30 Ubat Buasir Semula Jadi dan Pelega Kesakitan di Rumah

30 ubat buasir dan cara merawat buasir


Terdapat banyak penawar untuk mengubati penyakit buasir dan melegakan kesakitan yang

boleh dilakukan di rumah sahaja. Bahan-bahan semula jadi yang biasa digunakan

termasuklah herba, campuran sayur dan buah-buahan dan bahan-bahan lain yang mudah

didapati di sekeliling kita.

Berikut ialah 30 cara utama untuk merawat penyakit buasir dan melegakan kesakitan yang

menggunakan bahan semula jadi di rumah tanpa sebarang ubatan daripada hospital

mahupun penggunaan dadah.

1. Lidah Buaya


Menggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk

rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan antiradang

yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir.

Cara 1 (untuk buasir dalaman) :

 Ambil daun lidah buaya dan buang durinya

 Potong daun menjadi kepingan . Letak kepingan ini di dalam mangkuk dan simpan di

dalam peti sejuk untuk seketika

 Kemudian , sapu kepingan lidah buaya yang sejuk ini pada tempat yang sakit untuk

melegakan daripada rasa panas , gatal-gatal dan sakit.

 Ulang proses ini selalu

Cara 2 (untuk buasir luaran) :

 Ekstrak gel daripada daun lidah buaya

 Sapu gel ini pada dubur dan urut perlahan-lahan pada tempat yang sakit untuk

beberapa minit

 Proses ini boleh membantu anda melegakan sakit dan rasa panas

2. Minyak Badam


Minyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk

menyembuhkan penyakit buasir luaran. Ia boleh membantu untuk melembap dan

mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan pada dubur dan

kawasan di sekitarnya.

Cara ( untuk buasir luaran ):

 Letakkan beberapa titik minyak badam di dalam mangkuk kecil

 Ambil bola kapas/ kain bersih dan rendamkan ke dalam minyak tadi

 Sapukan bola kapas/kain bersih tadi pada tempat yang sakit untuk melegakan

kesakitan disebabkan buasir

 Ulang proses ini untuk beberapa hari

3. Bijian Penuh


Produk bijian penuh mempunyai serat yang baik yang bermanfaat untuk mengurangkan

simptom buasir dan pendarahan. Selain itu, serat membantu untuk mencuci sistem

gastrousus dan membenarkan usus besar untuk bertindak dengan lebih berkesan serta

menghilangkan sembelit. Makanan yang kaya dengan serat berfungsi untuk melembutkan

najis dan memudahkan proses pembuangan najis.

Anda boleh cuba beberapa produk bijian penuh seperti jagung, oat, barli, beras perang dan

gandum kuda.

4. Cuka Epal Cider


cuka apple cider untuk ubat buasir

Cuka epal cider mempunyai sifat astringen (tajam dan pedih) yang boleh mengecilkan salur

darah yang bengkak, melegakan daripada bengkak dan kerengsaan untuk kedua-dua

penyakit buasir dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun , anda patut menggunakan cuka

yang tidak dipasteurkan dan tidak ditapis untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan

cepat.

Cara 1 ( untuk buasir dalaman ):

 Tambah 1 sudu teh cuka epal cider ke dalam secawan air

 Kacau campuran dan minum sekurang-kurangnya 2 kali sehari

 Jika mahu rasa yang lebih baik, boleh campurkan madu

Cara 2 ( untuk buasir luaran ):

 Ambil bola kapas/kain bersih dan rendamkan ke dalam cuka epal cider untuk

beberapa minit

 Tekan bola kapas/kain bersih dengan lembut pada kawasan yang mengalami

keradangan

 Pada mulanya, penggunaan cara ini menyebabkan rasa pedih tetapi anda akan

berasa lega daripada kegatalan dan kerengsaan kemudiannya

 Cara ini patut dilakukan beberapa kali sehari sehingga bengkak berkurangan dan

penyakit buasir hilang

5. Air

air sebagai ubat buasir


Apabila anda menghidapi penyakit buasir dalaman atau luaran , anda patut meningkatkan

pengambilan air. Minum 8-10 gelas air sehari untuk membantu anda membersihkan sistem

dalaman dan menghidratkan seluruh badan. Ia juga memudahkan untuk proses

pembuangan najis dan melembutkan najis.

