Kebaikan dan Manfaat Meditasi



“Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda dalam keadaan tenang, sedar

dan benar-benar damai, maka akan terpancar cahaya yang berkuasa seperti pancaran laser

yang menyembuhkan.” Ravi Shankar. Itu menurut apa yang dikatakan oleh Ravi yang

menyatakan bahawa dengan mengamalkan meditasi dengan betul dan konsisten akan

memberi kesembuhan fizikal dan mental.


Minda dan tubuh sangat berkait rapat antara satu sama lain. Apabila kita sentiasa

memikirkan benda-benda negatif, maka tenaga negatif yang sering bermain-main di

minda akan terpancar ke seluruh badan, lalu menjadikan kita seorang yang lemah dan

akan mudah dijangkiti penyakit. Dari segi fizikal, jika seseorang itu sentiasa marah, maka

penyakit darah tinggi akan mudah datang padanya, ataupun jika seseorang itu sangat

stress bila menghadapi peperiksaan, maka penyakit demam, selsema dan batuk akan

senang dihidapinya. Meditasi melatih diri kita untuk bertenang, meningkatkan kesedaran

dan sumber kekuatan dalaman. Oleh itu, ketenangan dalam meditasi dapat mencetuskan

tenaga positif ke seluruh tubuh badan kerana dalam meditasi, seseorang itu mampu

mengawal mindanya daripada memikiran benda yang tidak elok dan memudharatkan.


Disekeliling kita adanya kewujudan tenaga hidup yang dikenali sebagai prana. Tenaga

hidup ini penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan. Kebiasaannya orang yang

mengamalkan taichi mempunyai tubuh yang sihat dan positif kerana pergerakan dan

pernafasan taichi itu sendiri dapat menyedut tenaga positif ini ke dalam badan seterusnya

dapat menyembuhkan. Sebab itulah ramai golongan tua kaum Cina mengamalkan taichi

kerana mereka percaya bahawa kaedah menarik tenaga Qi dengan taichi adalah satu

alternatif untuk penyembuhan. Meditasi juga mempunyai konsep yang sama, iaitu

menarik tenaga hidup yang dikenali sebagai prana, namun meditasi lebih kepada keadaan

diam dan tidak bergerak dengan pernafasan yang terkawal. Dalam meditasi, tubuh badan

yang dalam keadaan duduk diam akan memberi ketenangan kepada minda, dan minda

yang tenang akan membuatkan tubuh badan berada dalam keadaan diam. Mengelirukan

bukan? Maksudnya di sini, bila minda tidak menerawang dan sentiasa dalam ketenangan,

maka mudah untuk seseorang itu diam dalam meditasi dan tidak bergerak. Aspek ini

sangat penting agar pernafasan dapat dikawal justeru dapat meningkatkan kualiti

penarikan tenaga hidup (prana).


Meditasi juga mempercepatkan penyembuhan badan tanpa komplikasi. 

Pernafasan dalam meditasi bukan sekadar pernafasan biasa; iaitu menyedut oksigen

untuk hidup. Dalam meditasi, teknik pernafasan yang betul mampu menyembuhkan segala

sel dalam badan, membuang segala emosi negatif dan juga memberikan kelegaan pada tubuh dan

minda. Seringkali kita berfikir bahawa tiap kali seseorang itu sakit, maka seseorang itu harus

mengambil ubat. Tidak dinafikan bahawa pengambilan ubat juga penting, namun begitu

kekerapan mengambil ubat-ubatan juga akan menyebabkan implikasi seperti kerosakan

buah pinggang jika diambil dalam tempoh yang lama. Bukan semua penyakit perlukan

ubat dalam bentuk pil untuk sembuh. Meditasi juga ‘ubat’ untuk menyembuhkan tubuh.


Oleh kerana kesihatan mempunyai kaitan dengan minda dan tubuh. Maka meditasi

memperbaiki keadaan minda lantas mempengaruhi keadaaan tubuh fizikal. Harus diingat

bahawa minda yang sihat akan menjadikan tubuh badan sihat. Oleh itu, meditasi adalah

penyembuhan alternatif dan holistik serta tidak memudharatkan.

Kesimpulannya, meditasi mempunyai potensi yang baik dalam penyembuhan. Di zaman

yang serba moden ini, adalah baik kiranya kita memanfaatkan meditasi ini dan

mengamalkannya setiap hari.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.