15 cara mudah untuk hidup gembira

Cara mudah untuk hidup lebih gembira

15 cara mudah hidup gembira


Artikel yang lepas telah menerangkan tentang kegembiraan membawa kesan yang baik

untuk kesihatan. Artikel kali ini akan menerangkan 15 cara mudah yang boleh kita lakukan

untuk mencapai kegembiraan dalam hidup.

1. Buat apa yang kita suka

Jika minat kita ialah bersukan, melancong, memasak atau bermain dengan kanak-kanak,

luangkanlah masa untuk melakukannya. Kita akan berasa gembira apabila melakukan apa

yang disukai.

2. Membantu orang lain

Kadang-kadang apabila kita sudah mencapai apa yang diingini, kita masih berasa

kekurangan di dalam hidup kita kerana kita tidak menyumbang kepada kehidupan orang

lain. Apabila kita dapat membantu orang lain , kita akan berasa hidup kita lebih baik.

Kesannya, membantu orang lain akan memuaskan hati kita dan membuatkan kita

gembira.

3. Berterima kasih

Apabila kita mensyukuri apa yang kita ada dalam hidup seperti mempunyai rumah,

kenderaan, pasangan hidup, anak-anak dan kawan-kawan, kita akan berasa puas hati dan

tenang. Maka, hargailah apa yang kita ada kerana ia membuatkan kita gembira .


4. Berkongsi dengan orang lain

Apabila kita berkongsi pendapat , masa dan kebolehan kita dengan orang lain, kita akan

berasa lebih baik. Hidup tanpa berkongsi dengan orang lain akan membuatkan kita

kesunyian. Apabila kita berkongsi dengan orang lain, mereka akan suka terhadap kita dan

seterusnya membuatkan kita rasa lebih gembira dalam hidup.


5. Banyakkan senyum

Lebihkan senyuman dan lihat bagaimana ia memberi kesan yang mendalam kepada kita

dan orang di sekeliling kita. Senyumlah kerana senyum adalah paling mudah dilakukan.

Senyuman boleh membuatkan kita lebih gembira, mengurangkan rasa sakit dan dapat

berfikir dengan lebih baik.


6. Melakukan senaman

Bersenam boleh mengurangkan stres dan membebaskan endorfin (endorphins).

Bersukan, menari dan berjalan adalah antara senaman yang baik. Kajian mendapati

bahawa berjalan dengan pantas 3 kali seminggu mampu memperbaiki kegembiraan.

Senaman juga boleh menyembuhkan kemurungan berbanding menggunakan ubat-

ubatan.


7. Menangani stres

Jangan jadikan stres merampas hak anda untuk berasa gembira. Anda layak untuk berasa

gembira. Jadi, hilangkan stres .


8. Makan makanan yang sihat

Adalah sesuatu yang mencabar untuk berasa gembira apabila anda sedang sakit. Jika

anda makan makanan yang sihat, anda akan berasa lebih baik dari segi fizikal dan

mental. Pastikan anda mengelak daripada mengambil makanan junk (junk food).


9. Luangkan masa bersama dengan orang tersayang

Biasanya kita akan meluangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga untuk berbual,

bergelak ketawa dan mengeratkan silaturrahim. Hidup kita terlalu singkat untuk hidup

bersendirian.


10. Buang pemikiran yang negatif

Berfikiran negatif akan membuatkan kita sedih. Cuba untuk berfikiran positif. Kurangkan

masa bersama dengan orang yang negatif dan lebihkan masa bersama dengan orang

yang positif.

11. Memaafkan dan melupakan

Menyimpan dendam akan membahayakan diri kita. Fokus kepada masa hadapan yang

cerah dan anda akan berasa lebih baik.


12. Berjalan kaki menikmati alam semula jadi

Meluangkan masa dengan menikmati alam semula jadi akan lebih menyegarkan

terutamanya apabila anda tinggal di dalam hutan batu. Berjalan kaki di dalam hutan

atau taman sambil menyedut udara segar dan bersih turut membolehkan kita

menghargai keindahan alam.


13. Jadilah diri sendiri

Hidup kita singkat. Jadi jangan buang masa hidup dalam hidup orang lain . Terimalah diri

anda, jadi diri sendiri dan anda akan rasa perbezaannya.


14. Beri hadiah dan membuat kebaikan

Anda tidak perlu memberi hadiah yang mahal. Kadang-kala sebuah puisi, nota ringkas

mahupun e-mel sebagai tanda ingatan akan membuatkan orang lain dan anda juga turut

gembira. Apabila kita memberi hadiah , kita akan dihargai dan pastinya membuatkan

kita berasa lebih gembira. Kajian juga mendapati bahawa membuat kebaikan mampu

meningkatkan kesejahteraan hidup berbanding melakukan sebarang senaman.


15. Lebihkan waktu tidur : Anda akan menjadi kurang sensitif kepada emosi yang
negatif.

Kita tahu bahawa tidur boleh membantu badan kita pulih daripada kepenatan

melakukan aktiviti seharian. Tidur yang cukup juga mampu membuatkan kita fokus dan

menjadi lebih produktif. Ternyata tidur juga penting untuk kegembiraan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.