Ketahui khasiat lemon secara mendalam

khasiat lemon dan kebaikannya dengan lebih mendalam


Lemon adalah sejenis minuman yang mempunyai alkali untuk membuang asid yang berlebihan dalam badan. Lemon juga dijadikan minuman yang menyegarkan anak tekak dan tubuh badan kita. Siapa yang tidak kenal akan buah lemon yang sangat popular dengan sumbangannya dalam kesihatan serta sumbangannya dalam kecantikan.

Apa yang kita tahu adalah buah lemon sangat kaya dengan sumber vitamin C dan juga mengandungi asam sitrat. Bukan sekadar itu sahaja buah lemon sebenarnya mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin B, riboflavin, mineral seperti kalsium, magnesium, fosfos serta protein dan juga Karbohidrat.

Lemon juga digunakan untuk melawan jangkitan dengan membantu pengeluaran WBC dan antibodi- antibodi dalam darah yang membantu mencegah dari mikroorganisma dan jangkitan dari terus merebak. Cara pengambilan lemon adalah dengan masakan seperti kek, kuih muih hingga lah sajian makanan seharian kita. Sampailah dijadikan air minuman yang memberikan banyak manfaat yang bagus terhadap kesihatan dalaman dan luaran kita.

Air lemon yang diminum dapat memulihkan kesihatan kulit yang bermasalah, malah boleh dijadikan juga sebagai bahan antioksidan dan antibiotik untuk merawat kulit kita. Ianya juga bagus untuk mengeringkan jerawat pada muka kita dari terus merebak.

Air lemon yang diperah juga sesuai untuk dijadikan sapuan mask pada muka kita hanya dengan mencampurkan sedikit telur putih. Dengan kaedah ini dapat mengelakkan muka kita dari kusam. Perahan air lemon dengan satu senduk gula dapat membantu membuang sel kulit mati ataupun kulit yang mengelupas dengan mudah dan dijadikan sebagai lumur (scrub). Untuk memberi kelembapan dan kelembutan pada kulit wajah dan tubuh badan. Gunakan jus lemon dengan minyak zaiton dan usapkan selama 5 minit kemudian basuh mengunakan air yang suam. Lemon juga membantu mencerahkan kulit wajah dengan membelah dua buahnya dan gosokkan pada kulit muka selama 5 minit kemudian bilas menggunakan air suam.

Jika kita mempunyai masalah kegatalan pada kulit kepala, gunakanlah perahan air lemon dan bilaskan pada rambut dan biarkan selama setengah jam dan ditutup menggunakan kain bersih, setelah itu cuci dengan air sejuk. Malah air lemon juga mampu menguatkan dan memutihkan kuku, hanya mencampurkan air perahan dengan air suam di dalam bekas yang kecil kemudian rendam selama 5 minit. Selepas itu ambil buah lemon tadi dan gosokkan pada kuku dan bersihkan tangan dengan air biasa. Bukan setakat itu sahaja lemon yang dibelah dua juga boleh digunakan untuk memutih kan ketiak dengan hanya menggosokkannya dalam beberapa minit semasa mandi.

Dengan meminum air lemon bercampur dengan air suam juga sangat bagus sebagai ejen penghadaman yang lancar. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk perkumuhan. Air lemon juga terkenal dengan sebagai detox untuk berdiet ianya juga boleh menghakis lemak yang berlebihan pada badan kita. Air lemon yang dicampur dengan teh hijau dan madu juga bagus dibuat minuman setiap hari. Sifat antiseptik buah lemon juga bertindak untuk membersihkan buah pinggang dan darah bagi meningkatkan lagi kadar HDL (kolestrol yang baik).

Malah baik untuk hati kita yang bertindak sebagai alat perkumuhan dan penapisan pada badan kita agar sentiasa bersih. Proses ini akan membuatkan kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja. Buah lemon yang ditanam sendiri lebih bagus sebab ianya mempunyai tahap kesegaran yang bagus dan amat berkesan. Cara penanaman pokok lemon juga mudah dilakukan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.