Sakit Tekak dan Cara Mengubatinya

SAKIT TEKAK


ubat sakit tekak


Sakit tekak adalah sesuatu simptom yang melibatkan kawasan di sekitar farinks dan tonsil.

Ianya berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi tonsil ataufarinks

dan mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Simptom lain juga

biasanya berlaku apabila sakit tekak, antara salah satunya adalah rasa sakit ketika menelan sesuatu.

Lazimnya sakit tekak ini akan berlaku di kalangan kanak-kanak dan juga dewasa. Jika seseorang itu

sakit tekak di bahagian farinks, ianya dikenali sebagai pharyngitis. Manakala jika ianya melibatkan

bahagian tonsil kedua-duanya, ianya dikenali sebagai tonsilitis. Pharyngtonsilitis pula apabila

melibatkan kedua-dua bahagian tonsil dan farinks.


Antara penyebab berlakunya sakit tekak ini adalah daripada jangkitan bakteria dan juga

jangkitan virus. Salah satu bakteria yang menyebabkan sakit tekak adalah streptococcal. Bakteria ini

boleh mengakibatkan demam reumatik iaitu demam yang boleh menyebabkan injap jantung

bermasalah atau radang buah pinggang. Bagi jangkitan virus pula, selalunya ianya bergantung pada

virus itu sendiri dan kebiasaannya ia sembuh dengan sendiri setelah beberapa hari. Kumpulan A

Streptococci juga adalah salah satu bakteria yang mengakibatkan sakit tekak di kalangan kanak-

kanak. Ia merupakan satu jangkitan yang biasa dan dirawat hanya dengan menggunakan antibiotik.

Kadang-kadang, sakit tekak juga berlaku akibat cuaca yang amat panas dan kita kurang minum air

suam. Oleh itu, tekak kita akan berasa kering dan mula terasa sakit.


Walau bagaimanapun, setiap penyakit sudah pasti akan ada cara rawatan dan ubat yang

tersendiri untuk memulihkan penyakit tersebut. Bagi sakit tekak, terdapat beberapa cara untuk

merawat sakit tekak ini. Salah satunya adalah dengan mengambil ubat lozenges, iaitu sejenis ubat

kemam untuk melegakan sakit tekak. Selain itu, air asam jawa juga dapat mengubati sakit tekak yang

dialami. Asam jawa mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang mampu melegakan sakit tekak

setelah mengamalkannya secara berterusan sehingga hilang rasa pedih tekak. Jika sakit tekak masih

berterusan, kita disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dengan lebih

lanjut. Doktor akan memberi nasihat dan ubat yang mampu merawat sakit tekak tersebut.

ubati sakit tekak


Di samping itu, kita juga boleh mengamalkan petua orang dahulu bagi mengubati sakit tekak

ini. Orang dahulu mengamalkan dengan cara meminum air nasi. Caranya adalah dengan mengambil

air nasi yang mendidih ketika kita sedang menanak nasi. Air tersebut hendaklah dibiarkan sejuk

terlebih dahulu sebelum minum. Petua ini hendaklah diamalkan beberapa kali sehingga rasa perit

ditekak hilang. Selain itu, terdapat juga cara dengan asam keping. Beberapa keping asam keping

akan dibakar sehingga ianya hitam atau hangus. Kemudian, asam keping tersebut hendaklah

ditumbuk sampai lumat dan digaul dengan air sirih. Akhir sekali, ramuan yang telah siap tersebut

disapukan di bahagian tekak dan dibiarkan ianya kering dengan sendiri.


Kesimpulannya, sakit tekak ini bukanlah satu penyakit yang boleh dianggap remeh. Jika kita

tidak mengubati sakit tekak ini, akan dikhuatiri menyebabkan tekak kita makin sakit dan terdapat

luka dibahagian dalam. Bagi mengelakkan terjadinya sakit tekak ini, kita disarankan meminum

banyak air suam tidak kira sama ada pada cuaca panas ataupun tidak. Tubuh badan kita sendiri

memerlukan banyak air agar badan kita tidak terhidrasi. Jika kita mengalami sakit tekak, kita

bolehlah merawatnya dengan cara tradisional atau pun moden.  Walau apa-apa pun, kita haruslah

berusaha sendiri merawatnya sehingga sembuh.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.