Apabila anda tidak mendapat cukup air dan cecair lain untuk badan anda, proses

mengeluarkan bahan buangan daripada badan akan menjadi perlahan. Najis akan menjadi

keras dan simptom penyakit buasir akan bertambah buruk. Jika anda menderita penyakit

buasir dan pendarahan teruk secara berterusan atau berulang , anda haruslah segera

berjumpa dengan doktor.

6. Uncang Teh Hitam


Teh mengandungi asid tanik yang mempunyai sifat astringen (pedih dan tajam) semula jadi

yang boleh mengurangkan bengkak dan sakit berkaitan dengan buasir.

Cara :

 Ambil secawan air panas dan rendamkan uncang teh hitam ke dalamnya

 Tunggu untuk beberapa minit dan keluarkan uncang daripada air

 Tunggu sehingga uncang teh menjadi suam dan letakkannya pada tempat yang sakit

 Biarkan selama 10-15 minit

 Ulang proses ini selama 2-3 kali sehari

7. Witch Hazel


Witch Hazel mengandungi sifat penyembuhan dan rasa pedih yang lembut yang boleh

mengurangkan ketidakselesaan berkaitan dengan buasir. Sifat astringen ini boleh membantu

untuk melegakan sakit, gatal dan bengkak serta mengecilkan salur darah yang mengalami

keradangan.

Cara :

 Ambil bola kapas/kain bersih dan rendam dalam witch hazel yang disuling

 Dengan menggunakan bola kapas/kain bersih tadi, urut dengan lembut pada tempat

yang sakit dan biarkannya selama beberapa minit

 Harus dilakukan 3 kali sehari sehingga pendarahan dan sakit buasir hilang

 Anda juga boleh menggunakan ped berubat yang mengandungi witcth hazel

 Sapukan ped yang lembap ini dengan cara mengelapnya pada dubur sebagai ganti

kepada tisu tandas

 Proses ini membantu dalam melindungi dubur daripada mikroorganisma kerengsaan

8. Minyak Zaitun

minyak zaitun untuk ubat buasir


Minyak zaitun mengandungi sifat antioksida dan antiradang yang digunakan untuk

memulihkan buasir luaran. Ia juga boleh meningkatkan kekenyalan salur darah dan

mengurangkan keradangan serta boleh mengecilkan saiz salur darah yang bengkak dalam

saluran dubur.

Cara :

 Makan 1 sudu teh minyak zaitun sehari. Lemak mono tak tepu di dalamnya boleh

membantu untuk memperbaiki fungsi sistem perkumuhan

 Anda boleh juga tumbuk daun plum sehingga lumat untuk mendapatkan jus dan

campurkan ke dalam minyak zaitun

 Kacau campuran dan sapu pada tempat yang sakit dan tunggu beberapa minit.

Proses ini mampu melegakan sakit dan bengkak

 Ulang proses ini selalu

9. Jus lemon


Jus lemon mempunyai zat makanan yang boleh melegakan kedua-dua buasir dalaman dan

luaran dengan menguatkan dinding saluran darah dan kapilari.

Cara 1:

 Basahkan bola kapas/kain bersih dengan jus lemon

 Sapu pada tempat yang sakit

 Pada mulanya anda akan berasa panas atau berdenyut-denyut sedikit . Walau

bagaimanapun , selepas itu anda akan berasa lega daripada kesakitan

Cara 2 :

 Perah separuh daripada lemon ke dalam secawan susu panas

 Kacau dan minum

 Lakukan proses ini setiap 3 jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Cara 3 :

 Sediakan ½ sudu teh jus lemon , ½ sudu teh jus pudina dan ½ sudu teh madu

 Campurkan semua bahan dan minum

 Boleh juga disapu pada tempat yang sakit sekali sehari

10. Ais

ais batu sebagai ubat buasir


Ais membantu dalam menyempitkan saluran darah dan mengurangkan bengkak serta

memberi kelegaan daripada sakit dengan cepat.

