8 cara mengurus kesihatan dizaman serba pantas


Sering kali kita dengari, rungutan berkenaan tidak cukup masa menjaga kesihatan dan merias diri.
Ini acap kali terjadi kepada masyarakat dinegara yang kian maju dan moden dek mengikut aliran zaman.

Ramai yang mengabaikan pemakanan sihat mengikut skim piramid makanan. Tidak ketinggalan ada pula yang sentiasa dalam kesuntukan masa lantas hanya mengambil makanan segera dijadikan santapan harian.

Mankala fikiran mereka pula sentiasa bercelaru, dan bercamput baur antara kerja dan kehidupan peribadi pula.

Mari kita sama-sama lewati apakah cara-cara mengatasi situasi ini.

1. Menjaga masa

Seperti kata prof Muhaya Muhamad, "saya sangat menjaga masa".
Masa yang berlalu tidak akan bisa diulang. Jadi bagi menghormati masa yang di anugerah Allah s.w.t ini, kita harus peruntukkan dengan sebaik-baiknya. Kelak disoal oleh Nya bagaimana cara kita menggunakan masa yang diberi 24 jam sehari itu.

Jadi berpagi-pagilah seawal jam 5.00. Kerana disaat itu oksigen segar turun kebumi dan otak sudah bersedia untuk mengoptimumkan fungsinya.

Sejurus selepas itu ambil segelas air suam dan madu untuk diminum semasa perut masih kosong.
Setelah itu bersihkan diri dan bolehlah bertahujjud dan bersedia untuk subuh.

2. Sarapan sebaik-baiknya

Tidak ada masa untuk bersarapan?Usah khuatir. Capailah bijirin dan segelas sus. Nikmatilah hidangan itu dengan tidak sampai 10 minit pun.

Setelah itu jamahlah 3 biji kurma atau sekurang-kurangnya mengambil sebiji buah pisang.

3. Vitamin E

Ramai yang tidak tahu kebaikan vitamin E, ianya bukan sahaja menbantu kulit berkedut, tetapi juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Simpan sahaja sebotol vitamin E di rumah untuk dimakan sebiji selepas sarapan pagi. Vitamin E boleh dibeli difarmasi dan pastikan ianya disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerana dengan badan yang sihat, ibadah jadi mudah. Apatah lagi kerja dipejabat mahupun kerja rumah.

4. Vitamin C

Vitamin C memang popular dikalangan masyarakat kita. Tetapi sayang tak ramai yang nak mengamalkannya.

Okay cara yang senang, belilah yang tablet larut air yang lebih senang dikonsum. Campakkan ke dalam segelas sementara anda bersiap-siap untuk memakai pakaian anak atau diri sendiri.

5. Makanan tengah hari yang berkhasiat

Nak masak sendiri memang tidak sempatkan? Jadi ambil masa terluang dihari minggu untuk memanggang ayam 5 ketul (besar saiz tapak tangan) dan setelah sejuk masukkan ke dalam aluminium foil dan simpan didalam freezer.

Masukkan ayam yang sudah masak dan disejuk beku itu ke dalam bag kerja sebelum kunci kereta dicapai.

Dan sewaktu lunch, panaskan menggunakan microwave di pantry office. Budaya ini telah dilakukan oleh bangsa-bangsa lain seperti di Amerika. Selain dapat menikmati lauk yang berkhasiat, anda juga dapat berjimat.

6. Cari jalan untuk kekal cergas

Jika ditempat kerja anda selalu menggunakan lif. Kini anda boleh menaiki tangga. Caranya mudah, jangan berhenti ditingkat dimana anda bekerja, sebaiknya berhenti ditingkat yang lebih rendah dan selebihnya anda hanya perlu menggunakan tangga. Contoh, jika anda sepatutnya berhenti ditingkat 7, jadi berhentilah di tingkat 5 atau 6 dan selebihnya gunakan tangga untuk senaman ringan.

7. Luangkan masa dengan hobi

Asyik berfacebook semasa makan tengah hari? Sesekali berhenti seketika dari berfacebook dan kunjungi laman sesawang yang berkaitan dengan hobi dan minat anda.

Kaedah "Escape" ini sangat bermanfaat untuk mengurangi stress ditempat kerja. Lakukan selama 5 hingga 10 minit.

Sudah tentu fikiran yang berserabut akan reda sebentar. Usah diberatkan fikiran dengan pelbagai beban dan masalah.

8. Uruskan kerja rumah dihujung minggu

Ini bukan perkara yang asing lagi.

Tapi tak ramai yang tahu kepentingan menyediakan persiapan ke pejabat disaban minggu.
Ambil satu hingga dua jam pada hari sabtu pagi atau sabtu malam untuk menggosok pakaian kerja dan mengatur segala keperluan kerja ke pejabat. Kedengaran mudah, namun ramai yang tewas dengan aktiviti dihujung minggu.

Jangan mudah mengalah, jadikan ia satu habit atau amalan yang baik untuk menjamin peace of mind anda dipagi hari-hari kerja mu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.