Cara Makan Buah-Buahan yang Betul

cara makan buah buahan yang betul

Anda suka makan buah-buahan? 


Tahukah anda cara makan buah-buahan yang betul?

Banyak orang fikir yang makan buah-buahan bersama dengan hidangan utama ialah cara

yang baik untuk kekal sihat. Tanpa memahami dengan betul tentang kitaran pencernaan

badan dalam jangka masa 24 jam, banyak orang makan buah-buahan dengan cara yang tidak

betul. Makan buah-buahan bersama dengan makanan utama atau makan sebagai pencuci

mulut selepas makan bukanlah cara yang sesuai buah-buahan patut dimakan.


Pelajarilah cara yang betul untuk makan buah-buahan. Masalah pencernaan akan

berkurangan serta badan anda juga akan mempunyai banyak tenaga. Dengan pengambilan

buah-buahan yang cukup, tahap gula dalam darah menjadi normal serta membenarkan

mekanisme kelaparan badan diatur dengan betul dan seterusnya boleh mengelakkan

pengambilan makanan secara berlebihan.


Bagi mendapatkan khasiat buah-buahan yang maksimum , anda patut mengikuti garis

panduan di bawah :

 Elakkan makan buah-buahan bersama dengan makanan lain. Buah-buahan adalah

sangat bagus untuk dimakan secara sendirian.


 Masa yang paling bagus untuk makan buah-buahan ialah semasa perut kosong. Anda

boleh lakukan ini pada semua waktu pada siang hari. Ini adalah kerana apabila anda

makan buah, proses pencernaan bekerja dengan amat cepat dan badan kita

menggunakan enzim yang berbeza untuk mencernakan makanan. Gula ringkas yang

terkandung di dalam buah memerlukan masa untuk diserap sepenuhnya oleh badan.

Apabila buah dimakan secara sendirian tanpa makanan lain, perut anda boleh

memproses semua zat , serat dan gula ringkas dengan mudah.


 Selepas makan buah , anda patut rehat selama 30 minit sebelum makan makanan

yang lain selain daripada buah.


 Jarakkan pengambilan buah-buahan di antara waktu makan. Contohnya, makan buah

sejam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Untuk sajian berat seperti nasi atau

pasta,anda patut membenarkan makanan dicerna lebih lama sebelum anda

menambah buah-buahan beserta semua asid ke dalam perut anda lebih kurang 3-4

jam.


 Anda patut makan buah-buahan sebelum waktu tengah hari.


 Elakkan makan buah-buahan sebagai pencuci mulut . Ini akan mengurangkan

kelebihan buah-buahan itu sendiri .


 Elakkan buah seperti pisang dan avokado pada waktu pagi kerana buah-buahan ini

dikira berat dan membebankan sistem pencernaan pada waktu pagi. Buah-buahan ini

sesuai diambil selepas tengah hari apabila badan di dalam kitaran pencernaan yang

sesuai untuk makan buah-buahan sedemikian.


 Jika anda berasa lapar pada waktu pagi, makanlah buah-buahan dan anda boleh terus

makan buah-buahan sehingga tahap gula dalam darah kembali normal dan

seterusnya membuatkan rasa lapar hilang.


 Jika boleh , makanlah hanya buah-buahan organik.


 Elakkan buah-buahan yang diproses, dimasak atau ditinkan kerana buah-buahan

sedemikian mengandungi banyak gula, bahan tambahan dan bahan yang tidak

diingini.


 Elakkan makan buah-buahan pada waktu hampir tidur kerana banyak gula di dalam

buah yang boleh memberi anda tenaga. Ini akan membuatkan anda berjaga pada

waktu malam sedangkan anda perlukan tidur pada waktu itu. Jika anda mahu makan

buah-buahan pada waktu malam, anda boleh makan tidak kurang 3 jam sebelum

tidur.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, mungkin ini cara terbaik dengan

mengelakkan makan buah-buahan pada waktu ini.


 Anda juga boleh makan buah-buahan sebelum bersenam, selepas bersenam ataupun

sebelum dan selepas bersenam. Badan kita akan menggunakan gula buah untuk

tenaga yang cepat dan untuk mengisi semula simpanan tenaga yang sudah habis.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.