Khasiat Beras untuk Kesihatan dan Kecantikan

khasiat beras untuk kesihatan dan kecantikan


Mesti kita tertanya-tanya bagaimana orang zaman dahulu semua nya cantik-cantik belaka tanpa mengunakan alat solek yang mahal dan pembedahan ataupun suntikan seperti zaman kini. Cukup lah kita bertanya pada nenek moyang kita bagaimana dan jawapan nya mestilah rahsia daripada herba semula jadi. Rugi kalau kita tidak mencuba mengunakan kaedah tradisional dalam kecantikan dan kesihatan seharian. Hari ini saya akan kongsikan khasiat beras.

Siapa yang tidak mahu kulit muka yang bersih, putih dan gebu malah nampak berseri bak bidadari. Malu dengan muka yang berjerawat, kusam dan tidak bermaya. Cuba anda ikut cara tradisional nenek moyang kita dahulu yang hanya mengunakan beras untuk menegangkan kulit wajah. Cara nya begitu mudah dengan hanya menumbuk beras sehingga hancur. Tapi pada zaman sekarang tidak perlulah untuk menumbuk lagi, gunakan mesin pengisar kering, kisar  sehingga hancur. Kemudian ambilkan beras yang sudah hancur kemudian campurkan sedikit air suam sehingga basah sedikit, barulah boleh dilumurkan di muka. Lumurkan di muka sampai ke leher sehingga kering ataupun semalaman. Selepas itu basuhkannya. Biasanya cara ini dilakukan pada waktu malam sebelum  tidur. Ini kerana pada waktu tidur muka kita akan berehat dan bernafas. Ianya sebagai agent pelembab dan amat berkesan dengan cepat, hanya dalam beberapa hari kita sudah boleh melihat perubahan kulit muka kita. Hebatkan.

Bagaimana pula dengan air beras. Air beras mengandungi zat besi dan serat mineral yang bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan. Air selepas basuhan beras janganlah dibuang. Ianya boleh digunakan untuk membasuh muka pada waktu pagi dan malam. Air beras ini juga dapat membuang sisa kotoran atau kuman yang melekat pada kulit muka. Ianya juga digunakan untuk kesegaran pada wajah. Selepas basuh muka dengan air beras, jangan lupa untuk cuci muka dengan menggunakan air suam. Air beras juga boleh membantu menguatkan rambut. Cuma lumurkan pada rambut biarkan beberapa minit dan bilaskan dengan air biasa.

Bagi yang mengalami penyakit darah tinggi cuba lah minum air basuhan beras yang pertama sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk membantu mengurangkan tekanan darah.
 Air beras (air nasi) yang mendidih juga boleh diminum jika mahu suara sedap dan awet muda dengan menambah sedikit air sejuk dan juga boleh ditambahkan dengan madu ataupun gula perang untuk perasa.

Jika anda mempunyai masalah kulit yang tidak sekata atau kering boleh lah gunakan  air beras ini. Cara mengunakan hanya dengan ratakannya ke permukaan badan selepas mandi.
 Air beras juga bagus untuk mencuci ikan bagi tujuan meghilangkan bau hanyir dan membasuh sayuran untuk menghakiskan racun pada sayuran. Air beras amat sesuai untuk siraman pada tumbuh- tumbuhan yang kita tanam kerana ia akan bertindak sebagai baja.

Dari segi pemakanan pula beras perang adalah yang terbaik kerana kaya dengan nutrient vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah mempunyai kalsium yang tinggi dari beras putih. Beras ini amat sesuai untuk sesiapa yang berdiet serta boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Beras perang juga sesuai untuk penjagaan kesihatan otak dan mencegah dari serangan jantung.

Penggunaan beras hancur ataupun bedak sejuk bagus untuk kegunaan seharian. Kita juga perlu memastikan beras yang kita guna bebas daripada bahan pengawet ataupun racun. Perlulah anda ambil pengambilan beras yang berkualiti ataupun padi yang ditanam sendiri kerana ia lebih bagus. Ianya untuk memberikan kesan yang lebih bagus terhadap kulit dan kesihatan kita.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.