Khasiat Bunga Raya, Bunga Kebangasaan

khasiat bunga raya yang tidak diketahui umum


Siapa yang tidak mengenali bunga raya, hampir setiap rumah ada menanam bunga raya malahan ada yang hidup meliar. Bunga raya juga digelar sebagai bunga kebangsaan negara kita. Bunga raya juga berbunga tidak mengikut musim. Tapi malangnya ramai masyarakat kita tidak tahu bahawa bunga raya mempunyai khasiat seperti kecantikan dan kesihatan.

Bunga raya merupakan herba astringen dan mengandungi vitamin C. Malahan bunga raya juga mengandungi antioksidaan yang dapat mengawal tahap kolestrol dalam tubuh badan kita. Namun kaedah tradisional hanya akan menggunakan bunga raya yang berwarna putih sahaja untuk merawat pelbagai jenis penyakit, kerana bunga raya putih lebih berkhasit dan mujarab dengan cepat pada tubuh badan kita.

Khasiat bunga raya yang biasa digunakan adalah seperti merawat masalah pada rambut yang keguguran dan kulit kepala yang gatal ataupun beruam. Malah daun bunga raya juga digunakan untuk melebatkan rambut, menghitamkan rambut, melembutkan rambut dan melebatkan bulu kening.

Caranya adalah dengan membersihkan daunnya terlebih dahulu dan ramas daun bunga raya tadi di dalam baldi sehingga keluar air kehijaun. Basuh rambut menggunakan air tersebut dan dibiarkan untuk beberapa minit kemudian bilas dengan air suam lebih bagus. Amalkan selalu untuk hasil yang cepat. Cara ini juga mampu memberi kelembapan pada rambut dan kulit kepala yang mengalami masalah.

Bunga raya yang telah direbuskan airnya sehingga mendidih boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yang bengkak atau mengalami radang. Bukan setakat itu sahaja air rebusan ini boleh diminum untuk merawat penyakit lelah, batuk, bengkak pada kelenjar paratoid, broinchitis, selesema, hingga mengeluarkan kahak dan hingus.

Air bunga raya yang direbus juga sangat bagus untuk membantu para wanita merawat masalah haid seperti tidak teratur ataupun senggugut, ianya boleh disapu ataupun diusapkan pada bahagian yang sakit. Bukan setakat ini sahaja air rebusan ini sangat bagus untuk dijadikan losyen sapuan sakit kepala dan demam. Cara sapuan losyen ini boleh memberi kesegaran pada tubuh badan kita yang sakit.

Apabila bunga raya dan daunnya ditumbuk lumat pula ianya boleh digunakan untuk merawat bisul, gatal pada kulit, demam panas, luka, bengkak dan penyakit kulit pada badan kita. Kaedah ini amat mujarab dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Daun muda dan pucuk bunga raya pula bagus untuk disapu pada perut ibu yang mahu melahirkan anak. Ianya membantu memudahkan proses untuk beranak dan mengeluarkan uri. Bahagian akar bunga raya pula boleh ditumbuk lumat dan direbus sehingga mendidih untuk diminum bagi merawat jangkitan yang terjadi semasa hubungan seksual, malah mampu melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan penawar racun. Bagi para wanita pula air akar rebusan bunga raya amat sesuai diminum untuk mencegah penyakit serviks dan penyakit keputihan, masalah haid tidak teratur. Air rebusan akar ini juga bagus untuk mencuci mata yang bengkak dan merah.

Bunga raya merah yang dicampur dengan perahan limau nipis pula untuk dijadikan pewarna merah. Malahan pelbagai kultivar, varieti dan hibrid telah dihasilkan, dari bunga raya. Sungguh menakjubkan malahan pewarna ini langsung tidak mengandungi racun hanya dari tumbuhan, malahan senang dibuat sendiri.

Cara penanaman bunga raya juga amat mudah tidak memerlukan banyak benda. Cuma pilih anak pokok yang sihat dan tanam ditanah yang lembab sikit. Cara penjagaannya juga mudah, Cuma perlu pastikan ianya cukup air dan kena pancaran matahari.

Credit : Wiki

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.