30 Penawar Semulajadi di Rumah Untuk Pesakit Gout

30 penawar atau ubat gout


Gout ialah satu penyakit yang boleh menjangkiti bahagian badan yang berlainan pada badan

manusia seperti lutut, buku lali,pergelangan tangan, tangan atau telinga. Punca penyakit

adalah kerana kandungan asid urik yang tinggi di dalam badan. Jika tahap asid urik adalah

terlalu tinggi di dalam darah, anda akan berasa sakit pada beberapa bahagian badan. Gout

juga berkaitan dengan penyakit lain yang memerlukan masa untuk merawatnya.

Gout juga dianggap sebagai penyakit moden kerana kini ramai yang semakin sibuk dengan

kerjaya. Kurangnya senaman dan pemakanan yang tidak betul juga mungkin merupakan

punca utama kepada penyakit ini. Di dalam artikel ini , anda akan mengetahui tentang

banyak cara rawatan semula jadi yang boleh dilakukan di rumah bagi penyakit gout. Yang

pastinya, ia murah , mudah dan bermanfaat untuk kesihatan secara am.

1. Halia


Halia mempunyai sifat antiradang yang boleh mengurangkan sakit dan keradangan

disebabkan oleh gout.

Cara 1 :

 Tambahkan 2-4 keping halia ke dalam menu harian anda

Cara 2 :

 Minum 3 keping halia setiap hari dan sakit akibat gout akan berkurangan

Cara 3 :

 Letakkan 2-3 keping halia ke dalam 200 ml air panas

 Minum ketika masih panas

 Ulang cara ini 2 kali sehari

 Sebagai alternatif, anda boleh juga menggunakan air halia untuk membasuh tempat

yang sakit

2. Cuka Epal Cider


Ini ialah penawar yang biasa bagi banyak jenis penyakit seperti perut berasid dan juga

pening.

Cara 1 :

 Minum segelas air panas dengan 3 titik cuka epal cider setiap hari untuk

mendapatkan hasil terbaik

 Jika anda tidak suka akan baunya, anda boleh letakkan 3-4 titik madu ke dalam air

untuk mendapatkan sedikit rasa manis

Cara 2 :

 Letakkan beberapa titik cuka epal cider ke dalam semangkuk besar air panas

 Kemudian, anda boleh guna air ini untuk membersihkan kulit yang terkena gout

selepas mandi setiap hari. Tambahkan sedikit garam ke dalam air tersebut untuk hasil

yang lebih baik . Kesan-kesan keradangan akan berkurangan dengan cepat.


3. Soda Penaik


Soda penaik ialah salah satu penawar rumah yang berkesan untuk gout. Soda penaik

membantu dalam menurunkan jumlah asid urik dalam badan anda dan menyingkirkan

kesan-kesan gout.

Cara :

 Letak 1 sudu teh soda penaik ke dalam 200 ml air panas di dalam gelas

 Minum 4 kali sehari

 Boleh amalkan selama 1-2 minggu

 Diingatkan agar tidak minum lebih daripada 4 gelas sehari

 Bagi orang yang lebih tua, tidak seharusnya minum lebih daripada 3 kali sehari

 Bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi pula, tidak sesuai menggunakan

penawar ini

Namun begitu, jika anda menghidap penyakit darah tinggi, elakkan daripada menggunakan

kaedah rawatan ini.

4. Jus lemon



Bagi mereka yang menderitai penyakit gout, rawatan terbaik ialah mengurangkan jumlah

asid urik yang berlebihan dalam badan kita . Anda boleh melakukannya dengan mengambil

vitamin C daripada buah-buahan seperti buah limau nipis atau lemon.

