Cara Putihkan Muka Tanpa Produk

Cara Putihkan Muka

cara putihkan muka dengan berkesan dan pantas


Anda inginkan kulit yang cerah? Habiskan banyak duit pada produk - produk mahal tetapi masih tidak nampak keberkesanannya? Disini saya ingin kongsikan tips dan cara membuat pencuci muka dan ubatan semulajadi yang akan membantu putihkan muka anda.

5 Tampalan Wajah Dan Tips Putihkan Muka Menggunakan Bahan Semulajadi Yang Menakjubkan

Manjakan kulit anda dengan kebaikan khasiat bahan - bahan semulajadi seperti madu, susu, yogurt dan buah - buahan serta perbaiki tona kulit dengan bahan buatan tampalan wajah semulajadi ini. Maksud tampalan wajah : Menyapu sesuatu bahan keatas kulit muka dan membiarkan untuk satu tempoh tertentu. Kemudian dicuci untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan pada kulit wajah. Mempunyai fungsi seperti topeng muka.

cara putihkan muka

1. Madu Dan Susu

Apakah cara lain yang lebih baik putihkan muka secara semulajadi selain daripada sentuhan khasiat dari susu dan madu? Kebaikan madu untuk kulit dan kesihatan tidak memerlukan sebarang penekanan baru dan tidak dapat lagi dinafikan yang ianya juga merupakan tampalan wajah terbaik untuk kulit kering. Ia adalah satu ubat mujarab untuk semua masalah kulit. Mencampurkan madu dengan susu asli mungkin merupakan satu tampalan wajah yang terbaik untuk membuat kulit lebih cerah. Madu yang mempunyai agen antibakteria semulajadi yang menakjubkan bertindak sebagai ubat untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Keupayaan madu untuk mengekalkan kelembapan dalam sel-sel kulit membantu dalam melembabkan kulit kering yang berlebihan dan menambah sinaran semulajadi untuk terhadapnya.


Bahan - Bahan :

1 Sudu Besar Madu
1 Sudu Besar Susu Mentah

Campur bahan-bahan ini dalam mangkuk kaaca dan sapukan pada muka yang telah dibersihkan, urut selama dua minit secara lembut menggunakan gerakkan pusing keliling, biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci sepenuhnya menggunakan air.

cara putihkan muka

2. Pulpa Kentang Dan Lemon

Jus yang terkandung dalam kentang telah lama digunakan untuk tujuan putihkan kulit wajah. membuang noda dan memperbaiki kesihatan kulit serta ia juga baik untuk kulit berminyak. Diperkaya dengan sumber vitamin C, dimana ia membantu menyuburkan kulit dari dalam. Sememangnya berkesan sebagai ubat semulajadi untuk menghilangkan hyper pigmentasi dan bintik hitam. Selain itu, ia turut membantu memperbaiki tona kulit dan memutihkan lingkaran hitam sekeliling mata. Manfaat dari lemon sebagai agen pemutih memang amat dikenali, ia memutihkan wajah dengan membersihkan kulit, membuang sel-sel mati dan kotoran. Kombinasi kedua-dua ini iaitu kentang dan lemon menjadikan ia tampalan wajah yang terbaik untuk memutihkan wajah dan membuang kulit terbakar yang efektif.

Bahan - Bahan :

Kentang - kuantiti sederhana
1 biji lemon 

Kupas dan parut potata menjadi pulpa lembut, perah jus dari lemon dan letakkan jus kedalam pulpa potato tadi. Gaul rata bahan-bahan ini, kemudian sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan selama 20 minit dan cuco menggunakan air.

cara putihkan muka

3. Yogurt dan Oat

Ini adalah salah satu tampalan wajah terbaik yang bertindak sebagai ubat semulajadi untuk merawat kulit terbakar, pigmentasi dan penuaan. Manfaat daripada oat kepada kesihatan memang tidak asing lagi dan diketahui umum tetapi ia juga sangat bermaanfaat untuk mengatasi masalah pengelupasan kulit, membuang sel-sel mati dan kotoran, dan meningkatkan pencerahan kulit. Yogurt kosong tidak berperisa atau dadih masam mengandungi asid laktik yang tinggi dan asid hydoxy alpha yang membantu dalam pengelupasan dan melembabkan wajah, serta peluntur ringan yang terkandung dalam yogurt dapat memperbetulkan perubahan warna kulit dan penuaan.

Bahan - Bahan

2 Sudu Besar Yogurt
1 Sudu Besar Oats

Letakkan yogurt dalam mangkung dan tambahkan oat kedalam, gaul rata dan sapukan pada wajah, tangan dan leher, urut semua tempat secara perlahan selama 5 minit. Biarkan selama 20 minit sebelum mencuci sepenuhnya menggunakan air.


4. Kulit Oren dan Cendana

Tahukah anda bahawa kulit oren mengandungi lebih banyak vitamin C jika dibandingkan dengan buahnya? Ia juga amat kaya dengan sumber kalsium. Vitamin C amat penting untul Meneutralkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas berbahaya dan tekanan oksidatif. Ia berfungsi sebagai ubat semulajadi yang efektif dalam membuang bintik hitam pada hidung. Peluntur semulajadi kulit oren membantu membuang tompok hitam, kulit terbakar, dan memperbaiki tona kulit secara efektif. Cendana pula merupakan satu ubatan yang telah lama digunakan untuk mengatasi masalah kulit dan ia juga merupakan bahan penting dalam perawatan Ayurvedic. Ini adalah tampalan wajah yang paling efektif untuk putihkan muka dan juga mengupas dan memperbaiki tona kulit pada masa yang sama.