Cara :

 Ambil beberapa kiub ais dan bungkus di dalam kain bersih

 Sapu terus pada tempat yang sakit

 Biarkan selama 10 minit

 Ulang proses ini beberapa kali sehari hingga buasir hilang

 Selain itu, anda boleh menggunakan sebungkus sayur campur yang beku seperti

kacang pis dan jagung dan kemudian bungkuskannya di dalam kain

 Sapu pada tempat yang sakit dan biarkan selama 20 minit

 Lakukan proses ini 3 kali sehari untuk menghilangkan simptom buasir

11. Flaxseed


Flaxseed yang mengandungi banyak serat mempunyai manfaat untuk melegakan sakit

buasir, najis keras dan pendarahan. Sebarang makanan yang mempunyai serat boleh

membantu dalam memperbanyak dan melembutkan najis serta memudahkan proses

pembuangan najis. Pastikan anda mengekalkan hidrasi tubuh untuk mengurangkan sembelit

dengan pengambilan serat yang lebih tinggi.

12. Buah Berangan


Buah berangan telah digunakan bertahun-tahun untuk membantu dalam peredaran darah.

Ia digunakan untuk melegakan sakit, bengkak dan keradangan vena varikos begitu juga

buasir. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menguatkan dinding vena yang runtuh atau

lemah. Gunakan sahaja buah berangan di dalam bentuk kapsul atau serbuk teh.

13. Buah-buahan Sitrus


Makan makanan yang mempunyai banyak buah-buahan sitrus boleh membantu untuk

menghilangkan buasir. Buah-buahan sitrus mempunyai jumlah bioflavonoid yang banyak.

Bioflavonoid mempunyai sifat antiradang yang telah terbukti untuk menurunkan simptom

buasir seperti kegatalan, lelehan, pendarahan dan menguatkan salur darah yang lemah .

14. Beri Hitam

beri hitam penyembuh buasir


Beri hitam berkesan dalam melegakan pendarahan buasir luaran. Cara yang terbaik ialah

makan beri hitam mentah atau kisarkannya dan minum jusnya 2 kali sehari .

15. Butcher’s Broom (Ruscus aculatus)

Butcher’s broom ialah tumbuhan yang digunakan sebagai ‘pencuci’ tetapi ia juga digunakan

dalam rawatan tradisional orang Eropah untuk merangsang peredaran darah bagi merawat

buasir dan juga vena varikos. Anda boleh mengambil Butcher’s broom sebagai makanan

tambahan . Selain itu, anda boleh membuat teh dengan merendam 1 sudu teh daun teh

dengan madu. Lakukan selalu untuk menghilangkan buasir.


16. Mandi Air Panas


Mandi air panas ialah cara yang paling senang dan sempurna untuk mendapatkan kelegaan

kesakitan daripada buasir. Rawatan mandian air panas ini dikenali untuk menenangkan otot

sfinkter dan oleh itu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh bonjol buasir. Tambahan

pula, ia juga menggalakkan peredaran darah di tempat yang sakit yang membantu dalam

mengecutkan vena yang bengkak. Anda boleh mulakan dengan menyiram 3-4 inci air suam

ke dalam tab mandi dan rendam badan dengan lutut diangkatkan selama 15 minit . Ulang

rawatan ini untuk 3-5 kali setiap hari .

17. Ubi Kentang

ubi kentang untuk ubat buasir


Ubi kentang mempunyai sifat astringen (tajam dan pedih) yang boleh melegakan kesakitan

dan kegatalan yang berkaitan dengan buasir.

Cara :

 Ambil 2 biji ubi kentang dan bilas dengan air bersih

 Potong ubi kentang tersebut kepada potongan kecil dan kisar sehingga bertukar

menjadi cecair

 Kemudian, campurkan dengan beberapa sudu air dan letakkan campuran tersebut ke

atas kain bersih atau kain pembalut untuk dijadikan sebagai tuam

 Selepas itu, kain dilipat dua dan sapu pada tempat yang sakit selama 5-10 minit

 Ulang proses ini sebanyak 1-2 kali sehari

18. Minyak Kelapa


Minyak kelapa mengandungi sifat antivirus, antibakteria dan antimikrob yang boleh

membantu dalam merawat simptom buasir.

