Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat durian belanda untuk kesihatan


Durian belanda mempunyai khasiat yang jauh lebih hebat dan amat mujarab untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Ianya bagus diamalkan setiap hari. Buah durian belanda juga mempunyai pelbagai jenis rasa, ada yang manis dan masam-masam manis, isi nya putih dan lembut dan kulit nya boleh dikupas begitu sahaja. Bukan setakat buah nya sahaja berkhasiat tetapi daun, akar, kulit kayu dan biji nya juga masing-masing mempunyai khasiat. Memang sungguh menakjubkan. Pengambilan jus ataupun memakan buah durian belanda perlu lah disemaiakan pada generasi baru agar lebih mementingkan kesihatan.

 Buah durian belanda mempunyai 1000 rahsia khasiatnya. Ianya amat berkesan dalam membunuh sel kanser dalam badan kita. Malah juga dikenali sebagai pembunuh semulajadi sel kanser. Hanya dengan membuat jus durian belanda dan meminum sekerap yang mungkin akan memberikan rasa yang luar biasa pada tubuh badan kita.

Ianya juga boleh diketegorikan sebagai ejen anti tumor atau kanser yang kuat untuk segala jenis kanser. Malah buah durian belanda ini juga berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat. Ianya amat berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing dalam badan kita. Malahan bagus untuk penurunan kadar darah tinggi dan membantu memulihkan sistem saraf kita yang bermasalah dan tidak normal. Jangan pandang rendah juga terhadap keberkesanan jus durian belanda, sebab ianya mampu membantu masalah kemurungan dan tekanan kepada kita. Dengan itu badan kita akan menjadi lebih bertenaga setiap hari jika mengamalkan jus buah durian belanda.

 Beralih pula tentang khasiat daun durian belanda. Bagi kebiasaannya daun durian belanda yang akan dipilih adalah daun yang ke 4 dan yang ke 5, iaitu daun yang bermula dari pucuk merupakan daun yang berkualiti dan terbaik untuk kesihatan. Ini disebabkan daun tersebut mengandungi acetogenins yang merupakan anti kanser yang sentiasa aktif pada tubuh badan kita. Perlu diingatkan daun yang hendak dipetik haruslah dari pokok yang sihat dan jauh daripada apa juga jenis racun. Kemudian ianya akan direbus selama beberapa jam. Selepas itu ambil 3 helai daun yang sudah direbus dan letak dalam gelas yang berisi air masak kemudian minum 3 kali sehari. Ini disebabkan daun durian belanda ini boleh memusnahkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan kita seperti kanser payudara, kanser ginjal, kanser paru-paru dan banyak lagi sel-sel kanser. Malah daun nya juga mengandungi bahan aktif seperti muricatocins A, muricatocins B, annonacin A, trans-isonannonacis, annonacin-10-one dan juga muricatonic.

 Dengan mencampurkan kulit, akar dan daun durian belanda ianya boleh dijadikan teh bagi mengubati penyakit jantung, lelah dan kencing manis. Serta bagus juga untuk kesuburan dan penyakit yang ringan-ringan seperti batuk, demam ataupun ceret-beret. Buah yang kecil pula dicampur dengan miyak zaitun untuk mengatasi masalah luaran seperti sakit sendi dan sengal-sengal.
 Buah durian belanda yang manis dan minuman jusnya amat bagus untuk ibu yang baru lepas melahirkan anak untuk meningkatkan pengeluaran susu badan.

 Banyak juga produk yang dikeluarkan dari pokok durian belanda. Sekarang ini bukan hanya jus durian belanda yang dipasarkan, malahan teh durian belanda juga berkembang pesat. Amat mudah untuk kita memiliki produk ini dengan harga yang berpatutan. Untuk mendapat kesegaran buah durian belanda, bagus untuk kita mulakan penanaman  di sekitar rumah kita. Ianya akan lebih berkualiti.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.