4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan


Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan tambahan bagi memberi kelegaan kepada badan apabila dijangkiti penyakit.

Usah gusar, penawarnya terdapat didapur mu!
Sedar atau tidak bawang putih menjadi satu kemestian menjadi rencah hampir dalam kesemua jenis masakan.

Apa tidaknya, masyarakat cina sendiri menjadikan bawang putih sebagai bahan utama dalam masakan mereka kerana kepentingan khasiatnya.

Bawang putih bukan sahaja sebagai pelengkap makanan, bahkan ia juga baik untuk tujuan perubatan.
Sudah turun temurun bawang putih digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.
Ini kerana, zat dan khasiat yang terkandung di dalam bawang putih baik untuk keperluan tubuh manusia, antaranya ialah allin, allicin, diallyl, disulphide dan ajoene. Manakala bahan lain seperti silenium, vitamin B dan vitamin C.


1. Kesan terhadap kardiovaskular

Bawang putih dikatakan dapat mengimbangi kadar kolestrol dan lemak dalam darah.
Selain itu, bawang putih dipercayai dapat menghalang "blood clot" atau darah beku yang boleh mengakibatkan stroke.

Tekanan darah juga boleh dikurangkan dengan pengambilan bawang putih. Ini disebabkan bawang putih berkesan dalam menghapuskan bakteria yang tidak baik dalam usus manusia. Kehadiran bakteria tersebut mengakibatkan tekanan darah naik.
Selain itu, bawang putih juga berfungsi membuang air yang berlebihan dari badan (water retention)

2. Anti kanser

Bawang putih turut menjadi penyumbang dalam mengawal kanser.
Kajian di kalangan rakyat cina dan itali menunjukkan risiko untuk mendapat kanser perut adalah lebih rendah apabila pengambilan bawang putih diambil secara konsisten.

3. Membantu sistem penghadaman

Selain itu, bawang putih juga dapat membantu sistem penghadaman. Ini kerana bawang putih berperanan sebagai pemusnah kepada bakteria yang tidak baik kepada usus manusia. Sekaligus akan mewujudkan persekitaran usus yang sihat dan selesa.

Jelaslah disini, selain dari buah pisang dan buah-buahan yang melawaskan yang lain, bawang putih juga boleh dimakan bagi mengatasi masalah sembelit.

Begitu juga untuk pengamal diet sihat. Ketahuilah, salah satu bahan aktif yang terdapat pada bawang putih iaitu " Ajoene" dipercayai mampu menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan enzim lipase. Enzim ini berkesan untuk memecahkan lemak sebelum diserap.

4. Penawar jerawat

Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit wajah yang bermasalah dan berjerawat, bawang putih merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah jerawat
Sulfur yang terkandung didalam bawang putih juga mempunyai ciri-ciri antifungus dan antibiotik.
Agen ini sangat bagus dalam merawat masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
Selain dari menikmati bau bawang putih yang lazat, anda juga sebenarnya mengambil sejenis makanan yang sangat berkhasiat.

Antara tip untuk keberkesanan pengambilan bawang putih ialah pengambilan ini perlu diteruskan secara konsisten dalam jangka masa panjang. Jadikan pemakanan sihat seperti ini satu amalan. Kerana pengambilan secara mengejut dan dilakukan dalam masa yang singkat tidak akan memberi manfaat yang berterusan kepada kita.

Untuk pengidap selsema dan juga resdung, anda boleh mengambil bawang putih bersama-sama Horseradish. Namun disarankan untuk berjumpa dengan ahli farmasi untuk keterangan dan nasihat yang lebih lanjut.

Nampak, bukannya susah untuk mengamalkan pemakanan sihat bukan? Sudah tentu bahan-bahannya ada dan telah tersedia didapur anda. Cuma diri sendiri harus mencari jalan dan menjadi  pengambilan bawang putih sebagai amalan. Gaya hidup sihat ini harus diterapkan kepada setiap generasi, agar dengan kesihatan yang baik akan memudahkan kita untuk beribadah dan beramal kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.