Cara :

 Bersihkan tempat yang sakit dengan bola kapas /kain bersih yang kering

 Sapu minyak kelapa pada tempat yang sakit dengan lembut

 Biarkan selama beberapa minit

 Ulang proses ini beberapa kali sehari sehingga rasa sakit dan ketidakselesaan hilang

19. Prun


Prun mempunyai kesan laksatif yang boleh melembutkan najis dan seterusnya membantu

untuk merawat buasir.

Cara :

 Ambil 2-3 buah prun dan makan setiap hari untuk melegakan simptom buasir

 Anda juga boleh ekstrak buah prun untuk mendapatkan jus dan minum setiap hari

untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan

 Selain itu, anda juga boleh mendapatkan prun dalam bentuk makanan tambahan dan

haruslah selalu mengambilnya untuk menghilangkan buasir

20. Biji Psyllium


Salah satu cara untuk mengatasi buasir yang menyakitkan ialah melembutkan najis yang

keras dan seterusnya memudahkan najis untuk bergerak serta tidak mengenakan tekanan

pada vena yang sakit. Disebabkan biji psyllium mempunyai banyak serat , maka ia berfungsi

untuk melembutkan najis. Selain itu, ia boleh mengurangkan sakit ketika proses

pembuangan najis dengan menyediakan banyak air.

Cara :

 Campurkan 1 sudu teh biji psyllium dengan 250 ml air dan minum semasa sarapan

selama seminggu

 Pada minggu kedua, tingkatkan pengambilannya dengan minum semasa makan

tengahari

 Pada minggu ketiga, minum semasa makan malam

 Anda tidak perlu menggunakan sebarang makanan tambahan yang kaya dengan serat

jika anda minum campuran air tadi sebanyak 3 kali sehari


21. Campuran Oak


Pokok oak mengandungi sifat astringen , antiseptik dan antiradang yang hebat. Batang

pokok oak adalah amat berguna untuk merawat buasir dalaman dan luaran.

Cara :

 Campurkan secawan air dengan 1 sudu besar batang oak dan didihkan selama 15

minit

 Kemudian, biarkan sejuk dan sapu pada tempat yang sakit atau terus minum

 Walau bagaimanapun, anda patut elakkan cara ini jika mengalami sembelit

22. Soda Penaik

baking soda untuk ubat buasir


Banyak kajian mendapati bahawa soda penaik ialah bermanfaat untuk mengurangkan

kegatalan yang disebabkan oleh buasir.

Cara :

 Campurkan beberapa sudu teh soda penaik dengan beberapa titik air

 Sapu pada tempat yang sakit

 Selain itu, berendam dalam tab mandi yang diisikan dengan campuran soda penaik

dengan air panas juga boleh melegakan masalah ini

23. Terapi Pek Sejuk


Sama seperti terapi yang menggunakan air panas, terapi sejuk juga bermanfaat dalam

menurunkan bengkak berkaitan buasir.

Cara :

 Ambil beberapa kiub ais dan bungkus bersama bola kapas

 Letakkan pada dubur untuk melegakan kesakitan

24. Bawang Putih


Salah satu herba paling popular untuk merawat buasir ialah bawang putih kerana ia

mengandungi sifat antibakteria yang boleh membantu dalam menyahjangkitan buasir. Kita

patut mengeluarkan toksin untuk mengekalkan badan yang sihat. Namun begitu, ia mungkin

mengambil masa yang lama untuk merawat buasir kerana ia menyebabkan luka pada tempat

di mana toksin dikeluarkan melalui najis. Oleh itu, menggunakan beberapa ulas bawang

putih segar dalam makanan perlu untuk meningkatkan agen antibakteria untuk

menghilangkan buasir.