Cara 1 :

 Minum 1-2 gelas jus lemon setiap hari

Cara 2 :

 Campurkan 1 sudu teh jus lemon bersama dengan 1 sudu teh soda penaik

 Boleh masukkan secawan air ke dalam campuran

 Minum campuran tersebut setiap hari untuk mengurangkan gout

5. Ceri

Buah ini mengandungi banyak bahan antioksida yang boleh melawan keradangan dan sakit

yang disebabkan oleh gout.

Cara 1 :

 Makan 15-20 biji ceri setiap hari untuk merawat gout

Cara 2 :

 Makan 1-3 biji ceri setiap pagi sebelum sarapan

Cara 3 :

 Minum jus lemon bersama ceri segar setiap pagi

 Anda juga meletakkan ekstrak bawang putih untuk hasil terbaik

6. Garam Epsom


Ini ialah bahan yang perlu untuk rawatan rumah bagi beberapa penyakit yang biasa. Garam

Epsom kaya dengan sumber magnesium yang sangat berguna dalam menghalang tekanan

darah tinggi. Antioksida dalam garam Epsom adalah bermanfaat dalam merawat keradangan

dan mengurangkan sakit yang disebabkan gout. Jadi, garam Epsom ialah ubat yang bagus

bukan sahaja untuk gout tetapi untuk kesihatan secara am.

Cara :

 Masukkan 300 mg garam Epson ke dalam mandian

 Masukkan air panas

 Rendam badan ke dalam mandian dan basuh dengan menggunakan air panas

 Lakukan rawatan ini 2-3 kali seminggu

 Jika anda tidak menderitai gout , anda juga boleh guna cara ini sekali seminggu untuk

menghalang keradangan atau beberapa masalah kulit


7. Pisang



Pisang kaya dengan potasium yang boleh membantu menukarkan asid urik dalam darah

kepada bentuk cecair yang akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing. Ia juga

mengandungi banyak vitamin C yang amat berguna dalam menghalang keradangan dan

sakit.

Cara 1 :

 Makan 1-2 biji pisang sehari untuk membantu merawat gout

Cara 2 :

 Tambahkan pisang yang sudah masak ke dalam secawan yogurt dan ambil selepas

waktu makan

8. Epal


Ramai orang percaya jika anda makan sebiji epal setiap hari, anda akan sembuh daripada

banyak penyakit. Asid malik dalam epal akan meneutralkan asid urik dalam darah dan

membantu untuk menghalang keradangan dan sakit .

Cara 1 :

 Makan 1 atau 2 biji epal sehari selepas sejam waktu makan untuk mengurangkan

kesan buruk gout

Cara 2 :

 Minum segelas jus epal jika anda tidak mahu makan epal

Anda patut teruskan makan epal walaupun anda tidak menderitai gout lagi.

9. Arang Teraktif


Arang teraktif mungkin rawatan rumah yang berkesan untuk gout kerana kebolehannya

untuk menyerap asid urik dalam darah.

Cara :

 Campurkan beberapa arang teraktif ke dalam lebih kurang 1 liter air

 Gunakan air tersebut untuk membasuh bahagian badan yang sakit akibat gout

 Boleh juga sapu air arang pada kulit dan biarkan selama lebih kurang ½ jam

 Selepas itu, anda boleh basuh kulit dengan air suam

 Lakukan 2-3 kali seminggu. Ia amat bagus untuk merawat gout dalam waktu yang

singkat

10. Menggunakan Air Sejuk


Air sejuk boleh membantu untuk merawat sakit dan keradangan pada kulit akibat gout.

Cara :

 Letakkan anggota bahagian yang sakit ke dalam semangkuk besar air sejuk

 Tunggu sehingga 15 minit

 Keluarkan anggota bahagian yang sakit tersebut dan keringkan dengan tuala kapas

yang lembut

 Anda boleh juga menggunakan ais dengan membungkusnya dengan tuala sebelum

meletakkannya pada bahagian yang sakit

 Anda diingatkan supaya tidak meletakkan ais secara terus pada kulit kerana ia akan

merosakkan kulit dan membuatkan gout bertambah teruk

11. Berehat


Jika anda mempunyai gout pada tumit, amatlah elok jika anda mencari tempat untuk duduk

atau baring. Letakkan bantal di hujung kaki dan letakkan kaki anda di atas bantal tersebut

bagi merehatkan kaki.

