Kegembiraan dan kesan baik untuk kesihatan

Kegembiraan dan Kesannya Terhadap Kesihatan

Kegembiraan dan kesanya terhadap kesihatan


Semua orang mahu berasa gembira tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Tahukah

anda kegembiraan adalah baik untuk kesihatan ?

Kegembiraan dan kesihatan yang baik wujud seiring . Banyak kaijian menunjukkan bahawa

pemikiran positif dan berasa gembira boleh membantu kita untuk mengurangkan risiko

penyakit dan panjang umur.


Kajian saintifik menunjukkan bahawa kegembiraan mempunyai kesan sebenar ke atas

kesihatan serta mempunyai kesan psikologi ke atas pesakit diabetes dan penyakit jantung.

Mereka yang lebih gembira sembuh dengan lebih cepat , mempunyai sistem imunisasi yang

kuat dan secara purata mampu hidup lama.


Berikut adalah kesan-kesan kegembiraan ke atas kesihatan :

Melindungi jantung

Kajian menunjukkan bahawa orang yang lebih gembira adalah kurang mengalami penyakit

jantung. Ini adalah kerana orang yang gembira dapat tidur dengan lena dan melakukan lebih

aktiviti yang sihat. Tambahan pula, mereka kurang mengalami stres serta mampu menangani

stres dengan baik . Emosi negatif seperti kemurungan, kebimbangan dan kemarahan

mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular.

Menguatkan sistem imunisasi

Orang yang bertenaga , gembira dan tenang adalah kurang mendapat selsema. Orang yang

mempunyai emosi yang positif tidak selalu dijangkiti selesema dan mengalami simptom yang

kurang daripada orang yang mempunyai emosi yang negatif. Simptom selesema adalah

disebabkan oleh pelepasan bahan kimia sitokin (cytokine), histamina (histamine) dan

bradikinin (bradykinin). Pelepasan bahan-bahan kimia tersebut adalah di bawah kawalan

hormon yang dihasilkan apabila kita mengalami pelbagai emosi.

Selain selesema, seseorang yang mempunyai emosi yang positif juga mengalami sakit yang

kurang apabila mereka ditimpa penyakit.

Umur Panjang

Disebabkan kegembiraan melindungi kita daripada jatuh sakit, maka kegembiraan dikatakan

boleh memanjangkan umur. Secara amnya, orang yang lebih gembira dan lebih berpuas hati

dalam hidup adalah lebih panjang umur. Ini adalah kerana mereka cenderung menjaga berat

badan, lebih sensitif terhadap simptom-simptom penyakit dan gembira melakukan aktiviti

harian.


Kesedihan yang kronik pula mengaktifkan respon lari atau lawan (fight –flight response),

iaitu yang melibatkan kesan-kesan bahaya dalam jangka masa lama seperti tekanan darah

tinggi dan respon imun rendah.

Kajian juga mendapati bahawa emosi yang positif mengurangkan risiko kematian bagi

pesakit diabetes dan AIDS .

Melawan stres

Stres bukan sahaja mengganggu tahap psikologi tetapi juga pencetus perubahan biologi

dalam hormon dan tekanan darah kita. Kegembiraan mampu mengurangkan kesan-kesan ini

atau sekurang-kurangnya membantu kita sembuh dengan cepat.

Kegembiraan menyebabkan pengurangan bahan kimia penyebab stres. Kajian mendapati

bahawa mereka yang mengalami stres dan merasa gembira pada masa-masa tertentu,

mempunyai tahap bahan kimia penyebab kepada risiko penyakit jantung yang rendah.

Mereka juga mendapati bahawa tahap kortisol iaitu hormon stres adalah 32% lebih rendah

pada mereka yang merasa lebih gembira. Kortisol adalah berkaitan dengan obesiti pada

perut, diabetes, tekanan darah tinggi dan gangguan autoimun.

Pengkaji juga mendapati bahawa mereka yang lebih gembira mempunyai tahap fibrinogen

yang rendah apabila mereka stres. Fibrinogen ialah satu komponen dari darah yang

berfungsi untuk membekukan darah apabila kita mengalami luka.

Bagaimana mahu menjadi gembira?

Jadilah orang yang paling sihat dan paling gembira dengan mengambil makanan seimbang

beserta banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, meminimumkan stres , mendapatkan

pemeriksaan kesihatan secara tetap, selalu ketawa, melakukan senaman dan tidak merokok.

Melakukan senaman bukan sahaja membuatkan anda sihat malah turut membuat anda

gembira. Jika anda mempunyai gangguan emosi, dapatkan rawatan dengan segera. Rawatan

yang sesuai boleh membantu mengurangkan simptom , meningkatkan kesejahteraan hidup

dan seterusnya membuatkan kita gembira.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.