8 Tip Elakkan Tua Sebelum Waktu

cara melambatkan penuaan dan awet muda

Sudah pasti ramai diantara kita tidak kita lelaki atau wanita ingin maintain atau kekal muda. Namun fitrah yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t bahawa tiada yang kekal didunia. Cuma kita boleh mengambil ikhtiar supaya proses penuaan tersebut diperlahankan.

Dengan niat untuk nenjadi sihat agar beribadah kepada Allah s.w.t dan memberi manfaat sesama manusia.

Ayuh lihat beberapa tip untuk melewatkan proses penuaan tersebut.

1. Menguruskan Stress

Tekanan atau stress harus diuruskan dengan bijak dan terancang.

Apabila seseorang mengalami stress, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak asid dan hormon-hormon stress. Jadi badan cepat lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.

Diri akan nampak lebih tua dan lesu apabila mengalami stress dan masalah kesihatan.

Untuk mengawal hormon Stress, boleh amalkan 1 sudu cuka epal dibancuh bersama perahan zaitun atau minyak kelapa dara dan disertai doa kepada Allah s.w.t dan selawat ke atas Rasul.

2. Minum air putih secukupnya

Pilihlah air putih atau air kosong berbanding air manis dan yang lain. Sekurang-kurangnya u8 gelas atau 3 liter sehari.

Bagi mereka yang tinggal dibandar, disarankan menyewa water dispenser atau water filter supaya air yang diminum bersih dan segar lantas mudah diserap oleh badan.

Manakala pada yang sibuk bekerja,  sediakan reminder ditelefon bimbit anda supaya dapat mengurus jadual yang tepat bagi waktu minum air.

3. Say no to Junk Food

Maaf kepada peminat junk food. Anda boleh gantikan junk food dengan makanan ringan yang lain seperti kekacang yang mengandungi pelbagai khasiat contohnya badam, biji bunga matahari, chia seed, flaxseed, sesame seed dan lain-lain.

Selain itu, perhatikan setiap hari apakah khasiat dan manfaat yang anda boleh perolehi daripada pilihan pemakanan anda.

4. Membaca Al- Quran dan Zikir

Wah! Tahukah anda bacaan Al-Quran dan Zikir mampu menenangkan hati seseorang. Disamping amalan ini dapat memjemput keredhaan Allah s.w.t, anda juga boleh awet muda dengan mengamalkan bacaan Al- Quran dan Zikir.

Tidak percaya? Cuba saja anda cari dan jumpa kembali ustaz atauh ustazah yang mengajar anda mengaji ketika kecil dulu. Awet mudakan?

Namun sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan Zikir sebagai amalan dengan mengharap redha dan ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

5. Berkebun

Adus panaslah..! Berpeluhlah..!
Sudah tentu bagus apabila anda berpeluh. Berpeluh menandakan anda telah mengeluarkan toksik melalui liang peluh anda.

Lakukan aktiviti ini dipagi hari dengan menyiram pokok-pokok bunga yang dapat memberikan aura dan energy positif kepada anda.

Tanamlah pokok-pokok bunga yang mempunyai bau-bauan yang harum dan mudah dijaga serta pokok buah-buahan. Apabila penat berkebun, sudah tentu anda berpuas hati dan tidak sabar melihat hasil tanaman mu!

6. Senaman dan regangan

Sebaik-baik senaman adalah berenang. Namun jangan lupakan sapukan lotion sun block dan anti cholorine cream sebelum berenang.

Tak tahu berenang? Mengikut kata pakar tulang belakang Malaysia dari Tropicana Medical Center, Dr. Muhammad Nawar, kita disarankan berenang atau 'kodek-kodek kaki" dalam air selama 30 minit sebanyak tiga kali dalam seminggu. Jadi tidak perlu gusar kepada yang tidak tahu berenang. Sekadar berendam sambil melakukan pegerakan didalam air selama 30 minit sudah memadai.

Anda juga boleh melakukan aktiviti lain sekiranya anda meminati sebarang sukan atau jenis senaman yang lain.

7. Persekitaran Positif

Pernahkah anda melihat seseorang yang positif kelihatan sunggul dan lesu?
Belajarlah menjadi insan yang sentiasa bermuhasabah diri dan melihat perkara yang positif dalam setiap perkara yang berlaku.

Pastikan diri dan kawan-kawan disekeliling anda sentiasa melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat sesama makhluk.

Jauhi berita-berita berbau negatif dan pilihlah siaran TV atau Radio yang hanya memberi kecerian dan memberi banyak pelajaran serta ilmu yang bermanfaat sahaja.

Ingat segala masalah didunia bukanlah milik kita. Jadi berpada-pada apabila anda menonton berita dan hal ehwal semasa.

8. Rehat secukupnya

Tubuh manusia perlukan rehat.
Jalan yang terbaik adalah mengambil tidur yang secukupnya selama 5 hingga 7 jam sehari.
Ini kerana badan manusia melakukan penyingkiran toksik bermula seawal 10.00 malam sehingga 2.00 pagi.

Jadikan ini sebagai satu semangat untuk anda tidur dan bangun awal.
Dan dipercayai bangun seawal pagi sebelum subuh adalah wakti terbaik untuk mengoptimumkan hari seseorang. Jadi tidak hairanlah Islam menganjurkan bagun solat tahajjud pada malam tersisa.


9. Vitamin E

Vitamin E bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh kita malah ia juga baik untuk menjaga kulit dan menjadikannya sebagai bahan untuk melambatkan penuaan wajah. 

Terdapat pelbagai sumber untuk memperolehi vitamin e, antaranya daripada Brokoli, Bayam, Biji bunga matahari, Kacang Tanah, dan banyak lagi.


10. Susu

Seperti yang kita ketahui, khasiat kalsium daripada susu dapat memperkuatkan tulang manusia, memperkukuhkan tulang supaya tidak rapuh. 

Akan tetapi ianya bukan sahaja dapat membantu memperkuat dan memperkukuhkan tulang, ia juga dapat membantu untuk melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi vitamin A, D dan E dimana vitamin ini diperlukan dalam proses melambatkan penuaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.