Baikkah sushi untuk anda?

baikkah sushi untuk diri dan kesihatan

Sushi telah menjadi trend atau makanan kegemaran terkini orang ramai. Tidak kira siapa, terutamanya dari generasi Y memang gemar menikmati makanan jepun yang disedia secara sejuk dan segar ini.


Namun ada yang mempersoalkan budaya pemakanan dari negara Jepun yang kian laris dinegara kita. Adakah budaya makanan ini selamat untuk diamalkan?


Baiklah, jika dilihat secara amnya, sushi diperbuat dari beras jepun, rumpai laut, cuka, beberapa jenis makanan laut mentah. Manakala, sesetengah hidangan lain diperkaya dengan bahan-bahan mengikut citarasa dan selera penduduk tempatan. Selain itu, hidangan disertai dengan sos soya manis dan masin, dicicah bersama wasabi. Hampir kesemua hidangan ini akan dijamah secara sejuk dan mentah.
Makanan laut seperti ikan salmon dan ikan kod disediakan secara mentah. Kebanyakkan hidangan sushi terdiri daripada bahan rendah lemak dan tinggi omega 3.

Selain itu sushi juga kaya dengan protein tepu dan rendah kalori. Manakala rumpai laut yang digunakan didalam menu adalah sumber iodin terbaik dan nasinya kaya dengan karbohidrat bagus bagi membekal tenaga.

Ketahuilah, bahawa terdapat organisma dan parasit atau telur cacing yang memberi risiko kepada kesihatan. Ianya terdapat didalam daging ikan mentah walaupun ikan tersebut telah dibersih dan disejuk bekukan. Jika makanan beku dan mentah diambil dalam kadar yang banyak akan mengundang beberapa jenis penyakit, antaranya hepatitis, kecacingan dan keracunan. Apatah lagi jika makanan tersebut tidak disediakan dengan bersih dan sempurna.

Sebagai langkah keselamatan dan pencegahan, nikmatilah hidangan sushi yang telah dimasak.
Sekiranya anda gemarkan sushi yang dihidang segar, ambillah sushi yang tidak menggunakan makanan laut sebagai hidangan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, cendawan dan telur. Antara menu lain yang boleh dinikmati juga seperti sushi yang dihidangkan bersama ayam, tauhu dan sebagainya. Inilah antara kehebatan hidangan sushi, menu boleh dipilih mengikut selera dan citarasa tersendiri tanpa mengetepikan khasiatnya.

Tidak dapat dinafikan, hidangan dari negara matahari terbit ini sememangnya kaya dengan pelbagai mineral dan zat.

Akan tetapi makanan laut yang digunakan sebagai hidangan melalui proses pembekuan, dan kemudian disuhu bilikkan tanpa selengaraan yang betul menyebabkan nutrisi-nutrisi penting terhapus. Ini kerana makanan laut yang telah disejuk bekukan akan dieksport dari negara pengeluar dan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke negara Malaysia. Jadi penyelengaraan bahan mentah ini harus disediakan dengan teliti, jika tidak khasiat sushi disia-siakan begitu sahaja.

Kebanyakkan hidangan sushi akan disaluti nasi putih. Fungsi nasi adalah sebagai pembekal tenaga, dan sekiranya tenaga tidak digunakan, ianya hanya akan menambahkan berat badan seseorang. Jadi untuk mengelakkan berat badan berlebihan, pelbagaikan pilihan sushi, dari hidangan yang diperbuat dari nasi hingga ke sushi makanan laut sahaja.

Ingin dikongsikan disini etika dan adab menikmati sushi oleh rakyat Jepun sendiri. Budaya Jepun hanya menggunakan sos soya dalam kuantiti yang kecil sahaja. Ini kerana kandungan garam dan gula yang tinggi akan merosakkan budaya pemakanan yang sihat.

Disini disediakan tip untuk anda memilih hidangan sushi yang berisiko rendah dan berkhasiat.

1. Pilihlah restoran sushi yang mempunyai ramai pelanggan. Ini menunjukkan makanan yang digunakan segar dan bukan dari stok yang diperam lama akibat ketiadaan pelanggan.

2. Belilah sushi dari restoran sushi yang halal dan khusus serta mahir dalam menyelenggarakan stok sushi yang segar.

3. Pilihlah ikan-ikan laut tengah yang selamat seperti dinegara Norway yang tidak terlibat dengan kebocoran nuklear di Jepun.

4. Anda disyorkan memilih ikan tuna yellow fin sebagai menu sushi anda. Ini kerana ikan jenis ini biasanya mempunyai kadar parasit yang minimum.

Manakalah untuk warga emas, kanak-kanak kecil dan wanita hamil amatlah tidak digalakkan untuk mengambil sushi sebagai santapan. Ini kerana kadar imunisasi yang rendah akan menyebabkan segala nutrisi dihapuskan oleh parasit-parasit dari sumber makanan laut mentah itu tadi. Antara ikan yang paling mudah dijangkiti parasit ialah ikan kod, ikan salmon, dan rodfish. Walaupun industri perikanan disana telah mengambil langkah-langkah menghapuskan parasit, namun ianya masih tidak dijamin.
Ingin ditekankan sekali lagi, menu dan hidangan sushi amat bagus, sushi bukan sahaja berkhasiat, bahkan rasanya yang segar dan enak membangkitkan selera.

Sebagai saranan, nikmatilah sushi dalam jumlah yang sederhana sahaja. Ini kerana sushi dihasilkan dengan gabungan ikan mentah dari lautan terbuka yang terkandung organisma dan parasit yang boleh memudaratkan. Walaupun didakwa segar namun organisma tersebut tetap wujud. Walaupun ikan tersebut berasal dari lautan sejuk dan telah disejuk bekukan.
Semoga segala hidangan yang diambil disertai doa dan niat yang betul iaitu untuk kekal sihat supaya mudah melakukan ibadah dan beramal.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.