Ketahui Khasiat Garam Terhadap Kesihatan

ketahui khasiat garam terhadap kesihatan kita


Ramai yang mengetahui garam hanyalah bahan yang digunakan dalam masakan. Ada

juga yang menyatakan garam perlu untuk kekalkan kesihatan tubuh. Tidak kurang juga

yang mengatakan bahawa pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan

kegemukan. Setiap benda di dunia ini mempunyai kebaikan dan keburukan, oleh itu

penting untuk kita mengetahui kegunaan sesuatu benda itu. Dalam pemakanan kita,

pentingnya kita bersederhana agar tidak terlebih dan tidak terkurang demi menjamin

kesihatan. Khasiat garam memang pelbagai, bukan sahaja untuk kesihatan, malah ianya

juga digunakan untuk kecantikan luaran.


Pernahkah anda bangun dari tidur dengan mata yang bengkak atau ‘eye bag’ akibat anda

kurang tidur? Mungkin pada pagi itu anda akan menghadiri perjumpaan ataupun

persembahan, oleh itu anda mesti segan berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan

mata yang bengkak dan hitam seperti panda. Selain daripada uncang teh, garam juga

dapat meredakan ‘eye bag’. Cara-caranya ialah; sediakan air suam, campurkan sesudu teh

garam dan gaul, selepas itu rendam kapas dalam larutan garam lalu tuamkan kapas

disekeliling mata sampai kapas itu sejuk. Anda akan dapat melihat yang ‘eye bag’ anda

akan berkurang, insyaAllah.


Garam juga dapat digunakan untuk kulit wajah bahkan salun-salun perawatan muka atau

spa sering menggunakan garam sebagai agen untuk menghilangkan bakteria dan mengikis

sel kulit mati seta menutup pori-pori kulit. Mungkin anda seorang pelajar yang berjimat

dan tidak mempunyai wang untuk membeli krim pencuci muka yang agak mahal di

pasaran. Anda boleh menggunakan garam sebagai alternatif untuk mencuci muka.

Caranya ialah dengan menggunakan minyak wajah dan garam dan disapu ke seluruh

muka, setelah itu basuh dengan air seperti biasa. Dengan kaedah ini, maka pori-pori muka

akan mengecil dan mengurangkan jerawat serta membuatkan muka anda nampak bersih

dan sihat.


Selain itu, garam juga boleh dijadikan ubat kumur atau ‘mouthwash’ bagi menggantikan

ubat kumur yang mempunyai bahan kimia. Ubat kumur di pasaran juga mempunyai harga

yang mahal dan tidak berbaloi membelinya kerana ianya bukan digunakan setiap hari.

Oleh itu, alternatif bagi ‘mouthwash’ yang sangat murah adalah garam. Garam boleh

menghilangkan bakteria dalam mulut dan dalam masa yang sama boleh menyembuhkan

bibir dalam yang pecah. Kombinasi baking soda dan garam dalam air boleh mencuci

mulut dengan berkesan, dan yang paling penting tiada bahan kimia bersamanya.

Garam juga dipercayai boleh mendetoksifikasi tubuh. Walaupun dengan meminum air

mampu menjalankan proses detoks atau pun lebih dikenali dengan membuang racun

dalam tubuh badan. Garam yang dilarutkan di dalam air suam apabila mandi juga dapat

menyingkirkan toksik dalam badan.


Garam juga boleh dijadikan sebagai scrub. Ada pelbagai jenis scrub yang kita boleh lihat

di pasaran. Jika anda seorang yang was-was untuk menggunakan scrub yang dijual di

pasaran, anda boleh memanfaatkan garam sebagai scrub semulajadi kerana bentuk fizikal

garam yang kasar dapat membuang sel kulit mati agar kulit tubuh terlihat cantik dan

halus.


Mungkin anda seorang lelaki atau wanita yang mempunyai masalah rambut

berkelemumur. Anda sudah mencuba pelbagai produk syampu tetapi kelemumur tetap

juga ada. Kelemumur memang menjejaskan imej diri lebih-lebih lagi bila seseorang itu

memakai baju gelap. Garam dipercayai dapat menghalang pertumbuhan kulat seterusnya

menghalang pengumpulan kelemumur di kulit kepala. Caranya dengan merenjiskan

garam ke kepala lalu gosok kulit kepala secara sekata selama 15 minit dan bilas seperti

biasa. InsyaAllah hasilnya akan dapat dengan segera.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.