Khasiat Dan Kebaikan Asam Jawa Untuk Anda

khasiat dan kebaikan asam jawa


Lazimnya air rendaman asam jawa sering digunakan sebagai ramuan untuk memasak. Tahukah kita bahawa asam jawa mempunyai nutrisi yang bagus untuk kecantikan dan kesihatan badan. Ianya mengandungi vitamin A, zat gula dan selulosa. Rasanya yang masam pula terikat dengan kalium, tartrat, gula invart dan pektin. Malahan banyak lagi khasiat dan kegunaannya pada kehidupan seharian kita.


Asam jawa boleh digunakan untuk menghilangkan parut dan jerawat pada kulit wajah kita. Air asam jawa yang dicampurkan sedikit bersama air suam akan disapukan pada wajah dan akan dibiarkan sehingga kering dan kemudiannya di wajah perlu dicuci dengan air biasa. Sama juga dengan cara air asam jawa yang dicampurkan bersama minyak zaitun. Seeloknya lakukan rawatan ini selama 3 hari dalam seminggu.


Yang ini amat terkenal dikalangan kita iaitu tentang suara, air asam jawa yang amat berkesan jika diamalkan setiap hari terutamanya sebelum dan selepas tidur. Ianya juga membantu mengubati batuk dan sakit tekak. Caranya, dengan mengambil air asam jawa dan dicampurkan bersama gula dan air. Kemudian ditapis dan diminum.


Bagi yang suka berdiet air asam jawa juga bagus untuk mengurangkan berat badan. Caranya adalah dengan mengambil sebuku asam jawa tadi kemudian diramas dan dicampurkan kedalam air suam ataupun air sejuk dan diminum. Amalkan minum selepas makan tengah hari dan makan malam.


Kadang-kadang anak kita sering mengalami demam panas, adalah bagus untuk kita mengambil segenggam asam jawa untuk diramas didalam bekas kemudian diletakkan pada dahi anak kita. Boleh juga diletakkan pada seluruh badan supaya panas berkurangan dan badan lebih selesa. Cara ini juga boleh digunakan semasa kita sakit perut, cuma letakkan diatas perut untuk beberapa minit kemudian bilas dengan air.

Bagi yang mengalami penyakit lelah bolehlah rebus 2 potong kulit asam jawa dengan 1 liter air sehingga mendidih kemudian ditapis dan diminum sebanyak 2 kali sehari.


Daun asam jawa pula bagus untuk mengubati luka pada kulit badan seperti bisul dan penyakit reumatisme. Caranya dengan mengambil daun asam jawa yang muda kemudian ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada luka. Lakukan sekerap yang mungkin hingga luka tersebut kering.


Bijinya pula sesuai untuk dijadikan ubat untuk merawat bengkak yang disebabkan sengatan lebah dan lipan. Caranya, sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih. Biji asam jawa tadi perlulah ditumbuk halus. Sebelum itu luka bengkak tadi perlulah dibersihkan terlebih dahulu dengan kain yang dicampur dengan minyak kayu putih. Selepas itu barulah ditaburkan atau ditempelkan biji asam jawa yang ditumbuk halus tadi ke atas luka kita.


Masalah sakit dan ketidakselesaan ketika datang haid sering merisaukan kaum wanita. Apakata ambil asam jawa dalam 1 ruas ibu jari, kunyit 1 jari dan campurkan pada air yang mendidih kemudian ramaskan. Minum setiap pagi dan petang.


Asam jawa juga bagus untuk merawat bau kaki. Dengan hanya mencampurkan air suam, segenggam asam jawa dan garam kemudian rendamkan kaki beberapa minit kedalam bekas tersebut.


Asam jawa juga bagus untuk menghilangkan bau hanyir pada makanan seperti ikan air tawar dan daging. Bukan sekadar air asam jawa boleh digunakan, kulit, biji dan daunnya juga amat berkhasiat untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit pada tubuh badan kita.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.