, wajah cerah berseri dan kulit kelihatan lebih muda. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil seperti ini, anda harus menggunakan satu set produk Safi Rania Gold. 

5. Wonder Glow

produk kecantikan wonder glow


Mungkin ramai lagi yang tidak mengenali produk Wonder Glow ini, akan tetapi produk wonderglow sudah menjadi semakin terkenal hari demi hari. Syarikar ini telah ditubuhkan pada 2010 dan turut mempunyai pelbagai produk kecantikan. Mereka masih membuka ruang kepada sesiapa yang berminat menjadi agen dropship mereka.

Produk yang mereka tawarkan adalah seperti produk kosmetik, produk penjagaan muka, dan makanan untuk wajah. Produk yang mendapat sambutan dari banyak pihak ialah Wonder Glow Supremacy Diamond dan Wonder Glow Supremacy Gold.

Kedua-dua produk ini membantu mencerahkan dan menyerikan wajah. Selain itu, ia juga turut menghapuskan jerawat, mengecilkan pori - pori wajah dan juga dapat menghaluskan kulit dengan semulajadi. Produk ini selamat digunakan dan telah menjadi bualan orang ramai.


Kredit foto kepada : Wonderglow, Safi, Qu Puteh, Shaklee, Skinelle

Ini merupakan pendapat dan hasil kajian melalui informasi yang saya dapati melalui pelbagai sumber. Kepada pengguna diluar sana, dinasihatkan membuat kajiaan terlebih dahulu untuk membeli sesuatu produk.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.