Kepentingan Tidur yang Berkualiti

kepentingan tidur yang berkualiti


Tidur adalah penting untuk merehatkan dan menyegarkan badan serta otak. Mendapatkan

tidur yang cukup dan berkualiti sememangnya penting bagi kesihatan yang baik.

Semasa tidur, seluruh badan dipulihkan. Kadar metabolik juga menurun, yang membenarkan

badan untuk menyimpan tenaga. Semasa tidur nyenyak, badan memasuki tempoh

pertumbuhan yang paling hebat, membina protein baharu dan membaiki atau menggantikan

sel-sel.


Otak itu sendiri juga melalui pemulihan. Tempoh tidur ini dikatakan sebagai suatu proses di

mana informasi pada satu hari itu direkodkan ke dalam otak, di mana perhubungan dibina

merentangi sel-sel otak dengan tujuan untuk menyematkan peristiwa ke dalam ingatan yang

kekal dan hubungan yang tidak perlu akan dihapuskan. Jika tidur mempunyai kesan

pemulihan ini pada otak dan ingatan, mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup boleh

mengembangkan penyakit mental dan fizikal.


Jumlah tidur yang kita perlukan berbeza bagi setiap individu. Orang yang lebih muda melalui

tempoh pertumbuhan cepat memerlukan lebih tidur dan orang yang lebih tua perlukan

kurang tidur. Secara purata , orang dewasa memerlukan sebanyak 7 jam tidur dan biasanya

ia mencukupi.


Semasa tidur , badan bekerja untuk menyokong fungsi otak yang sihat dan mengekalkan

kesihatan fizikal. Kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko untuk beberapa masalah

jantung kronik. Ia juga boleh mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak balas, bekerja ,

belajar dan bersosial.


Kajian menunjukkan bahawa tidur malam yang baik boleh mempertingkatkan pembelajaran

dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tidur juga membantu kita untuk memberi tumpuan,

membuat keputusan dan menjadi kreatif.


Tidur terlibat dalam menyembuhkan dan memulihkan jantung dan salur darah kita.

Kekurangan tidur meningkatkan risiko penyakit jantung , sakit buah pinggang, tekanan darah

tinggi , diabetes , strok dan obesiti.


Tidur juga membantu mengekalkan keseimbangan hormon yang sihat yang membuatkan

anda berasa lapar (ghrelin) atau kenyang (leptin). Apabila anda tidak mendapat tidur yang

cukup, tahap ghrelin meningkat dan tahap leptin menurun. Ini membuatkan anda berasa

lapar.


Tidur juga mempengaruhi bagaimana badan anda bertindak balas dengan insulin, hormon

yang mengawal tahap glukosa darah ( gula). Kekurangan tidur menyebabkan tahap gula

dalam darah yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko diabetes.

Tidur menyokong pertumbuhan dan perkembangan sihat. Tidur yang nyenyak menyebabkan

badan melepaskan hormon yang menggalakkan pertumbuhan normal bagi kanak-kanak dan

remaja.


Sistem imunisasi yang sihat adalah bergantung kepada kualiti tidur. Tidur nyenyak

mempertahankan badan kita daripada bahan asing atau bahaya. Kekurangan tidur yang

berterusan boleh mengubah cara sistem imunisasi bertindak balas. Contohnya, jika anda

mengalami kurang tidur, anda mungkin menghadapi masalah melawan jangkitan penyakit

yang biasa.


Mendapatkan tidur yang berkualiti yang cukup membantu anda berfungsi dengan baik

sepanjang hari. Mereka yang kurang tidur adalah tidur produktif. Jika kita kurang tidur untuk

beberapa malam, kebolehan kita untuk berfungsi adalah seperti tidak tidur langsung selama

1 atau 2 hari.


Merangsang Tidur dengan Pemakanan


Pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan tidur yang berkualiti. Untuk

mendapatkan tidur yang tenang, pastikan tahap gula dalam darah adalah seimbang

sepanjang masa . Maknanya, makan secara tetap termasuklah mengambil makanan yang

kaya protein, mengelakkan kopi dan makanan serta minuman yang manis terutamanya

sebelum masuk tidur.


Kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan kesulitan tidur yang bertambah

teruk. Tahap magnesium boleh berkurangan jika anda tertekan atau mengambil terlalu

banyak gula. Makanan yang kaya magnesium ialah bijian penuh, kekacang, sayuran hijau dan

makanan laut. Sumber kalsium yang baik pula ialah produk tenusu, sayuran hijau dan

kekacang.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.