12. Pemakanan


Salah satu punca gout adalah kerana jumlah purina yang tinggi dalam badan. Anda patut

mengubah diet untuk mengelakkan simptom gout . Adalah lebih baik jika anda makan

makanan kurang protein dan lebihkan sayuran. Anda juga boleh makan daging dalam jumlah

yang sesuai , namun lebih baik mengurangkan pengambilan daging merah. Elakkan juga

makanan junk.

Selain itu, elakkan makan organ dalaman haiwan seperti hati dan jantung serta kurangkan

makanan laut terutamanya ketam, kupang dan udang. Anda digalakkan mengambil produk

tenusu rendah lemak kerana ia boleh mengurangkan risiko serangan gout.

13. Halia , Halba dan Serbuk Kunyit


Cara :

 Campurkan 1 sudu teh serbuk halia kering, 1 sudu teh serbuk halba dan 1 sudu teh

serbuk kunyit ke dalam 200 ml air panas

 Minum campuran tersebut 2 kali sehari

 Gout akan berkurangan selepas lebih kurang seminggu menggunakan cara ini


14. Nenas



Nenas ialah mungkin satu daripada penawar semula jadi di rumah yang paling mudah untuk

gout. Nenas mengandungi bromelain yang merupakan enzim biasa bagi nanas dan boleh

merawat keradangan. Bromelain juga mempunyai sifat antikanser.

Cara 1:

 Makan sebiji nanas sehari untuk mengurangkan sakit akibat gout

Cara 2 :

 Minum segelas jus nanas setiap pagi selepas sarapan


15. Jus Bit


Ubi bit mengandungi banyak bahan antioksida yang amat berguna dalam menghalang

keradangan dan sakit. Anda boleh minum segelas jus bit setiap hari untuk mengurangkan

sakit akibat gout.

16. Biji Saderi


Saderi mengandungi banyak bahan antioksida yang boleh membantu dalam mengurangkan

sakit gout.

Cara 1 :

 Tambah saderi ke dalam makanan anda untuk membaiki sistem imunisasi

Cara 2 :

 Boleh juga menghirup teh biji saderi dengan menumbuk 3-4 biji saderi dan

campurkan ke dalam air panas.

 Amalkan setiap hari

17. Anggur


Buah anggur mengandungi alkali yang boleh mengurangkan jumlah asid urik dalam darah.

Anggur menguatkan sistem imunisasi dan anda akan berasa cukup kuat untuk melawan

penyakit anda.

Cara 1:

 Makan 4-5 biji anggur setiap hari

 Minum jus anggur setiap pagi selepas sarapan

18. Timun


Timun dikenali sebagai rawatan semula jadi yang sebenar bagi banyak penyakit yang biasa.

Cara 1 :

 Makan timun setiap hari sebagai snek

Cara 2 :

 Potong timun kepada banyak potongan nipis

 Letakkan potongan nipis pada kulit yang terkena gout

 Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh kulit dengan air suam


19. Strawberi



Strawberi mengandungi banyak Vitamin C dan bahan antioksida yang amat berfaedah dalam

merawat keradangan .

Cara 1 :

 Makan strawberi setiap hari untuk menambahkan Vitamin C ke dalam badan

Cara 2 :

 Minum segelas jus strawberi setiap pagi

20. Mengelakkan Soda dan Gula


Jumlah gula yang tinggi dalam darah berkaitan dengan gout pada beberapa bahagian badan

anda. Banyak orang percaya jika minum 2 gelas soda setiap hari akan membahayakan

kesihatan. Anda patut mengelakkan gula dan soda setiap hari. Sebagai ganti, makan sahaja

buah-buahan yang manis.