25. Buat Pil Herba Anda Sendiri


Gabungan beberapa herba ialah satu cara lain bagi penawar semula jadi di rumah yang

hebat bagi buasir. Membuat pil herba di rumah bukanlah sesuatu yang susah.

Bahan yang diperlukan : Bawang putih, biji margosa, halia kering dan asafitida (asafoetida)

pada nisbah yang sama.

Cara :

 Campurkan semua bahan di atas dengan sedikit air

 Kisar bahan tadi untuk membuat pes

 Bahagikan pes tersebut kepada banyak bahagian untuk dijadikan pil dengan saiz 1

inci setiap satu

 Simpan pil di dalam botol tanpa udara

 Ambil 1 atau 2 biji pil pada waktu pagi dan malam setiap hari

 Teruskan cara ini untuk beberapa hari

26. Buah Plum Hitam


Disebabkan mengandungi pelbagai sifat pengubatan yang telah digunakan selama bertahun-

tahun dalam perubatan tradisional Ayurveda , China dan Unani untuk penyakit yang berbeza

termasuklah sembelit, diabetes dan buasir,buah plum hitam mungkin membantu anda

dalam menyembuhkan pendarahan buasir.

Cara :

 Campurkan segenggam buah plum hitam dengan sedikit garam

 Ambil pada setiap pagi apabila perut kosong

 Pastikan ambil penawar ini selama 3-4 bulan


27. Biji Mangga


Menggunakan biji mangga yang besar ialah rawatan yang hebat untuk pendarahan buasir.

Bahan-bahan yang diperlukan : Beberapa biji mangga yang sudah masak dan beberapa sudu

kecil madu

Cara :

 Ambil beberapa biji mangga daripada buah mangga yang telah masak

 Letakkan biji ini di tempat teduh untuk mengeringkannya . Proses ini mengambil

masa beberapa hari

 Apabila biji mangga menjadi kering sepenuhnya, kisarkannya sehingga menjadi

serbuk

 Simpan serbuk mangga di dalam botol tanpa udara

 Campurkan lebih kurang 2 gram serbuk biji mangga dengan sedikit madu

 Makan campuran tersebut

 Lakukan proses ini untuk selama 1-2 kali sehari

28. Kunyit


Kunyit mengandungi sifat antiseptik dan penyembuh dan digunakan untuk merawat tempat

yang sakit akibat buasir.

Cara :

 Ambil beberapa sudu teh serbuk kunyit dan campurkan dengan jus bawang besar dan

minyak biji sawi

 Kacau sebati untuk membuat pes

 Sapukan pes ini pada tempat yang sakit . Cara ini membantu untuk merawat luka dan

menghilangkan keradangan vena serta melegakan kesakitan dengan cepat.


29. Susu kambing

susu kambing untuk ubat buasir


Jika anda menderitai buasir dalaman yang menyebabkan pendarahan apabila membuang

najis, anda boleh cuba menggunakan susu kambing untuk mendapatkan kelegaan sempurna.

Cara :

 Ambil 8 gram biji sawi dan kisar untuk mendapatkan serbuk

 Campurkan dengan 10 sudu teh susu kambing dan minum sebelum sarapan

 Lakukan cara ini setiap hari untuk mengurangkan keradangan serta menghilangkan

pendarahan dan kegatalan

30. Buah Tin Kering


Buah tin bukan sahaja melawaskan proses pembuangan najis tetapi juga boleh membantu

mencuci saluran dubur yang telah mengecil akibat buasir.

Cara :

 Ambil 2-4 buah tin kering

 Bilas dengan air bersih

 Rendam di dalam air semalaman

 Keesokan pagi, makan buah tin yang terendam ini semasa perut kosong

 Ulang proses ini dan makan pada waktu malam

 Lakukan selama 3-4 minggu

Setelah mengetahui cara-cara merawat buasir dengan menggunakan penawar semula jadi

seperti di atas, jadi apa tunggu lagi? Bukankah ia suatu yang mudah dan murah? Namun

begitu, harus diingatkan, jika anda masih mengalami simptom buasir secara berterusan,

dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.