Bahan - Bahan 

1 Sudu Besar Serbuk Kulit Oren
1 Sudu Besar Serbuk Cendana

Campur kedua-dua serbuk ini kedalam satu mangkuk dan tambahkan sedikit air kedalam untuk membentuk satu pes tebal yang konsisten. Letakkan pada muka dan leher, urut dengan pergerakan keliling selama 5 minit, biarkan selama 15 minit kemudian cuci menggunakan air.

cara putihkan muka

Tomato Dan Timun

Tomato adalah sayur yang biasa digunakan untuk pelbagai masakan di seluruh dunia tetapi ada sesetengah orang tidak mengetahui manfaat tomato terhadap kecantikan. Tomato boleh digunakan secara efektif dalam memutihkan kulit wajah dengan meningkatkan pencerahan tona wajah secara semulajadi. Antioksidan yang terkandung didalam tomato bertindak sebagai penghadang matahari secara semulajadi dan melegakan kulit dalam melawan kulit terbakar. Ia turut membantu meningkatkan cahaya pada kulit kusam dan kulit yang tidak bermaya. Astringent semulajadi yang dimiliki juga membantu dalam mengurangkan saiz liang dan mengawal kulit minyak berlebihan. Jus Timun pula sangat efektif sebagai ubat semulajadi yang memperbaiki kulit dengan membuang pigmentasi, noda dan parut. Lebih lagi ia juga membantu mengurangkan selulit dan lingkaran hitam sekeliling mata.

Bahan - Bahan

1 Tomato Kecil
Separuh Timun Yang Telah Dipotong

Renyukkan tomato sehinga menjadi satu pes lembut dan parut timun kemudian campurkan timun kedalam pes tomato. Sapukan pes pada muka yang bersih dan biarkan selama 20 minit, cuci dengan air.

Tips Tips 


Jumlah Pengambilan Air

Minum sekurang-kurangnya 7 - 10 gelas air sehari kerana ia membantu menghidratkan badan dan juga membuang toxin yang tidak di ingini daripada tubuh badan. Ini adalah cara yang paling murah dan terbaik untuk mendapatkan kulit wajah yang bersinar. Walaupun anda mempunyai kedutan atau garis garis pada kulit, ini merupakan ubat yang efektif bagi membuang tanda-tanda penuaan dan menjadikan kulit kembali muda dan bersinar.

Menyingkirkan Kulit Terbakar Akibat Matahari

Jika anda baru sahaja lepas keluar berjemur atau ke tempat-tempat yang tercemar dalam jangka masa yang lama jadi dinasihatkan untuk membasuh dan melembabkan muka sebaik sahaja anda pulang ke rumah. Ini dapat membantu membuang kotoron yang terkumpul pada kulit akibat pencemaran.

Guna Produk Losyen Lindungan Matahari

Gunakan losyen perlindungan matahari yang menawarkan perlindungan sinaran UVA dan UVB. Dapatkan losyen yang memberi SPF yang tertinggi, elakkan mengguna losyen penghalang sinaran matahari murah kerana SPF tidak begitu berkesan dalam hal ini, gunakan produk yang berjenama dan dikenali di dalam pasaran.


Pencuci Muka Pemutihan Kulit

Sudah tiba masanya untuk anda meninggalkan produk muka anda yang mahal itu dan mula menggunakan ubat buatan rumah yang membantu mencapai kulit yang sempurna dan lembut. Baca lebih lanjut untuk mendapatkan tips yang berguna dalam pembuatan pencuci muka untuk memutihkan kulit buatan rumah.

Tepung Gram/Besan Untuk Pemutihan Kulit

Tepung gram atau juga dikenali sebagai besan ialah satu gantian yang baik untuk mencuci muka daripada menggunakan pencuci muka yang mengandungi bahan kimia. Simpan tepung gram dalam balang dengan jumlah kuantiti yang sederhana, simpan balang di dalam bilik mandi untuk kegunaan harian. Cara Menggunakan : Jika anda ingin mandi, ambil 5 - 6 sudu besar tepung besan tadi dan campurkan air sehingga menjadi pes, biar pes menjadi konsisten. Basahkan badan dan sapukan pes tersebut ke seluruh badan anda. Biarkan selama 2 - 3 minit (ia perlu kering sepenuhnya) kemudian basuh menggunakan air suam atau sejuk semahu anda.

Jus Lemon Dan Tepung

Ambil dalam 4 sudu besar tepung barli, campur 2 sudu besar jus lemon pada tepung dan campurkan sedikit air. Campurkan semua sehingga menjadi sebati dan konsisten. Basahkan badan anda dan sapukan pes tadi ke seluruh badan. Biarkannya kering sepenuhnya. Setelah kering, basahkan sedikit badan menggunakan air suam dan urut lembut menggunakan pergerakan keliling kemudian basuh dan cuci badan dengan air suam atau sejuk.

Daun Semambu / Neem Untuk Merawat Jerawat

Jika anda mengalami masalah jerawat atau sebarang masalah berkaitan kulit, anda boleh menambahkan 2 sudu besar pes daun neem kedalam campuran diatas. Ini akan dapat membantu menghilangkan semua bakteria yang tidak di ingini dan mendapatkan kulit yang bersih dan rata.
Cara persediaan : Ambil mangkung penuh dengan daun neem, rendam kedalam air. Biarkan selama 30 minit, kemudian kisar daun tersebur sehingga menjadi pes pekat. Metelakkan daun neem seadanya pada badan atau kulit juga memberi kesan yang baik pada kulit.








Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.