21. Menambahkan Pengambilan Vitamin C


Vitamin C memainkan peranan penting dalam menghalang keradangan, membaiki sistem

imunisasi dan membantu menyingkirkan asid urik melalui pembuangan air kencing.

Cara 1 :

 Letakkan banyak sumber makanan yang mengandungi Vitamin C ke dalam makanan

anda setiap hari

Cara 2 :

 Makan atau minum pelbagai jus buah-buahan yang mengandungi jumlah Vitamin C

yang tinggi seperti lemon , limau nipis dan epal.

22. Melakukan Senaman


Gout kadang-kala dikenali sebagai penyakit orang kaya. Salah satu puncanya ialah kurang

senaman yang boleh menyebabkan jumlah asid urik yang berlebihan dalam darah. Anda

patut bersenam selalu . Namun begitu, pada hari yang anda berasa terlalu sakit disebabkan

gout , anda tidak patut bersenam terlalu banyak . Ini adalah kerana , jika anda bersenam

terlalu banyak atau melakukan aktiviti yang terlalu kuat , bahagian anggota yang sakit akan

bertambah teruk.

23. Menurunkan Berat Badan


Bagi kebanyakan orang, berat badan berlebihan mungkin merupakan salah satu daripada

punca utama gout kerana berat badan yang berlebihan terjadi apabila jumlah purina dalam

badan adalah agak tinggi. Jadi, anda patut mengurangkan berat badan jika tidak mahu

menghidapi penyakit ini.

24. Minum Air



Air membantu buah pinggang anda untuk menghilangkan jumlah asid urik yang berlebihan

dalam darah anda. Anda patut minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari . Namun

begitu, jumlah air yang diperlukan bergantung kepada saiz badan, tahap aktiviti dan juga

cuaca. Selain air masak, anda juga perlu pelbagai jenis jus buah-buahan untuk

menambahkan vitamin dan mineral yang cukup kepada badan anda.


25. Serbuk Biji Sawi


Anda boleh membuat pelekat biji sawi dan lekatkan pada sendi yang sakit.

Cara :

 Campurkan 1 bahagian serbuk biji sawi (atau tumbuk biji sawi) kepada 1 bahagian

tepung gandum penuh dan tambahkan air secukupnya untuk membentuk pes yang

tebal

 Kemudian , sapukan gel petroleum atau lelemak sayuran pada bahagian badan yang

sakit.

 Selepas itu, letakkan lapisan tebal pes biji sawi tadi di atas sekeping kain kecil

 Letakkan di atas bahagian badan yang sudah disapu dengan gel petroleum atau

lelemak sayuran tadi

 Lekatkan kain tersebut dan biarkan untuk beberapa jam atau semalaman

26. Hidroterapi


Rendam badan anda di dalam air panas dan bertenang. Air panas akan mengurangkan sakit

dan menenangkan otot.

27. Jus Kacang Buncis


Minum segelas jus kacang buncis yang segar setiap hari. Minum selama sebulan dan anda

akan merasai banyak kelegaan daripada penyakit gout.


28. Minyak Jarak


Ini ialah salah satu ubat semula jadi di rumah yang terbaik untuk gout. Ambil bola kapas dan

rendam dalam minyak jarak yang suam. Sapu pada tempat yang sakit.


29. Elakkan Pengambilan Alkohol


Alkohol mengandungi purina yang tinggi. Elakkan langsung pengambilan alkohol.


30. Kopi



Kajian menunjukkan bahawa kafein boleh melindungi anda daripada gout kerana kafein

adalah sama dengan struktur kimia pada perubatan gout yang biasa. Di dalam satu kajian

yang lain pula menunjukkan bahawa pengambilan kafein yang tinggi boleh menyebabkan

penyakit gout. Jadi, bersederhanalah dalam pengambilan kopi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.